About Me
2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

2018 Review & Happy New Year 2019! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Masih belum terlewatkan untuk Momi ucap, Selamat Tahun Baharu 2019 ! Tahun 2018 meninggalkan banyak kenangan manis mahupun pahit. Alhamdulillah, Tahun 2018 tahun Momi bangkit semula dari kesedihan selepas pemergian ayah pada Disember 2018. Jadi, Momi nak kongsi dengan anda kisah tahun 2018 dan harapan untuk tahun 2019.

Imbasan 2018
Alhamdulillah, tahun 2018 dimurahkan rezeki dengan pelbagai jenama yang baru untuk kolaborasi review dan advertorial seperti Milo, Samsung, Watsons, Yoodo, Jakel, Calpis, Eclipse, BOH, Melawati Mall, Ambassador Putrajaya dan banyak lagi. Tambahan pula, banyak aplikasi untuk Social Media Influencer yang mula menempah nama seperti KOMACI Network, Narratrs, Ittify, Churp Churp dan banyak lagi, dari situ Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu Momi bantu keluarga dari segi kewangan. Jumlahnya tidaklah besar tetapi cukup buat kami sekeluarga.

2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

Untuk travel pula, Momi tidak menetapkan untuk kemana-mana atas faktor kewangan. Tetapi Alhamdulillah, Momi menerima jemputan FAM Trip dari Gaya Travel ke Labuan (April 2018) dan Terengganu (September 2018). Selain itu, Momi dapat jemputan ke MAPS Perak yang sememangnya Momi nak sangat pergi hehe. Terima kasih Projek Travel. Hujung tahun 2018, baru sempat nak jalan-jalan ke Universal Studios Singapore, terima kasih Kak Mas dan Abang Nizam bawa Momi walaupun kita sesat dalam tu ya haha.

Paling Momi tak sangka ialah dapat menyertai Watsons Malaysia's Top Influencer yang dianjurkan oleh Watsons dan Oh Bulan! pada Oktober hingga November 2018. Ada lebih 6 cabaran yang Momi dapat tempuh dan Alhamdulillah, berjaya sampai ke TOP 6. Momi juga dianugerahkan sebagai "MOST CREATIVE AWARDS" semasa Final WATSONMTI. Anda boleh baca pengalaman Momi menyertai WATSONMTI disini.

2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

Ada banyak lagi kenangan yang best tapi Momi nak simpan dalam memori sahaja hehe. Terima kasih 2018 kerana mengajar Momi erti sabar dan bangkit semula. Ia tak semudah yang di sangka. Syukur sangat-sangat dikelilingi keluarga dan kawan-kawan yang memahami. Sayang semua!

2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

Harapan 2019
Setiap tahun mesti kita setkan azam tahun baharu kan? Untuk tahun 2019, Momi tak setkan apa-apa azam tetapi lebih kepada ingin berusaha keras untuk mencapai apa yang Momi inginkan. Tahun 2019 mungkin Momi takkan travel ke mana-mana atas faktor kewangan tetapi kalau ada jemputan FAM Trip bolehlah pergi kot hehe. Selain itu, mungkin Momi akan fokus pada YouTube pula selepaskan Blog dan Instagram. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan Momi ya ! :)

Semoga tahun 2019 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi dan lagi. In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2019 dengan penuh semangat dan senyuman :)

Kepentingan Guna Video Dalam Online Marketing

Kepentingan Guna Video Dalam Online Marketing | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Sebenarnya penggunaan video sangat penting dalam 'Online Marketing'. Ia merupakan satu cara yang mudah untuk menyampaikan apa yang ingin anda sampaikan kepada orang ramai. Sebenarnya dengan promosi menggunakan video, ia dapat mampu memberi 'brand awareness' terhadap perniagaan anda.

5 Kepentingan Guna Video Dalam Online Marketing 
Okay, Momi nak kongsikan kepada anda 5 Kepentingan Guna Video Dalam Online Marketing , sedikit sebanyak dapat membantu perniagaan anda. 

1. Berkomunikasi

2. Memberi Maklumat

3. Demostrasi Produk

4. Testimoni

5. Video Yang Menarik

Rekamotion
Rekamotion adalah salah satu agensi digital milik bumiputera di Malaysia yang menyediakan servis pengiklanan dan pemasaran digital melalui media sosial, video design, corporate branding, graphic design, infographic, poster, Augmented Reality & Virtual Reality.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rekamotion, anda boleh layari laman web rasmi Rekamotion, hubungi 0376240836 atau emailkan ke admin@rekamotion.my. Jangan lupa, Ikuti perkembangan terkini menerusi media sosial Rekamotion di Facebook dan Instagram

MOMI IS BACK!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Rasanya dah lama meninggalkan blog seketika sebab Momi sibuk dengan Watsons Malaysia's Top Influencer. Alhamdulillah, Momi berjaya sampai ke Top 6. Momi baru sahaja nak start gear untuk update blog sebab memang tak boleh fokus banyak perkara dalam satu masa. Lagi-lagi minggu lepas Momi balik kampung, jadi memang tak sempat nak tengok Blog.

Baca : Pengalaman Menyertai Watsons Malaysia's Top Influencer

Sedar tak sedar sudah hampir kita dengan bulan Disember dan tak lama lepas tu sudah masuk tahun 2019. Jadi Momi harap anda masih lagi setia membaca blog Momi ni. In sha Allah pelbagai content yang menarik akan Momi update. Jangan lupa ikuti Momi di Instagram tau. Sayang semua!

Yang sentiasa comel di hati awak,
Momi

Welcome To Momiland - Happy 6th Momiversary !

Welcome To Momiland - Happy 6th Momiversary ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Apa itu 'Momiversary'? Sebenarnya ambil dari perkataan 'anniversary' (ulang tahun) dan ia digabungkan dengan nama Momi. Pada tanggal 8 Jun 2018 yang lalu, Blog Momi ini telah berusia 6 tahun tau. yeay! Memandangkan 8 Jun tahun ini jatuh pada bulan Ramadan, Momi tak sempat nak buat preparation untuk ulang tahun ke-6. Jadi Momi memilih tanggal 1 Julai 2018 untuk buat surprise kepada anda sempena ulang tahun ke-6 Blog Momi ini.

Tak cadang sebenarnya nak tukar nama. The idea tu datang empat hari sebelum menjelangnya 1 Julai ni. MOMILAND ini merupakan sebuah projek untuk blog RAFZANTOMOMI.COM sempena ulang tahun ke-6. Nama MOMILAND datang dari nama 'Momi' dan 'Wonderland' , dan ia digabungkan menjadi 'MOMILAND'. Sempena ulang tahun ke-6 ini, Momi telah menukar header dan layout blog bagi tampak lebih comel dan kemas.

It's remind me masa zaman mula-mula blog sekitar 2012-2014 dimana Momi sering tukar header dan layout blog hampir setiap bulan sebab Momi memang suka decorate Blog ni. Lepas tahun 2015, mostly fokus pada content dan dunia blogging. Jadi sempena ulang tahun ke-6 ni why not kita kembalikan nostalgia lama kan? hehe. MOMILAND ini hanya akan wujud untuk 3 bulan sahaja.

Finally the day has come. Terima kasih yang selalu baca blog Momi. Have a nice day gais. Assalamualaikum.

xoxo,
Momi
1.7.2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Momi nak buat entri khas buat semua pembaca blog Momi ni hehe. Sebenarnya Momi nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan seluruh umat Islam yang menyambut Aidilfitri. Jika ada salah dan silap serta terlanjur kata, Momi harap anda semua boleh maafkan ya. Sekali lagi, tahun ini Momi #TeamRayaSelangor hehe. 

Gambar Keluarga Beraya
Gambar Raya 2016

Agak berbeza seperti tahun lalu, tahun ini kami sekeluarga sambut raya tanpa Ayah buat pertama kalinya. Suasana masa bulan Ramadan juga berbeza tanpa Ayah. Serius kami semua sangat merindui Ayah. Mohon pembaca dan juga rakan-rakan sedekah Al-fatihah buat arwah Ayah yang kembali ke rahmatullah pada 12 Disember 2017. 

Kepada semua pembaca, sekali lagi Momi nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Dimana pun anda berada , jaga diri elok-elok ya. Inilah masa yang terbaik untuk kita meluangkan masa bersama yang tersayang. Sayang semuaa! Muah ciked. 

Xoxo,
Momi

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H

Saya & Gambar IV -Edisi Balik Kampung- Rafzan Tomomi

Saya & Gambar IV -Edisi Balik Kampung- | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Rasanya dah lama Momi tak update entri 'Saya & Gambar' kan? Kali terakhir update rasanya September 2017. Baru-baru ini, kebanyakkan post gambar dekat Kampung sebab dua tiga bulan ini kerap balik kampung untuk kenduri tahlil arwah ayah. Terima kasih kepada adik Momi, si Amy sebab melayan kerenah Momi yang suka bergambar kesana kesini, sampai selit selit tepi pokok dan dedaun gitu hehe. Malas nak bebel panjang, jom tengok "Lookbook" Edisi Balik Kampung Momi dekat Kampung hehe.

Perhatian : Kesemua foto dibawah ditangkap menggunakan Huawei P10.

"Eh ada apa dekat atas tu?"

Girls, I'm fabulous! haha

Feelin' Gorgeous?

It's weird right?

Fierce & Love gitu.

Beautiful Sunset.

Mai mai beli Pulasan.

Sinar Cahaya

Belakang Rumah Pon Jadi ya haha.

Hijau

Pulasan ! Pulasan !

Cari Mana Momi?

Cahaya Dalam Kegelapan

Saya & Gambar IV -Edisi Balik Kampung-
Hey you, miss me?

Saya & Gambar IV -Edisi Balik Kampung-
Beauty is Pride

Saya & Gambar IV -Edisi Balik Kampung-
Sometimes you invisible.

Sebenarnya banyak lagi tau cuma Momi tak sempat nak edit. Apa-apa pun harap anda enjoy melihat gambar Momi, kalau murung cepat-cepat makan ubat ya hahaha. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melihat gambar-gambar Momi. Semua gambar diatas diedit menggunakan vsco cam untuk Instagram. Jangan lupa ikuti Momi di Instagram - @rafzantomomi. ;)

Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illhai, dengan limpah kurnianya Momi masih lagi bernafas. Tanggal 31 Disember 2017 (Ahad) , Momi masuk 26 Tahun! Yeay. Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. Tahun ni hari lahir Momi bertemakan "Happy Mominions Day!" dimana baju Minions yang sering anda nampak di Facebook dan Instagram Momi. Tahun lepas, Momi ke Port Dickson sambut bersama Ara Kimora, tahun ini Momi sambut Birthday bersama rakan Blogger.

Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

Sehari sebelum hari lahir Momi, Momi bersama Mawardi Yunus, Amir Nawawi dan Dik Bee ke Muzium Negara untuk ke pameran "Kartun & Kita" yang sedang berlangsung. Selepas itu, kami terus ke Nilai untuk ke kedai Kak Laila dan menikmati Mee Udang dan Air Kelapa Lemon Laici yang sememangnya awesome teruk! hehe. Kemudian kami ke event LAMPU dekat Putrajaya untuk meluangkan masa disini. Turut ada bersama Fuad, Fauzi Aryaan dan Umairah. Malam tu tersekat dalam Jem dari 10.45 sampai 12.00 lebih haha. Redha dengar Amir nyanyi lagu 'Birthday' kahkah.

Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

31 Disember 2017 (Ahad). Seronok menerima pelbagai ucapan dari rakan-rakan. Hanya melayari internet seperti biasa. Kemudian pada petangnya, Bamir (Amir Nawawi) buat kejutan dekat Momi. Dia bagi surprise cake dekat Momi (walaupun ia roti haha). Apa yang menariknya, Amir bagi lilin yang digunakan kalau tak letrik ataupon nak lekatkan plastik hahaa. Memang luar kotaklah Bamir ni hehe. Terima kasih banyak-banyak weh! Terima kasih juga buat Mawardi dan Hasif sebab nyanyikan lagu Birthday dekat Momi. | Happy 26th Birthday, Rafzan Tomomi !

Sambutan kali ini sederhana, kalau tak selalu Momi akan beli kek besar dan makan puas-puas sampai kenyang. Terima kasih atas ucapan rakan-rakan dan Followers Momi, semoga semuanya dimurahkan rezeki ya. Akhir kata, Momi rasa sangat gembira sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang sangat sweet dan baik. Rasa nak 'hug' semua hehe. Unofficially-nya Momi dah 27 tahun untuk 2018. Doakan yang terbaik untuk Momi ya!

p/s : I love you guys! 

Selamat Tahun Baharu 2018 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Tahun 2017 sudah melabuhkan tirainya, kini kita sudah memasuki tahun 2018. Rasa macam cepat masa berlalu kan? Selamat Tahun Baharu 2018 kepada pembaca blog Momi ni. Ada beberapa perkara yang Momi nak sharekan kepada anda sepanjang tahun 2017.

Imbasan 2017
Tahun 2017 menyaksikan pelbagai kenangan manis dan pahit berlaku pada Momi. Tahun 2017 boleh dikatakan lebih dimurahkan rezeki dengan pelbagai kolaborasi review dan advertorial bersama nama-nama besar seperti Sushi King, Pokka, Kaio Studio, Apple Fiber Plus, Lazada, ROOPAWAN, RTM, Media Prima, Neffos, Traveloka, KPDNKK dan banyak lagi. Selain itu, tahun 2017 boleh dikatakan menerima banyak jemputan event dan food review.

Untuk travel pula, Momi berkesempatan untuk menaiki kapal cruise Superstar Libra dari Pulau Pinang ke Phuket, Thailand. Sebuah pengalaman yang takkan Momi lupakan. Momi juga berkesempatan untuk travel ke Lombok bersama rakan office selama 5 hari 4 malam. Yang ni pon sama, memang pengalaman yang awesome sangat.

Impian untuk dapat telefon baru tercapai! Disebabkan tak sabar nak beli handphone baru, akhirnya beli juga Huawei P10 sebab minat sangat dengan kamera dualnya tu. Serius memang puas hati pakai Huawei P10! Maybe 2018 tak beli handphone baru kot! hehe.

Menariknya tahun 2017 sangat bermakna buat Momi apabila blog Momi kini sudah mencecah lebih 2,000,000 pembaca pada hujung Disember 2017. Terima kasih sangat kepada semua yang sudi masuk ke blog Momi. Rasa seronok dapat memberi info dan panduan kepada mereka yang masuk ke blog Momi.

2017 Momi berakhir dengan kedukaan apabila ayah Momi telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 12 Disember 2017. Selepas dua bulan menanggung kesakitan dekat ICU, ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Dalam keadaan sekarang masih lagi belum pulih sebelumnya untuk menerima ayah sudah pergi buat selamanya. Hidup mesti diteruskan juga kan? Rindu ayah sangat-sangat. Al-fatihah.

Azam 2018
Berikut adalah azam-azam tahun 2018 Momi :

- Travel ke Jepun dan Korea.
- Dapat Kerja Tetap.
- Dapat menyimpan duit dengan sebaiknya.
- Dimurahkan rezeki.
- Kolaborasi Dengan Nama-nama besar.
- Kurus? I will think about it later. haha
- 30k Instagram Followers.
- Meet awesome new people.

Haaa begitulah imbasan 2017 dan azam tahun 2018 Momi. Banyak sebenarnya nak taip tapi Momi simpan dalam hati. Tahun ni dah masuk tahun ke-6 lah kiranya untuk Blogging dan juga alam perkerjaan. Semoga tahun 2018 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi . In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2018 dengan penuh semangat ya! :)

2017 Review & Happy New Year 2018!

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah. | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Selepas dua bulan menanggung sakit di ICU PPUM, ayah telah pergi menghadap Illahi pada Selasa, 12 Disember 2017 pada jam 5.25 petang. Tak sangka tahun 2017 adalah tahun terakhir bersama arwah ayah. Hari ini sudah seminggu berlalu, namun banyak kenangan bersama ayah sentiasa berputar diingatan. 

Dua minggu sebelum pemergian ayah, doktor ada kata dekat emak nak jumpa semua ahli keluarga. Esoknya tiada sebarang perjumpaan. Sebenarnya sudah beberapa kali doktor nak jumpa, lama-lama kami tenang bila doktor kata nak jumpa. Bila emak kata "hari ni ayah buka mata, seronok borak dengan ayah", Momi turut gembira dan tak sabar nak balik kerja jumpa ayah.

Baca Juga : Get Well Soon Ayah | Ayah, Bukalah Mata | Rindu Suara Ayah | Stay Strong, Ayah

Sehari sebelum pemergian ayah, semuanya seperti biasa yang biasa kami lalui. Bila panggil "ayah, ayah" kebiasaanya ayah akan buka mata, tapi kali ni ayah tidak respon. Seperti biasa ayah hanya gerakkan tangan sahaja. Saat itu hanya mampu doakan yang terbaik.

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.

Tanggal 12 Disember 2017. Permulaan hari yang cukup tenang. Semuanya seperti sedia kala. Tepat jam 2.48 petang, Momi terima pesanan dari Abadik dalam group keluarga kami.

"Salam semua. Semoga tabah. Tadi doktor dah jumpa, bagitau. Ayah dah tenat sangat. Sekarang tinggal support saja. Ikut keadaan sekarang, hari ini atau esok. Ayah semakin nazak dan dah hari ni memang tercungap-cungap je."

"ICU dah benarkan sesiapa boleh jumpa walaupun bukan waktu melawat. 2 orang sekali."

"Apa yang doktor kata, sama je macam sebelum ni. Cuma hari ni, kondisi semakin teruk."

"Semuanya bergantung kepada ayah saja. Cepat atau lambat... Doktor tak boleh cakap, tapi anytime jantung boleh berhenti."

"Doktor minta kita bersedia."

Masa baca pesanan itu, air mata mengalir tanpa henti. Sambil buat kerja, sambil tu air mata keluar. Pernah bagitahu kawan-kawan "Momi dah bersedia apa apa terjadi" , walaupun hakikatnya Momi belum bersedia. Momi cuba untuk tidak bagi orang nampak, cuba tenangkan diri.

Tepat jam 5.00 petang terus gerak ke ICU tumpang kereta kak Fara. Sampai sana terus masuk bilik tanpa pas pelawat seperti sebelum itu. Hati sudah rasa sebak. Sampai dekat katil 15, ramai orang keliling katil ayah. Jantung berdegup laju, air mata terus mengalir. Ya Allah, masa itu ayah sedang nazak. Terus peluk ayah sambil mengucap beberapa kali. Tiba-tiba mesin berbunyi. Doktor terus datang, check ayah dan kata "Encik Rahim sudah meninggal dunia". Saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sebaknya dada, air mata mengalir deras. Tak sangka itu kali terakhir melihat wajah ayah.

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.

Tanggal 13 Disember 2017, hari pengebumian ayah. Jenazah ayah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Pajam, Selangor. Hari yang penuh syahdu. Sekali lagi melihat wajah ayah, kali ini semasa mandikan ayah bersama adik beradik lelaki yang lain serta pak cik saudara. Bila tengok wajah ayah sangat tenang. Semasa mandikannya , hati mula sebak tapi cuba tahan air mata walaupun sikit demi sedikit ia mengalir keluar. Selesai mandi dan dikapankan, Momi tak boleh bernafas terus masuk bilik menangis.

Pengebumian arwah ayah sangat dipermudahkan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan datang melawat ayah untuk kali terakhir. Terima kasih juga kepada mereka yang beri kata semangat,  terutamanya keluarga, saudara mara dan juga kenalan yang banyak bagi semangat. In Shaa Allah , Momi akan okay nanti. 

Selepas dua bulan ayah tanggung sakit, ayah pergi menghadap Illahi. Semua pesan ayah masih orang ingat sampai bila-bila. Lepas ni kalau nak makan ABC kena pergi beli sendiri lah, selalu ayah yang bawa balik rumah hehe. Lain rasanya bila kita pernah ucap Salam Takziah dekat orang, dari orang ucap pada kita. Rasanya lebih sebak dan sayup. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah ayah ya.

Semoga ayah tenang disana. Al-fatihah.
A. Rahim Bin Ali
05031955 - 12122017 ❤

Stay Strong, Ayah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Sekejap sahaja masa berlalu. Ayah dah sebulan dekat ICU, dengan keadaannya yang sama mungkin juga lebih tenat. Selama tiga puluh hari disini, ramai yang datang melawat, menceriakan dan buat kami senang hati seketika. Terima kasih sangat-sangat. Dah lama nak update mengenai ayah ni, cuma hati tak kuat minggu lepas. Lot things happen disekeliling Momi.

Masih melalui hari-hari biasa, masih kuat semangat untuk pergi kerja. Walaupun hati ni rindu sangat dekat ayah. Momi teringat minggu lepas masa ayah dah di tebuk dekat bahagian leher, untuk penafasan. Lepas tu semalam juga satu bahagian lagi tepi perut dah kena tebuk. Bila tengok keadaan ayah masa tu macam boleh rasa sakit kalau ayah sedar nanti. Hati tak rela tapi nak tak nak kena hadapi juga.

Baca Juga : Rindu Suara Ayah

Beberapa hari lepas tu, ayah punya reaksi tak sama macam selalu. Bila panggil tak layan, mata masih tertutup dan tak genggam tangan pon. Tengok darah ayah masih kena cuci. Ada satu hari tu tiba-tiba tak dapat tahan sebak tengok keadaan ayah, kesian sangat tengok ayah. Ayah bernafas sekarang ikut leher, lepas tu dia menanggung sakit lepas tebuk. Boleh nampak pada wajahnya. Kebetulan masa melawat Momi sorang je ada dekat ayah, doktor panggil nak cakap something.

Stay Strong Ayah
Ayah

"Keadaan ayah kamu sedang tenat. Harap bersedia dengan sebarang kemungkinan"
"Kami cuba sedaya upaya, memandangkan jantung, buah pinggang dan parunya tak berapa okay."

Momi rasa kosong. Blank. Tak tahu nak react macam mana, nak buat apa. Terus pandang ayah. Rasa risau sangat dah. Keluar je dari situ, bagitahu emak dengan Amy apa yang doktor cakap. Mak terangkan semuanya dan Momi dah faham sekarang. Dalam hati dah menahan sebak. Malam tu, tidur sambil bergenang air mata. Rindu sangat.

Beberapa hari berikutnya, Mak cerita yang doktor kata hati ayah beransur pulih, ada sikit nanah yang keluar. Sekarang paru-paru, jantung dan buah pinggang ayah tak berapa baik sangat, perlukan rawatan rapi. Lepas tebuk leher, ayah tak nak buka mata sangat. Semalam seronok sangat bila dapat tengok reaksi yang positif dari ayah. Walaupun ayah tak boleh bercakap buat masa ini, Momi dengan Kak Long tetap ajak ayah berborak. Mata dia dari tak nak buka langsung, terbuka luas. Itu sudah memadai.

Sekali lagi, saya wakil ayah nak mohon sekiranya ayah saya ada salah dan silap, maafkan ayah ya. Doakan ayah saya cepat sembuh, ada perkembangan positif dan dipermudahkan urusannya.

Semoga ayah terus kuat ya!
Rindu sangat dah ni :')

Rindu Suara Ayah

Rindu Suara Ayah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Hari ni dah masuk hari ke 15 ayah dekat ICU. Ayah mula sedarkan diri sabtu lalu. Alhamdulillah. Gembira sangat masa tu. Mata ayah masih belum boleh buka. Memandangkan ada tiub dalam mulut, ayah memang tak boleh cakap. Ayah seperti cakap sesuatu tapi tak keluar suara. Masa tu Momi dengan Adik boleh komunikasi dengan ayah walaupun ayah angguk atau geleng kepala. 

"Ayah kenal kami tak?"
ayah angguk
"Ayah ada rasa sakit ke?"
ayah angguk

Sambil sambil tu, ayah cuba nak bangun dan lepaskan tangannya. Kadang-kadang nampak raut wajahnya menahan sakit. Disebabkan ayah selalu bergerak, nurse terpaksa ikat tangan ayah sebelum terjadi apa apa perkara yang tak diingini. Keputusan scans dah keluar, doktor kata nanah ayah makin banyak, banyakknya lebih besar dari hati. Kira memang dah tutup seluruh hati tu. Kami redha.

Tiga hari berlalu, tiba-tiba rasa rindu nak dengar suara ayah, gelak ketawa ayah. Seperti biasa lepas balik kerja terus ke PPUM nak pergi melawat ayah, kali ni rasa macam rasa lain sikit dari biasa. Masa hari Ahad dan Isnin ayah ditidurkan. Momi mungkin nampak tenang dan boleh gelak-gelak, sebenarnya hati tak boleh tipu rasa risau dan rindu dekat ayah.hmm

Rindu Suara Ayah

Bila tengok ayah hari ni matanya terbuka tapi kali ni rasa sebak sangat tengok. Matanya kuning dan berkelip beberapa kali. Wajahnya menahan kesakitan yang ditanggung. Bila pegang jari jemari ayah, ayah genggam jari ini seperti nak bagitahu yang beliau menanggung kesakitan tu. Masa tu Momi dengan Abang Iju, kami cuba tenangkan ayah 

"Ayah, ayah kena kuat, jangan banyak gerak, nanti luka"

Momi seperti merasai apa yang ayah sedang lalui. Menitis air mata tengok ayah dalam keadaan macamni tapi bukan depan ayah, terpaksa keluar dari bilik tengok disebalik cermin. I have to be strong hadapi dugaan ini. Ayah tak boleh tengok kami sedih, kami yang kena bagi ayah semangat untuk melawan kesakitan itu.

Hari Jumaat, ayah dah tunjukkan sedikit progress. Tepat dua minggu ayah dekat ICU. Rindu yang tak terhingga, lagi-lagi nak dengar suara ayah. Sehingga hari ini, ayah masih belum tebuk dekat leher (walaupun hari tu salah tengok, ingatkan dah tebuk rupanya belum). Seeloknya tak nak lah tebuk leher. Sekarang doktor masih cuba nak bagi peluang dekat ayah, nak tengok sama ada perlu tebuk atau tidak. Semoga kami masih berpeluang mendengar suara ayah. Rindu sangat.

Rindu Suara Ayah

Terima kasih kepada yang datang melawat ayah dan mendoakan kesihatan ayah. Kami gembira menerima kunjungan dari anda. Ayah dah pindah ke ICU Tingkat 2. Tempatnya lebih selesa dan bilik pon besar. Kalau nak datang melawat ayah sila roger-roger Momi ya hehe.

Ayah kuat! Ayah boleh ! Kami semua rindu nak dengar suara ayah. 
Sayang ayah.

Ayah, Bukalah Mata

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Hari ini genap seminggu Ayah belum sedarkan diri, masih lagi diatas katil ICU dekat PPUM. Rasa rindu semakin kuat, serius rindu nak dengar suara ayah. Setiap hari tak pernah miss nak pergi melawat ayah. Wajah emak kelihatan sangat risau melihat keadaan ayah. Kami semua rindu sangat dekat ayah. Setiap hari mesti ada yang melawat ayah.

Dua hari Momi minta cuti, nak kerja pon tak rasa nak kerja bila teringat ayah dekat hospital. Nasib baik hari Rabu cuti Deepavali. Keadaan ayah masih sama. Masih belum sedarkan diri. Apa yang jadi setiap hari mesti cerita dekat Ayah,

"Ayah, hari ni ramai datang melawat ayah. Semua rindu ayah"

Sambil-sambil borak dengan ayah, tengok tabung darah tu. Hari Isnin tengok macam dah takde, esoknya ada balik. Emak kata tu lah nanahnya, rupanya masih ada. Ingatkan dah habis keluar. Memang dah redha. 

Esoknya hari rabu, Doktor call Emak suruh datang hospital segera. Momi cuba tenangkan diri walaupun risaunya tak terkata. Bila sampai, Doktor minta permission untuk scans seluruh badan, sebab ayah masih belum sedarkan diri. Sepatutnya dah sedar.

Ayah, Bukalah Mata

Ayah masih lagi belum sedar. Masa melawat ayah, ayah ada gerak sikit. Rupanya ayah cuba keluarkan tiub udara dia. Matanya masih belum terbuka. Hati ni meronta-ronta minta ayah bukak mata dan nak dengar suaranya. Tapi masih belum dapat. Tengok keadaan ayah rasa sebak sangat tapi kena tahan. I need to be strong! Mak kata,

"Air mata ayah mengalir masa Mak baca yasin."

Alhamdulillah. Sekurangnya ayah dengar apa yang kami cakap dekat dia. Emak kata mata ayah kuning, mungkin kesan dari hati bernanah tu. hm.

Hari Khamis, Emak suruh pergi kerja sebab ada ramai yang boleh tengokkan ayah. Tapi hati ni masih berat nak pergi kerja, nak pergi tengok ayah juga. Momi akur dan pergi kerja. Ternyata rindu dekat ayah lebih kuat, tapi dalam masa yang sama kena bekerja juga. Tepat 5.00 petang terus punch out dan naik uber dari RTM ke PPUM. Nasib ada promo code, murah sikit hehe.

Ayah masih sama seperti semalam. Ini pertama kali ayah masuk hospital, jadi dia tak biasa dengan keadaan macamni. Ayah masih bergelut nak keluarkan tiub dari mulut dia. Memandangkan kami tak boleh jaga dekat ICU, kami beli pemain mp3 yang ada ayat Al-Quran dan Surah Yassin supaya ayah boleh dengar ayat-ayat Al-Quran. 

Hari Jumaat, progress ayah masih sama. Momi pula masih lagi bekerja. Hari ini busy sikit dari biasa. Seperti biasa, tepat jam 5.00 petang, punch out dan naik uber ke PPUM. Sampai hospital terus nak jumpa ayah. Mak bagitahu,

"Doktor kata kalau ayah terus pakai tiub tu, boleh bahayakan tekak dia. Kalau ayah tak bangun jugak, doktor nak tebuk leher ayah."
"Nooo. takde cara lain ke mak?"
"Kalau dah macamni caranya, nak buat apa lagi."

Momi senyap. Tak tahu nak fikir macam mana. Lepas tu keluar sekejap, bagi laluan orang lain nak melawat ayah. Adik ayah dari Johor datang melawat. Lepas tu, Momi masuk dengan adik. Sekali lagi berborak dengan ayah. Kitorang bagitahu siapa yang datang melawat. Siap ajak,

"Ayah, kawan ayah telefon ajak memancing"
"Ayah, wrestling dah nak bermula"
"Ayah, nanti balik bawak ABC"
"Ayah, bangunn~ dah maghrib, tak elok tidur maghrib"

Semua ini kegemaran ayah. Tapi masih tiada tindak balas. Kemudian, kami bagi Emak dengan Kak Long masuk pula sebelum habis waktu melawat pukul 8.00 malam. Masa dah nak balik tu, Kak Long bagi tahu,

"Tadi masa orang cakap nak balik pastu orang kata 'Ayah, esok bukak mata tau. Esok kitorang datang lagi.' tahu tak, ayah angguk."
"Lepas tu dia buka mata sekejap, lepas tu tutup."

Cukuplah dengar ayat-ayat ni. Hati rasa tenang sikit. Semoga kami datang esoknya, ayah dah boleh bercakap dan buka mata. Sekali lagi terima kasih buat semua yang datang melawat ayah dan mendoakan kesihatan ayah. Juga terima kasih buat kawan-kawan dan saudara mara yang bagi kata semangat.

Ayah, cecepat buka mata tau. Rindunya ayah. 

Get Well Soon, Ayah

Get Well Soon, Ayah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Kalau ikutkan hari ini dah masuk hari keempat ayah dekat hospital. Masa dapat tahu ayah masuk hospital, hati masih lagi boleh tenang sebab emak dah bagitahu nak hantar ayah pergi hospital. Hari yang sama, adik mesej Momi bagitahu,

" Ayah dah scans tadi, doktor kata hati ayah bernanah" 

Momi sangat terkejut, lepas tu terus call emak memandangkan masa tu ada hal yang nak diuruskan. Emak suruh bertenang.

Keesokan harinya, Ayah dah selesai pembedahan sedut nanah dekat hati. Lepas tu ayah dah masuk wad biasa. Sampai je hospital tengah hari tu, tengok ayah tak sedarkan diri lagi. Momi tak dapat tahan rasa sebak terus peluk emak.

"Orang tak pernah tengok ayah dalam keadaan macamni." 
"Sabar, takde pape, ayah okay je tu." - Emak

Masih menunggu ayah jaga. Untuk hilangkan rasa risau, kami pergi makan sekejap area PPUM tu. Selesai menikmati Mi Hun Sup dengan Teh Ais, tiba-tiba Emak dapat call.

"Ayah kena masuk ICU."

Momi sangat binggung, sebab ini pertama kali hadapi situasi sebegini. Ada yang kata ICU ni keadaan ayah kritikal dan ada yang kata ICU ni Ayah perlukan pantauan rapi dari doktor. Hati ni sangat risau dan makin risau. Saat itu Momi hanya nak dengar suara ayah je.

Satu jam berlalu selepas ayah masuk ICU. Semua keluarga dan saudara mara menunggu penuh berdebar, apa yang terjadi pada ayah sebenarnya. Tiba-tiba kami disuruh masuk tengok ayah. Masa tu satu keluarga berkumpul bersama doktor. Melihat keadaan ayah dekat atas katil ni lebih sebak. Bila tengok ayah penuh dengan wayar disana sini bersama mesin-mesin. Momi cuba tahan untuk menangis. Doktor bagitahu ,

"En. Rahim masih dalam keadaan kritikal. Kuman dalam badannya nak merebek ke paru-paru. Kami cuba untuk rawat....." 

Momi hanya ingat sampai situ sebab fikiran dah fikir lain. Sambil keluar dari bilik tu, I was crying and crying. Momi hanya longlai dan lemah duduk dilantai seketika. Semua orang risau. Dalam situasi macamni, tak tahu nak buat apa.

Hari berikutnya, Momi dengan mak pergi hospital seawal 10.00 pagi, sebab Emak dah risau sangat. Sampai dalam pukul 11.00 pagi tapi masih belum boleh masuk. Kami tenangkan diri dalam bilik menunggu sambil makan-makan. Emak pon kena makan ubat.

Get Well Soon, Ayah

Tepat jam 12.00 tengah hari, Momi masuk dengan emak untuk lihat keadaan ayah. Masih sama. Masa ni Momi fikir positif. Sambil pegang tangan ayah, Momi kata

"Salam Ayah, orang kat sini. Ayah bangun ler, orang rindu ni"

Tiada respon. Lepas tu, Momi dengan Emak baca yasin. Masa baca tu, Doktor datang bagitahu keadaan ayah. Katanya Ayah dah stabil sikit dari semalam. Hati rasa lega sikit. All I need is hear his voice. Bangun ya ayah, kami semua merindui ayah.

Terima kasih kepada saudara mara, rakan-rakan, jiran serta sesiapa sahaja yang datang melawat ayah, walaupun ayah masih belum sedar. Terima kasih juga kepada semua rakan dan pengikut di laman sosial yang bagi kata semangat dekat Momi. Doakan semoga ayah cepat sedar dan cepat sembuh.

I miss you, Ayah. Get well soon okay. Muah ciked!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Rasanya dah lama tak update koleksi-koleksi gambar Momi dekat blog, memandangkan banyak update di Instagram dan Facebook. Sebelum ni ada update entri 'Saya & Gambar' dan 'Saya & Gambar II'. Memandangkan mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dari rakan-rakan, maka muncullah beberapa gambar dengan 'pose' yang pelik lagi hehe. Sambil-sambil tu diselitkan gambar favourite Momi juga ya. Dah bersedia nak tengok? Let's go haha!

Termenung intai siapa tu? haha

Backside

Jongket

"sabarlah aku belum sedia lagi!"

"Menyelam dalam kolam cetek tapi beria pakai pelampung haha"

"I don't care, tetap nak pose juga"

"Rooftop View, so blue-ish"

"Lompat adik lompat"

Sebelum - masa ni ada orang jaga katil ni sebab ni pameran.

Selepas - Lepas je dia pergi, apa lagii... hahaha

"Hey cekik leher ke tu?"

"Black and white always my fav"

"I see you"

"I miss you"

"Kering Kontang"

"Riang rianya"

"adikk~ tunggu kita nak naik sama"

Ini adalah koleksi gambar Momi sekitar tahun 2016. Banyak lagi sebenarnya nak upload, nanti Momi akan update lagi ya. Okaylah terima kasih kerana sudi luangkan masa baca dan tengok foto-foto Momi yang pelik pelik sungguh ni haha. Jangan lupa Follow Momi di Instagram - @rafzantomomi. :)

Saya & Gambar III