#SiarSiar : Seremban 1/11

10:21:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Dah lama sangat tak update, jadi marilah kita update blog ini. hahaha Entry ini sepatutnya dipublish awal, tapi atas masalah-masalah yang tak dapat dielakkan, baru lah hari ni dipublishnya. hehe Awal November hari tu Sabtu, 1 November 2014 saya bertandang ke Seremban. Kalau Seremban tempat siapa lagi, kalau bukan Ara Kimora. haha Jom baca kisah selanjutnya :)



Seawal 6.00 pagi saya bangun dan bersiap semua. Pukul 7.00 pagi tepat terus keluar rumah dan tiba dekat Seremban dalam pukul 9.00 pagi macamtu. Setibanya kat sana, Ara dah tunggu la. Jadi kitorang terus mencari sarapan sebab dua-dua sedang kelaparan. hahaha Kitorang pon memilih mekdi sebagai sarapan. Jauh okey Mekdi tersebut (sebab Mekdi sebelum tu takde parking. hahah~) . Selepas makan kitorang terus ke Jusco Seremban 2, tempat yang sama je lepak hahaha 


Kebiasaanya aktiviti kitorang sama je, makan, tengok wayang, karaoke & bergambar. So sampai je Jusco tu terus beli tiket wayang, err yang tak bestnya wayang mase tu tak berapa menarik. hahaa Jadi setelah bertanya-tanya dan berfikir-fikir, kami memilih filem "Dendam Orang Mati" lakonan Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Lepas beli tiket berjalan sekejap sekitar JJ tu, macam biasa bergambar. Lepas dah bergambar, main game kejap hahhaa Lepas bersuka ria, rupanya dah nak dekat waktu tayangan, jadi kitorang pon pergi tempat wayang tu. Mase tu acah-acah nak beli air je, sekali ada pulak "Cheezy Corn" kitorang pon cuba lah, hmmm macam mendukacitakan rasanya hahaa. Jom tengok wayang! haha


Lepas dah tamat tengok wayang, terus ke pusat Karaoke Green Box, (ala sebelah TGV je). Menyanyi dalam masa 3 jam begitu asyik sekali. Antara lagu yang dinyanyikan 'Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan', 'Es Lilin', 'Pandang-Pandang Jeling Jeling', 'Bunga Tanjong' dan banyak lagu. Kebanyakkan lagu yang dinyanyikan adalah dari era 90-an ke bawah hahahaa, Adoii lawak betol, nyanyi memang mereleasekan tension. Lepas seronok karaoke, cari makanan pulak. Apa yang dimakan biarlah rahsia kami hahaha


Selepas kenyang, kitorang saje jalan-jalan, Ara bawak saya pergi taman pulak. Memang meriah gilers taman tu (ala tak ingat nama). Ade macam-macam aktiviti, Poco-poco, orang main layang-layang, main belon buih, ade orang jogging dan macam-macam lagi. Memang meriah. Tapi kitorang pergi sana bergambar je, dekat atas jambatan. Seronok betol bergambar hahaa Lepas tu Ara hantar dekat KTM Seremban. Jom tengok beberapa momen yang sempat dirakam : 





















Terima kasih kepada Ara sebab bawak aku jalan-jalan Seremban dan tak lupa terima kasih kepada Mama Jee sebab belanja Big Apple. Memang seronok bila 'sisters' bersama. hahaha Okeylah sampai disini entri kali ni. Jumpa lagi dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^

*Big Apple tersebut*

2 comments: