MACPIEPRO CRAZY 20 ANJUR HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019 DI MALAYSIA

MACPIEPRO CRAZY 20 ANJUR HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019 DI MALAYSIA | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Momi nak war-warkan dekat anda mengenai konsert sulung HaHa & Kim Jong Kook di Malaysia bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 Mac 2019. Macpiepro dengan bangganya mengumumkan dua penyanyi popular dari Korea Selatan, HaHa dan Kim Jong Kook bakal mempersembahkan lagu solo dan duet menerusi persembahan sulung mereka di Malaysia menerusi HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019

Konsep nyanyian Kim Jong Kook yang berentak balada dan gaya muzik reggae HaHa pasti menghasilkan gabungan muzik hebat untuk peminat mereka. Tahukah anda, dua sahabat yang digelar ‘Running Man Brothers’ ini mula menjalin persahabatan dalam  rancangan realiti popular dari Korea Selatan, ‘Running Man’. Persembahan mereka pasti lebih gempak dengan penampilan istimewa penyanyi reggae dari Korea Selatan, Skull sebagai artis jemputan.

Mengenai HAHA
Penyanyi rap dari Korea Selatan, HaHa, sangat popular dengan gaya muzik reggae dan sering muncul dalam rancangan televisyen serta filem. HaHa juga telah melancarkan satu album studio berjudul ‘The Beautiful Rhyme Diary’ pada Februari 2005. Sejak tahun 2010, HaHa menjadi salah seorang peserta tetap dalam rancangan realiti ‘Running Man’ dan pernah memenangi anugerah ‘Penghibur Terbaik’ ketika Anugerah Hiburan SBS 2011. HaHa turut mempersembahkan lagu single beliau yang berjudul ‘Rosa’ ketika majlis anugerah tersebut. Selain itu, HaHa juga berkolaborasi dengan Kim Jong Kook dalam album ‘Volume 7 - Journey Home’ menerusi lagu yang berjudul ‘Words I Want to Say to You’.

Mengenai Kim Jong Kook
Kim Jong Kook adalah penyanyi, penghibur dan pelakon dari Korea Selatan yang sangat popular dengan lagu balada. Beliau mula meraih populariti di Asia Pasifik sejak muncul dalam rancangan realiti Running Man dan menjadi salah seorang artis Korea Selatan yang mendapat carian tertinggi di Singapura.

Pada 1 November 2012, Kim Jong Kook membuat kemunculan semula dalam industri muzik dengan melancarkan album studio ketujuh berjudul ‘Journey Home’ yang menampilkan HaHa sebagai gandingannya bagi lagu ‘Words I Want To Say To You’. Manakala pada Ogos 2016, beliau buat pertama kalinya menyanyikan single berjudul ‘Hate That Happiness Came’ di China.

Harga Tiket HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019
Tiket konsert boleh dibeli secara ‘offline’ mulai 19 Januari (12pm) hingga 20 Januari di kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang. 

Selain kedai gaya hidup digital Mcalls, tiket konsert juga boleh dibeli secara dalam talian di laman web MacpiePro (www.macpiepro.com) mulai 21 Januari 2019 (12pm) dengan harga tiket RM153 (Zon Biru), RM243 (Zon Hijau), RM333 (Zon Ungu), RM453 (Zon Kuning) dan RM493 (Zon Merah).

Mcalls Penaja Titanium HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019
Demi merealisasikan misi “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan Mcalls
untuk memberi lebih banyak diskaun menarik kepada Fans. Bagi Fans yang membeli Mcalls HITS Plan dan HITS Deal, mereka berpeluang mendapatkan tiket HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019 pada harga diskaun. Setiap Fans boleh membeli 2 tiket dengan diskaun 35% dan 2 lagi tiket diskaun 10% (Zon Merah dan Kuning sahaja).

Manakala Mcalls Fan boleh menaik taraf kepada HITS Plan untuk menikmati HITS Deal. Pra- /jualan HITS Deal akan bermula 14 Januari (12pm) hingga 18 Januari 2019 di laman web Mcalls(www.mcalls.asia) dan kedai gaya hidup digital Mcalls sebelum jualan tiket rasmi dibuka kepada orang ramai pada 19 Januari 2019.

January 12, 2019
Bagaimana Cara Filter Komen Di Instagram?

Bagaimana Cara Filter Komen Di Instagram? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Adakah anda pernah menerima komen yang tidak diingini atau komen yang berbaur penghinaan dan memalukan di Instagram? Sejujurnya Momi pernah menerima pelbagai komen yang kebanyakkannya mengutuk fizikal Momi. Jadi Momi cuba cari jalan penyelesaian untuk mengelak masalah ini berlaku dan cara yang terbaik untuk hidup lebih positif dan ceria ialah filter komen yang tidak di ingini di Instagram. 

Cara Filter Komen Di Instagram 
Berikut adalah cara mudah untuk anda filter komen di Instagram : 

Versi Aplikasi

1. Pergi pada Profile.
2. Cari "Settings" dan tap pada "Settings". (Rujuk No. 1 pada gambar dibawah)
3. Scroll ke bawah sehingga jumpa "Privacy and security".
4. Kemudian cari "Comment controls" dan tap pada "Comment controls" (Rujuk No. 2 pada gambar dibawah)
5. Cari bahagian "Filters", anda akan nampak "Hide Offensive comments" dan "Manual filter".
6. Pada bahagian "Hide Offensive comments", tap pada butang tersebut untuk aktifkan. Jika anda aktifkannya, ia secara automatik menutup komen yang mungkin tidak baik untuk post anda. (Rujuk No. 3 pada gambar dibawah)
7. Manakala, pada bahagian "Manual filter", tap pada butang tersebut untuk aktifkan. Jika anda aktifkannya, ia akan menutup komen yang anda sendiri taip diruangan yang disediakan. (Rujuk No. 4 pada gambar dibawah)

Versi Desktop / Web

1. Pergi pada Profile.
2. Cari "Edit Profile" dan klik pada "Edit Profile".
3. Cara "Privacy and security".
4. Kemudian cari "Comments" dan klik pada "Edit comment settings" .
5. Pada bahagian "Comment Filtering", taip perkataan yang anda rasa menyerang atau yang tidak sepatutnya dan kemudian klik "Submit". Contohnya seperti ini :

Senang sahaja kan? Kini anda bebas dari diserang oleh mana mana akaun Instagram yang berniat untuk memalukan atau menghina anda. Selepas anda mengaktifkan Comment Filtering, anda tidak akan dapat baca apa yang dikomen oleh mereka sekiranya anda masukkan perkataan untuk difilter. Semoga entri ini dapat membantu carian anda mengenai cara filter komen di Instagram. :)

January 10, 2019
2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

2018 Review & Happy New Year 2019! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Masih belum terlewatkan untuk Momi ucap, Selamat Tahun Baharu 2019 ! Tahun 2018 meninggalkan banyak kenangan manis mahupun pahit. Alhamdulillah, Tahun 2018 tahun Momi bangkit semula dari kesedihan selepas pemergian ayah pada Disember 2018. Jadi, Momi nak kongsi dengan anda kisah tahun 2018 dan harapan untuk tahun 2019.

Imbasan 2018
Alhamdulillah, tahun 2018 dimurahkan rezeki dengan pelbagai jenama yang baru untuk kolaborasi review dan advertorial seperti Milo, Samsung, Watsons, Yoodo, Jakel, Calpis, Eclipse, BOH, Melawati Mall, Ambassador Putrajaya dan banyak lagi. Tambahan pula, banyak aplikasi untuk Social Media Influencer yang mula menempah nama seperti KOMACI Network, Narratrs, Ittify, Churp Churp dan banyak lagi, dari situ Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu Momi bantu keluarga dari segi kewangan. Jumlahnya tidaklah besar tetapi cukup buat kami sekeluarga.

2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

Untuk travel pula, Momi tidak menetapkan untuk kemana-mana atas faktor kewangan. Tetapi Alhamdulillah, Momi menerima jemputan FAM Trip dari Gaya Travel ke Labuan (April 2018) dan Terengganu (September 2018). Selain itu, Momi dapat jemputan ke MAPS Perak yang sememangnya Momi nak sangat pergi hehe. Terima kasih Projek Travel. Hujung tahun 2018, baru sempat nak jalan-jalan ke Universal Studios Singapore, terima kasih Kak Mas dan Abang Nizam bawa Momi walaupun kita sesat dalam tu ya haha.

Paling Momi tak sangka ialah dapat menyertai Watsons Malaysia's Top Influencer yang dianjurkan oleh Watsons dan Oh Bulan! pada Oktober hingga November 2018. Ada lebih 6 cabaran yang Momi dapat tempuh dan Alhamdulillah, berjaya sampai ke TOP 6. Momi juga dianugerahkan sebagai "MOST CREATIVE AWARDS" semasa Final WATSONMTI. Anda boleh baca pengalaman Momi menyertai WATSONMTI disini.

2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

Ada banyak lagi kenangan yang best tapi Momi nak simpan dalam memori sahaja hehe. Terima kasih 2018 kerana mengajar Momi erti sabar dan bangkit semula. Ia tak semudah yang di sangka. Syukur sangat-sangat dikelilingi keluarga dan kawan-kawan yang memahami. Sayang semua!

2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

Harapan 2019
Setiap tahun mesti kita setkan azam tahun baharu kan? Untuk tahun 2019, Momi tak setkan apa-apa azam tetapi lebih kepada ingin berusaha keras untuk mencapai apa yang Momi inginkan. Tahun 2019 mungkin Momi takkan travel ke mana-mana atas faktor kewangan tetapi kalau ada jemputan FAM Trip bolehlah pergi kot hehe. Selain itu, mungkin Momi akan fokus pada YouTube pula selepaskan Blog dan Instagram. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan Momi ya ! :)

Semoga tahun 2019 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi dan lagi. In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2019 dengan penuh semangat dan senyuman :)

January 09, 2019
Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong

Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini Momi telah menghadiri majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong di Lake Vista, Puchong Selangor pada 5 Januari 2019. Ini merupakan kali pertama Hanana Group Sdn Bhd mengadakan majlis Grand Opening untuk Lugar De La Boda @ Puchong. Momi ingin kongsikan kisah sekitar majlis yang penuh makna bagi Hanana Group Sdn Bhd.

Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda 
Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong ini telah disempurnakan dengan perasmian oleh Puan Norazlin Abd Ghafar, pemilik Hanana Group Sdn Bhd bersama-sama keluarga. Majlis dimulakan dengan Solat Mahgrib berjemaah dan majlis bacaan Yassin, kemudian disusuli dengan Solat Isya' berjemaah. Kemudian, para tetamu dihiburkan dengan persembahan dari The Potai's Band dan serta hos jemputan, Azlee Senario

Untuk pengetahuan anda, majlis ini diadakan bagi memberi peluang kepada pasangan yang bakal berkahwin mengetahui pakej-pakej perkahwinan yang disediakan oleh Hanana Group Sdn Bhd di Lugar De La Boda @ Puchong. Majlis Grand Opening & Food Tasting ini lengkap dengan hiasan pelamin, katering, meja makan utama, DJ dan sistem PA untuk memberi peluang kepada mereka yang hadir merasai seperti menghadiri majlis perkahwinan di Lugar De La Boda @ Puchong

Para tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai hidangan seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Hitam, Sambal Sotong, Dalca dan beberapa menu hidangan yang lain. Selain itu, ada gerai Kambing Grill, Ayam Gunting, Kuih-Muih, Cendol dan Apam Balik. Semua ini dihidangkan panas-panas dari gerai tersebut ya.

Mengenai Lugar De La Boda
Lugar De La Boda nama di beri sempena perkataan 'wedding place' di dalam bahasa Sepanyol. Dewan perkahwinan Puchong ini merupakan konsep garden wedding yang pertama di kawasan Puchong dan ia menampilkan konsep ciri ciri Modern English yang bertatahkan warna emas dan juga warna putih manakala daun-daun dan pokok-pokok yang ditanam terdiri dari pokok pokok palm dan juga pokok pokok taman.

Dewan perkahwinan Puchong ini mampu memuatkan 50 buah meja dan 500 buah kerusi chivari gold di dalam satu satu masa. Selain itu, ia lengkap dengan tandas lelaki dan tandas perempuan di bahagian belakang dan juga surau lelaki dan perempuan di bahagian tepi dewan. Paling menarik, Lugar De La Boda juga menyediakan bilik akad nikah untuk memudahkan urusan pengantin dan keluarga. Dengarnya bulan Mac 2019 hampir penuh di booking. Alhamdulillah.

Apa-apa pun tahniah Momi ucapkan kepada Hanana Group Sdn Bhd diatas Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong. Semoga ramai pasangan mempelai masa akan datang book dewan perkahwinan yang cantik dan kelas ini hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej lengkap perkahwinan Puchong 2019 dan event space Puchong by Hanana Group, sila layari laman web rasmi Hanana Group dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram sekarang! 

Alamat Lugar De La Boda
Lugar De La Boda 
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

Alamat Hanana Group
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Hanana Group Sdn Bhd, sila hubungi :
Farah – 016 – 6700 457
Hanis – 016 – 6700 752
Rezza – 016 – 6700 473
Liana – 016 – 4318 434

Sedang Mencari Pekerjaan? Sertai BeanaHomeQuran Sebagai Tenaga Pengajar

Sedang Mencari Pekerjaan? Sertai BeanaHomeQuran Sebagai Tenaga Pengajar | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Adakah anda sedang mencari pekerjaan? Inilah masanya untuk anda sertai BeanaHomeQuran sebagai tutor. BeanaHomeQuran sedang menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar IPT, fresh graduate atau sesiapa yang berminat untuk menjadi tutor mengaji separuh masa di sini.

Mengenai BeanaHomeQuran
BeanaHomeQuran adalah sebuah platform yang membantu masyarakat untuk lebih mudah membaca Al-Quran mengikut kesesuaian dan keselesaan pelajar, fleksibel dan sangat sesuai kepada individu atau ibu bapa yang penuh dengan kesibukan aktiviti harian. BeanaHomeQuran juga membantu pelajar atau fresh graduate untuk mendapat peluang pekerjaan secara sambilan atau sepenuh masa dan diberikan latihan sebelum proses pembelajaran.

Untuk pengetahuan anda, BEANA yang membawa maksud JADILAH SAYA, diambil dari bahasa Inggeris dan Arab untuk menerapkan bahawa segala bentuk kejayaan di dunia dan akhirat adalah dari diri sendiri. BeanaHomeQuran Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh bumiputra didaftarkan pada Disember 2016 untuk meneruskan perkembangan Islam sejagat dengan keperluan masyarakat Islam pada abad ini.

Idea untuk memperkembangkan projek ini tercetus oleh pengasas BeanaHomeQuran, Anna adalah kerana keperluan masyarakat Islam di Malaysia untuk membaca Al-Quran dan memahami adalah sangat diperlukan saat ini. Penyebab utama masyarakat masih ketinggalan dalam bidang mengaji adalah kerana kurangnya pendedahan dakwah dalam memperkenalkan Al-Quran. Untuk maklumat penuh mengenai BeanaHomeQuran, anda boleh baca disini.

Mengapa Anda Perlu Sertai Tutor Di BeanaHomeQuran?
BeanaHomeQuran memerlukan tenaga pengajar dan tutor yang berminat untuk mengajar secara persendirian dari rumah ke rumah, kumpulan kecil (minimum 6 orang) atau kumpulan besar (minimum 10 orang) di rumah, pejabat atau di mana-mana tempat yang bersesuaian mengikut permintaan pelanggan. Terdapat banyak faedah dan kelebihan yang anda akan dapat sekiranya anda menjadi tenaga pengajar dan tutor di BeanaHomeQuran, antara ialah :

1. Anda berhak menyusun jadual kerja anda sendiri
2. Bekerja dengan waktu yang fleksible
3. Mengajar disekitar tempat anda sahaja KL/SELANGOR/PUTRAJAYA Sahaja
4. Elaun yang lumayan
5. Insentif BELIAN KERETA & UMRAH
6. Penyata elaun disediakan
7. Reward Tutor Bulanan
8. Latihan dan konsultansi diberikan

Memang banyak faedah dan kelebihan kan? Berikut adalah syarat kelayakan dan skop kerja tenaga pengajar dan tutor di BeanaHomeQuran:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 20 tahun ke atas
3. Memiliki sekurang-kurangnya diploma pengajian islam atau apa-apa sijil yang diiktiraf
4. Mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
5. Memiliki kenderaan
6. Memiliki Smartphone

SKOP KERJA

1. Mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain
2. Mengajar Kelas Asas Hafazan
3. Mengajar Dalam BM atau BI
4. Mengajar Kelas Advance 

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian dari  tenaga pengajar dan tutor di BeanaHomeQuran, anda perlu hantar resume anda ke info.beanahomequran@gmail.com dan isi Borang Pendaftaran Tutor : http://bit.ly/2ikDC4jSemoga entri ini memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari pekerjaan. In shaa Allah :)

Untuk maklumat lanjut mengenai BeanaHomeQuran, anda boleh layari laman web rasmi BeanaHomeQuran. Selain itu, anda boleh ikuti perkembangan terkini BeanaHomeQuran di laman media sosial di Facebook dan Instagram rasmi mereka.

No. Telefon Untuk Dihubungi : 
Nadhirah 011-5223411 (Bahagian Klien)
Sofea 011-373919050 (Bahagian Tutor)

Alamat BeanaHomeQuran
(SSM :1255257-H)
No. 7-2, Jalan Sepah Puteri 5/1B
Seri Utama Business Centre Kota Damansara
47810, Petaling Jaya
Selangor

Email
beanahomequran@gmail.com

January 08, 2019