Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Anda pasitnya sedang mencari tempat berbuka puasa untuk Ramadan nanti bersama keluarga, rakan-rakan atau cari early bird untuk buka puasa untuk tempat kerja. Jawapannya berbuka puasa di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya. Mari MOMI kongsikan apa yang menarik untuk berbuka puasa dekat sini nanti. | Bufet Ramadan 2026 - Crystal Crown Hotel Petaling Jaya
![]() |
| Bufet Ramadan 2026 - Crystal Crown Hotel Petaling Jaya |
Info Mengenai Bufet Ramadan Di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya
Bufet Ramadan Kuala Lumpur di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur ini bermula dari 20 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026. Bufet Ramadan yang bertemakan 'Jelajah Selera Ramadan' ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang pasti melengkapkan hidangan waktu berbuka puasa anda bersama yang tersayang.
Baca Juga > Senarai Bufet Ramadan 2026
Senarai Hidangan Bufet Ramadan Di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya
Pelbagai pilihan hidangan yang bakal menjadi tumpuan di meja bufet Crystal Crown Hotel Petaling Jaya terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa. Antara menu 'highlights' yang anda boleh cuba seperti Nasi Minyak, Nasi Tomato dan Nasi Putih yang dihidangkan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah Madu, Daging Masak Kurma atau Daging Masak Hitam, Ikan Goreng Berlada atau Paru & Tempe Berlada, Udang Masak Lemak Nenas atau Sambal Sotong Petai dan Pajeri Terung atau Pajeri Nenas.
Selain itu, anda juga bakal menikmati pelbagai hidangan di stall seperti Claypot Asam Pedas, Nasi Beriani Johor Dengan Telur, Kari Ikan Salmon Berempah, Lemang dan Ketupat, Satay, Kambing & Ayam Panggang dan banyak lagi hidangan yang pastinya terbaik untuk anda. Anda juga berpeluang untuk rasaikan masakan Jepun seperti Takoyaki, Teppanyaki, Chawanmushi dan Sushi.
Pelbagai jenis pencuci mulut yang anda boleh nikmati seperti Ais Kacang, seleksi bubur manis, seleksi kek, kuih muih melayu, Pudding, buah-buahan dan juga beberapa pilihan lagi untuk mereka yang gemarkan manisan. Tunggu apa lagi? Jom tempah cepat Bufet Ramadan di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya.
Harga Bufet Ramadan Di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya
Bufet Ramadan Di Brass Cafe, Crystal Crown Hotel Petaling Jaya bermula sepanjang bulan Ramadan 2026 iaitu dari 20 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Harga Bufet Ramadan Crystal Crown Hotel Petaling Jaya adalah seperti berikut :
Harga Bufet (20 Februari - 1 Mac)
- Dewasa - RM138 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM98 nett
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM78 nett
Harga Bufet (2 Mac - 15 Mac)
- Dewasa - RM158 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM98 nett
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM78 nett
- Dewasa - RM158 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM98 nett
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM78 nett
Harga Bufet (16 Mac - 18 Mac)
- Dewasa - RM138 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM98 nett
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM78 nett
Harga Walk-In
- Dewasa - RM168 nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM108 nett
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM88 nett
Alamat Crystal Crown Hotel Petaling Jaya
Berikut adalah alamat Crystal Crown Hotel Petaling Jaya :
12, Lorong Utara A,
Off, Jln Utara,
46200 Petaling Jaya, Selangor
Untuk Tempahan Bufet Ramadan Di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya
Untuk maklumat lanjut dan tempahan di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, sila hubungi 03-9368 4405 atau WhatsApp ke +6016 201 2160 (Brass Cafe) atau +016 201 4185 (Shamini) atau +016 2018 777 (Ana).
Carian : Bufet Ramadan 2026, Buffet Ramadhan 2026, Bufet Ramadan, Buffet Ramadhan, Buffet Ramadhan Selangor 2026, Buffet Ramadhan Petaling Jaya 2026, Buffet Ramadhan Hotel 2026, Buffet Dinner Sempena Ramadan 2026


0 Comments