Review Filem - Zootopia 2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! It's been a looooong time tak buat ulasan filem kan? Maklumlah MOMi tengah sibuk dengan benda lain sampai nak tengok filem dekat panggung wayang pon tak sempat. Jadi, baru-baru ini MOMI berkesempatan untuk menonton filem animasi baru dari Walt Disney Animation Studios yang berjudul, Zootopia 2 yang sedang ditayangkan dipawagam bermula . Adakah sekuel ini lebih baik atau bosan? Mari baca ulasan selanjutnya.

Review Filem -  Zootopia 2
Review Filem -  Zootopia 2

Sinopsis Zootopia 2

Filem Zootopia 2 mengisahkan kesinambungan dari filem pertamanya, Detektif Judy Hopps dan Nick Wilde mendapati diri mereka berada di laluan berpusing reptilia misteri yang tiba di Zootopia dan mengubah metropolis mamalia itu terbalik. Untuk menyelesaikan kes itu, Judy dan Nick mesti menyamar ke bahagian bandar baharu yang tidak dijangka, di mana perkongsian mereka yang semakin berkembang diuji seperti yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Anda mungkin berminat untuk baca artikel seperti berikut : 

Trailer Filem Zootopia 2

Berikut adalah Trailer filem Zootopia 2 : 



Info Mengenai Filem Zootopia 2

Filem Zootopia 2 yang berdurasi selama 1 Jam 48 Minit dan diklasifikasikan sebagai M12 serta ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D D-BOX dan 2D ATMOS D-BOX. Filem ini telah mengutip sebanyak 662 Juta Dollar setakat artikel ini ditulis pada 6 Disember 2025.


Pengarah Filem Zootopia 2

Filem Zootopia 2 ini telah diarahkan oleh dua pengarah hebat, Jared Bush dan Byron Howard.

Barisan Pelakon Filem Zootopia 2

Berikut adalah barisan pelakon suara hebat dalam filem Zootopia 2 : 
  • Ginnifer Goodwin (sebagai Judy Hopps)
  • Jason Bateman (sebagai Nick Wilde)
  • Ke Huy Quan
  • Fortune Feimster
  • Andy Samberg
  • David Strathairn
  • Shakira
  • Idris Elba
  • Patrick Warburton
  • Quinta Brunson
  • Danny Trejo
  • Alan Tudyk
  • Nate Torrence
  • Don Lake
  • Bonnie Hunt
  • Jenny Slate


Poster Filem Zootopia 2

Berikut adalah poster filem Zootopia 2 : 

Review Filem -  Zootopia 2
Review Filem -  Zootopia 2

Ulasan Filem Zootopia 2

Rasa teruja sebab filem Zootopia ada sekuel! Bila fikir balik dari filem pertama, macam tak banyak haiwan yang ada dalam universe Zootopia ni kan? Jadi filem kedua ni nak terokai kehidupan reptilia seperti ular, buaya, biawak dan kura-kura. Sebenarnya menarik juga macam mana Judy dan Nick siasat mengenai Reptilia sebab kalau Judy tak berkeras, mesti mereka tak tahu kewujudan hidupan lain selain yang ada di Zootopia. 

Menariknya lagi filem kedua Zootopia ini juga menyaksikan perkembangan kisah persahabatan Judy dan Nick yang lebih mencabar dan lebih menarik lagi dengan kehadiran dua watak baru iaitu Gary (Ular) dan Nibbles Maplestick (Memerang). Macam biasa watak sampingan lain juga memberi sedikit sebanyak warna dalam jalan cerita ini seperti Flash (Sloth), Gazelle (penyanyi), geng polis dan banyak lagi.

Keseluruhan filem ini sangat memuaskan. Jalan cerita yang menarik, penuh aksi, komedi tak kering gusi dan menghiburkan-lah! Rasa tak bosan menonton sepanjang hampir 2 jam ni. Boleh bawa anak-anak anda menontong dipanggung wayang berhampiran.

Okay, MOMI nak bagitahu siap-siap, Zootopia 2 ada dua post-credits scene pada ending credits tau. Kalau rajin boleh tunggu sekejap untuk anda tonton. Mungkin itu adalah sedikit sebanyak membawa kepada filem ketiga Zootopia (kalau ada hehe). 


Berapa Bintang Untuk Zootopia 2?


Selepas menonton filem Zootopia 2 ini, MOMI telah bersetuju untuk memberi sebanyak 4.5 bintang dari 5 bintang. Kalau ada sekuel pasti, MOMI lebih teruja untuk menontonnya. 




Post a Comment

0 Comments