Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar

Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar
Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar

Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini MOMI nak kongsi kepada anda, sebuah lagu dari Amin Azman yang berjudul "Walaupun Sebentar"Lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syafiq Zubair dan dikeluarkan oleh SS Music Entertainment. Lagu Walaupun Sebentar ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 29 September 2023.

Info Mengenai Amin Azman

Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar
Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar

Amin Azman merupakan seorang artis yang memulakan perjalanan muziknya sebagai seorang Content Creator dengan memuatnaik beberapa cover lagu di platform Tiktok. Keupayaannya yang unik dan bakat dalam menyanyi telah menarik perhatian ramai, dan setakat ini, beliau berjaya mengumpulkan lebih daripada 100 ribu pengikut yang setia serta 4.4 juta tanda suka di platform tersebut. 

Ada di antara videonya yang mencapai lebih dari dua juta tontonan, mengukuhkan lagi popularitinya dalam dunia media sosial. Setelah menerima banyak permintaan daripada pengikut-pengikutnya di TikTok, Amin membuat keputusan berani untuk terus menjalankan kerjaya sebagai seorang penyanyi pada awal tahun 2022. Langkah ini telah diterima dengan baik oleh peminat-peminatnya yang semakin berkembang.  

Saat ini, peminat-peminat setia Amin 
tidak hanya terhad kepada Malaysia, tetapi juga merangkumi pengikut-pengikut dari Indonesia dan Brunei. Hal ini menunjukkan pengaruh dan daya tariknya yang semakin meluas di serata rantau.

Info Mengenai Syafiq Zubair

Syafiq Zubair adalah seorang produser, komposer, dan penulis lagu yang berasal dari sebuah kumpulan rock bernama Serenity band dari Kuala Lumpur. Pada tahun 2023, Syafiq memutuskan untuk keluar dari kumpulan tersebut untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjalanan sebagai seorang produser. Walaupun beliau berasal dari kumpulan rock, kebanyakan hasil karyanya adalah dalam genre balada dan pop.

Jom dengarkan lagu terbaru dari Amin Azman. Enjoys!

Anda Juga Boleh Baca : 


Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar
Komposer : Syafiq Zubair
Penulis Lirik : Syafiq Zubair
(C) 2023 SS Music Entertainment

Hey
Apa Khabar Dirimu Kasih
Yang Jauh Disana
Apa Kau Masih Sama
Sukakan Langit Senja
Berwarna Jingga
Memukau Jiwa

Hey
Disini Aku Merindu
Wangianmu Kekal
Dibaju Bajuku
Membuatku Teringatkanmu

Walaupun Hanyalah Sebentar
Inginku Tatap Sedalamnya
Mata Cantikmu
Bibir Merahmu
Wajah Indahmu
Yang Bersinar Sinar

Hey
Disini Aku Merindu
Wangianmu Kekal
Dibaju Bajuku
Membuatku Teringatkanmu

Walaupun Hanyalah Sebentar
Inginku Tatap Sedalamnya
Mata Cantikmu
Bibir Merahmu
Wajah Indahmu
Yang Bersinar Sinar

Biarpun Cuma Seketika
Inginku Lihat Kau Tersenyum Manja
Seperti Dahulu
Saat Disampingku
Nyanyikan Lagu Cinta Berdua

Walaupun Hanyalah Sebentar
Inginku Tatap Sedalamnya
Mata Cantikmu
Bibir Merahmu
Wajah Indahmu
Yang Bersinar Sinar

Biarpun Cuma Seketika
Inginku Lihat Kau Tersenyum Manja
Seperti Dahulu
Saat Disampingku
Nyanyikan Lagu Cinta Berdua

-


Carian : Lagu Baru Melayu 2023 | Single AAmin Azman - Walaupun Sebentar 2023 | Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar Mp3 | Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar Download | Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar Mp3 | Lirik Lagu Amin Azman - Walaupun Sebentar

Post a Comment

0 Comments