Review Filem - La Luna

Review Filem - La Luna
Review Filem - La Luna

Review Filem - La Luna | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Gandingan pelakon-pelakon terbaik dalam satu filem jarang-jarang ada kan? MOMI rasa ini antara filem yang menarik untuk tahun 2023 iaitu filem La Luna. Filem telah dihasilkan oleh Clover Films bersama Act Pictures Sdn Bhd, One Cool Film Sdn Bhd serta Papahan Films dan diedarkan oleh Skop Production. Kini, filem ini sedang ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 9 November 2023. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem La Luna*Perhatian : Spoiler!* 

Baca Juga : 

Trailer La Luna

Sinopsis La Luna
Filem La Luna mengisahkan kemunculan sebuah kedai pakaian dalam wanita bernama `La Luna` tiba-tiba membangkitkan kekecohan di Kampung Bras Basah yang sudah berada dalam kehidupan masyarakatnya sendiri. Walaupun penduduk kampung perlahan-lahan mula mengalu-alukan pemilik kedai dengan tangan terbuka, ketua kampung yang dengki itu bersungguh-sungguh untuk menghalau kedai itu keluar dari kampung mereka dengan apa cara sekalipun.

Filem La Luna yang berdurasi selama lebih 1 Jam 49 Minit ini merupakan arahan M.Raihan Halim dan dibintangi oleh Sharifah Amani, Shaheizy Sam, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Namron, Farah Ahmad, Eidil Dzuhrie, Alaudin, Wafiy Ilhan, Syumaila Salihi dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai 16 dan ditayangkan dalam format 2D sahaja

Review Filem - La Luna
Poster Filem La Luna

Ulasan La Luna
Tengok trailer macam menarik? Jadi MOMI terpanggil untuk menonton filem La Luna ini di panggung wayang. Bila tengok barisan pelakon filem ini nampak menarik, ada Sharifah Amani, Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa, Namron dan Farah Ahmad. Filem ini MOMI rasa ia memberi vibes macam filem Gol & Gincu, Istanbul Aku Datang dan Manisnya Cinta Di Cappadocia. 

Untuk jalan cerita La Luna ini sebenarnya mudah dan straight forward. Hanya buka sebuah kedai menjual pakaian dalam wanita, mendapat tentangan dari orang kampung. Walaupun ia ber-genre romantik komedi, tapi sebenarnya filem ini lebih kepada komedi dan memang korang takkan berhenti gelak semasa menonton. Pelbagai aksi dan dialog buat korang tak kering gusi. Ada juga diselitkan adegan yang menyayat hati dan drama untuk menambah lagi 'feeling' menonton filem ini. 

Pilihan pelakon pula sememangnya bertepatan dengan filem ini. Barisan pelakon memang hebat-hebat dan membawa watak masing-masing dengan baik. Gandingan peneraju utama, Shahiezy Sam dan Sharifah Amani memang sangat sesuai, comel-comel gitu. Pelakon tambahan pula seperti Namron dan Farah Ahmad memang menghiburkan dan membawa watak lain dari kebiasaan. Lepas tu, nak puji juga senimatografi yang cantik. Mostly memang love lah filem ini.

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem La Luna ini sangat menghiburkan dan menarik untuk ditonton. Dah lama tak tengok filem romantik komedi sebaik ini dalam beberapa tahun ini. Memang wajib tengok dekat wayang. Filem ini membawa mesej yang baik kepada para penontonnya. MOMI rasa mungkin akan tengok lagi dekat pawagam dalam masa terdekat. Jangan lupa saksikan filem La Luna dipawagam berhampiran mulai 9 November 2023. Selamat menonton! Jom support filem tempatan.


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG



Post a Comment

0 Comments