Review Filem - Trolls : Band Together

Review Filem - Trolls : Band Together
Review Filem - Trolls : Band Together

Review Filem - Trolls : Band Together | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Filem animasi yang dilakon suara oleh Anna Kendrick, Justin Timberlake ini dah ada filem terbaru guys. Filem ketiga Trolls,  Trolls : Band Together kali ini nampak macam lebih kepada kekeluargaan dan lebih meriah. Filem telah dihasilkan oleh DreamWorks Animation dan diedarkan oleh Universal Pictures. Kini, filem ini sedang ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 2 November 2023. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem  Trolls : Band Together*Perhatian : Spoiler!* 

Baca Juga : 

Trailer Trolls : Band Together

Sinopsis Trolls : Band Together
Filem Trolls : Band Together mengisahkan tentang Poppy dan Branch kini secara rasmi menjadi pasangan. Apabila mereka semakin rapat, Poppy mendapati bahawa Branch pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan lelaki, BroZone, bersama abang-abangnya: Floyd, John Dory, Spruce dan Clay. Tetapi apabila Floyd diculik, Branch dan Poppy memulakan perjalanan untuk menyatukan semula saudara-saudara lain dan menyelamatkan Floyd.

Filem Trolls : Band Together yang berdurasi selama lebih 1 Jam 32 Minit ini merupakan arahan Walt Dhorn dan dibintangi oleh Anna Kendrick, Justin Timberlake, Camila Cabello, Eric Andre, Amy Schumer dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P12 dan ditayangkan dalam format 2D sahaja. Filem ini sedang mengutip lebih dari 58.7 Juta Dollar. 

Filem Menarik 2023 - Senarai Filem Tahun 2023
Poster Filem Trolls Band Together

Ulasan Filem Trolls : Band Together
Sebab ia sebuah filem animasi muzikal, MOMI memang suka menonton filem ini sejak filem pertamanya lagi. Tambahan pula, pelakon suara filem ini Anna Kendrick masa tu popular dengan filem Picth Perfect. MOMI sangat gembira bila mereka umum filem Trolls bakal ada filem ketiga. Filem Trolls : Band Together berlaku selepas filem keduanya berakhir.

Untuk jalan cerita Trolls : Band Together ini banyak fokus pada adik-beradik Broszone, dimana Branch merupakan salah satu dari anggota kumpulannya. Pelbagai emosi yang boleh disaksikan termasuk sedih, kecewa dan mengejutkan. Filem ini juga penuh dengan unsur humor dan serius memang meriah dengan warna-warna dunia Trolls. Turut diselitkan dengan kisah Queen Poppy dan kawan baiknya, Bridget. Lagu-lagu yang di-featured dalam filem ini juga memang layan habis. Selain itu, ia juga padat dengan aksi pengembaraan yang menarik.

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Trolls : Band Together ini menghiburkan untuk ditonton. Bagi MOMI, filem pertama dan kedua lebih memberi impak berbanding filem ini. Ia bukanlah teruk, tetap menghiburkan cuma kurang sikit dari dua filem pertama. Jangan lupa saksikan filem Trolls : Band Together dipawagam berhampiran mulai 2 November 2023. Jom tengok wayang, bawak anak-anak cuti panjang minggu ini. Selamat menonton!


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG




Post a Comment

0 Comments