Bagaimana Cara Filter Komen Di Instagram? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Adakah anda pernah menerima komen yang tidak diingini atau komen yang berbaur penghinaan dan memalukan di Instagram? Sejujurnya Momi pernah menerima pelbagai komen yang kebanyakkannya mengutuk fizikal Momi. Jadi Momi cuba cari jalan penyelesaian untuk mengelak masalah ini berlaku dan cara yang terbaik untuk hidup lebih positif dan ceria ialah filter komen yang tidak di ingini di Instagram.
Cara Filter Komen Di Instagram
Berikut adalah cara mudah untuk anda filter komen di Instagram :
Versi Aplikasi
1. Pergi pada Profile.
2. Cari "Settings" dan tap pada "Settings". (Rujuk No. 1 pada gambar dibawah)
3. Scroll ke bawah sehingga jumpa "Privacy and security".
4. Kemudian cari "Comment controls" dan tap pada "Comment controls" . (Rujuk No. 2 pada gambar dibawah)
5. Cari bahagian "Filters", anda akan nampak "Hide Offensive comments" dan "Manual filter".
6. Pada bahagian "Hide Offensive comments", tap pada butang tersebut untuk aktifkan. Jika anda aktifkannya, ia secara automatik menutup komen yang mungkin tidak baik untuk post anda. (Rujuk No. 3 pada gambar dibawah)
7. Manakala, pada bahagian "Manual filter", tap pada butang tersebut untuk aktifkan. Jika anda aktifkannya, ia akan menutup komen yang anda sendiri taip diruangan yang disediakan. (Rujuk No. 4 pada gambar dibawah)
Bagaimana Cara Filter Komen Di Instagram? |
Versi Desktop / Web
1. Pergi pada Profile.
2. Cari "Edit Profile" dan klik pada "Edit Profile".
3. Cara "Privacy and security".
4. Kemudian cari "Comments" dan klik pada "Edit comment settings" .
5. Pada bahagian "Comment Filtering", taip perkataan yang anda rasa menyerang atau yang tidak sepatutnya dan kemudian klik "Submit". Contohnya seperti ini :
Bagaimana Cara Filter Komen Di Instagram? |
Senang sahaja kan? Kini anda bebas dari diserang oleh mana mana akaun Instagram yang berniat untuk memalukan atau menghina anda. Selepas anda mengaktifkan Comment Filtering, anda tidak akan dapat baca apa yang dikomen oleh mereka sekiranya anda masukkan perkataan untuk difilter. Semoga entri ini dapat membantu carian anda mengenai cara filter komen di Instagram. :)
4 Comments
thanks momi, nice sharing!