Royale Chulan Seremban - Hotel Review

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Royale Chulan Seremban - Hotel Review

Royale Chulan Seremban - Executive Room - Hotel Review | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Time to staycation away from city! Kita staycation hujung minggu dekat Seremban, Negeri Sembilan. Jarang-jarang kan MOMI ke Seremban, kali ini MOMI menginap di sebuah hotel bertaraf 4 bintang iaitu Hotel Royale Chulan Seremban. Macam mana rupa bilik dekat Royale Chulan Seremban ini dan apa kemudahan yang disediakan dekat hotel tersebut? Mari MOMI kongsikan pengalaman menginap 3 hari 2 malam di Royale Chulan Seremban.

Baca Juga : 

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Royale Chulan Seremban - Hotel Review

Royale Chulan Seremban ini terletak terletak di Jalan Dato A.S Dawood dan ia strategik di tengah-tengah bandar Seremban. Staycation MOMI bersama rakan-rakan di 3 hari 2 malam dekat hotel empat bintang ini termasuk sarapan pagi di Asiatique. Ruang lobinya sangat besar dan selesa. Waktu check-in bermula 3:00 petang dan waktu check-out pula sehingga 12:00 tengah hari. Gerak awal dari Kuala Lumpur, sempat singgah makan tengah hari kemudian baru check-in pada jam 3:00 petang. 

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Royale Chulan Seremban - Hotel Review

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Royale Chulan Seremban - Hotel Review

Anda boleh melakukan perjalanan dengan mudah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2 ke Hotel dalam masa 30 minit pemanduan dan ke kawasan lain seperti Cyberjaya dan Putrajaya dalam masa kurang daripada 45 minit pemanduan. Selain itu, ia mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke kawasan komersial pusat bandar Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan anda, Hotel Royale Chulan Seremban merupakan rangkaian Hotel tempatan Malaysia yang diasaskan dan dimiliki oleh Boustead Hotels and Resorts Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat konglomerat tersenarai awam terpelbagai Boustead Holdings Berhad. Rangkaian hotel lain termasuk Royale Chulan Damansara, Royale Chulan The Curve, Royale Chulan Kuala Lumpur, Royal Chulan Cherating, Royal Chulan Penang dan Royale Chulan Hyde Park London.

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Royale Chulan Seremban - Hotel Review

Pilihan Bilik Dekat Royale Chulan Seremban
Royale Chulan Seremban menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang luas kepada tetamu, dengan 345 bilik dan suite iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe Triple Deluxe Room, Bilik Executive, Suite Executive, Suite Alcove, Suite Duplex dan Suite Singgahsana. Semua bilik dan suite dilengkapi dengan kemudahan asas yang dilengkapi dengan perkhidmatan bilik yang disediakan 24 jam. Bagi mereka yang menginap di Bilik dan Suite Eksekutif, tetamu boleh memanfaatkan faedah tambahan di Club Floors Lounge yang terletak di Aras 10 Hotel.

Bilik Executive dekat Royale Chulan Seremban
Bilik yang MOMI menginap di Royale Chulan Seremban adalah di tingkat 10, iaitu bilik Executive (Executive Room). Bilik Executive ini lengkap dengan segala keperluan fasiliti termasuk katil, televisyen, meja, kerusi, peti sejuk, sejadah, bantal extra, peti keselamatan, papan seterika, air mineral, bilik air (bath tub, tuala, pengering rambut, bath robe dan alatan mandi) dan macam-macam lagi. Selain itu, bilik Executive ini sebesar 35 meter persegi, non-smoking room, katil super-bed size, kemudahan Wi-Fi dan bilik air memang besar, pancuran mandian dan tab mandi yang berasingan. Bagi MOMI, Bilik Executive ini sangat selesa dan sangat berpuas hati untuk penginapan 3 hari 2 malam.

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Fasiliti Dalam Bilik Executive Room Royale Chulan Seremban

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Fasiliti Dalam Bilik Executive Room Royale Chulan Seremban

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Fasiliti Dalam Bilik Executive Room Royale Chulan Seremban

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Fasiliti Dalam Bilik Executive Room Royale Chulan Seremban

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Fasiliti Dalam Bilik Executive Room Royale Chulan Seremban

Kemudahan di Royale Chulan Seremban
Di Royale Chulan Seremban menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh anda nikmati seperti kolam renang dengan air terjun yang melimpah serta ada gelongsor dan kolam kanak-kanak juga. Bagi mereka yang selalu bersenam, jangan risau ada gimnasium yang serba lengkap menanti anda. Selain itu, kalau anda berminat untuk buat majlis, Grand Ballroom Royale Chulan Seremban boleh memuatkan sehingga 3200 tetamu tetap tau. Wah menarik tu!

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Kolam Renang Royale Chulan Seremban

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Gimnasium

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Grand Ballroom

Tempat Makan Dekat Royale Chulan Seremban
Sepanjang penginapan MOMI dekat Royale Chulan Seremban, MOMI sempat makan dekat restoran yang ada dekat sini. Restoran Asiatique menyajikan hidangan Asia dan Barat dari a la carte dan bufet serta Restoran Han Pi Yuen menyajikan masakan Cina halal asli yang dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.

Bufet Makan malam di Asiatique bertemakan Malam BBQ pada setiap malam Jumaat dan Sabtu dari jam 6:30 petang hingga 10:30 malam manakala Hi-Tea hujung minggu boleh didapati dari jam 12:00 tengah hari hingga 4:00 petang. Setiap Sabtu dan Ahad pula. menampilkan masakan ala carte tempatan dan Barat. MOMI suka sarapan pagi dan makan malam bufet dekat sini, semua sedap-sedap. Yummy!

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Sarapan Pagi di Asiatique

Terletak di aras Mezzanine hotel, Restoran Han Pi Yuen adalah restoran yang sesuai untuk sebarang majlis, sama ada untuk makan malam kasual atau elegan. Ia mempunyai 7 bilik peribadi yang boleh memuatkan daripada 10 orang sehingga 100 orang untuk majlis korporat atau keluarga. Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk majlis perkahwinan sehingga 250 tetamu. Kedai makan ini menyajikan pelbagai menu a la carte. Dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad makan tengah hari pada 12:00 tengah hari hingga 2:30 petang dan makan malam dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Semua hidangan yang MOMI cuba dekat sini memang sedap dan serius kenyang hehe.

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Depan Restoran Han Pi Yuen

Tempat Menarik Sekitar Royale Chulan Seremban
Kalau dah menginap dekat Royale Chulan Seremban mesti anda akan tertanya apa tempat best sekitar hotel. Antara tarikan pelancong tempatan berhampiran Hotel seperti Taman Tasik Seremban, Ladang Burung Unta, Balai Seni Lukis Diraja Tunku Jaafar, Muzium Negeri, Tokong Lipan, Masjid Sendayan, Kompleks Kraftangan Budaya, Taman Ekstrem Kampung Jikin dan Kotak Permata. Bagi yang gemar membeli-belah, jangan risau lagi kerana pelbagai pusat membeli-belah yang terletak berhampiran Hotel serta lokasi tersendiri lain di Nilai 3 dan Mitsui Outlet Park KLIA yang hanya dalam jarak 5 hingga 30 minit pemanduan dari Hotel.

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Balai Seni Lukis Diraja Tunku Jaafar

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Muzium Negeri

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Istana Ampang Tinggi

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Masjid Sendayan

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Tokong Lipan @ Centipede Temple

Royale Chulan Seremban - Hotel Review
Seremban Art Street

Keseluruhannya, MOMI sangat berpuas hati menginap 3 hari 2 malam di Bilik Executive, Royale Chulan Seremban. MOMI berpuas hati dengan layanan mesra kakitangan Royale Chulan Seremban sepanjang penginapan disini dan kemudahan yang disediakan memang terbaik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti Royale Chulan Seremban di laman web Royale Chulan Seremban dan ikut media sosial : Facebook. Dah tahu dekat mana nak lari sekejap dari bandar kan? Jom tempah sekarang penginapan anda di Royale Chulan Seremban.  


Post a Comment

0 Comments