Review Filem - Barbie

animatedtimes.com
Review Filem - Barbie 
Sumber : animatedtimes.com

Review Filem - Barbie | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Filem yang sedang hangat diperkatakan masa kini, Barbie telah mendapat perhatian dengan promosi yang dahsyat dan 'power'. Filem bergenrekan romantik dan komedi ini telah dihasilkan dan diedarkan oleh Warner Bros. Pictures. Kini, filem tersebut sedang ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Julai 2023. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Barbie*Perhatian : Spoiler!* 

Baca Juga : 

Trailer Barbie

Sinopsis Barbie
Filem Barbie mengisahkan tentang Barbie stereotaip ("Barbie") dan sebilangan besar rakan Barbie semuanya tinggal di Barbieland, sebuah masyarakat di mana semua wanita yakin diri, berdikari dan berjaya. Manakala, Ken pula menghabiskan hari-hari mereka terlibat dalam aktiviti rekreasi di pantai, Barbie memegang semua jawatan penting seperti doktor, peguam dan ahli politik. Ken stereotaip ("Ken"), teman lelaki Barbie, hanya gembira apabila bersama Barbie dan mencari hubungan yang lebih rapat, tetapi Barbie menolaknya demi kebebasan dan persahabatan wanita. Sesuatu terjadi apabila Barbie terpaksa mengembara ke dunia nyata selepas beberapa keanehan berlaku pada dirinya. Apakah yang berlaku seterusnya?

Filem live-action Barbie yang berdurasi selama lebih 1 Jam 54 Minit ini merupakan arahan Greta Gerwig. Filem Barbie dibintangi oleh Margot Robbie, Ryan Gosling, America Ferrera, Simu Liu, Kate McKinnon dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai 13 dan ditayangkan dalam format 2D, 2D ATMOS dan 2D ATMOS D-BOX. Filem ini menelan kos belanja sebanyak USD 145 juta. 

Review Filem - Barbie
Poster Filem "Barbie"

Ulasan Filem Barbie
One of most excited movie yang MOMI nak tonton tahun ini di pawagam. Walaupun filem ini MOMI berapa kali dengar nak dihasilkan , akhirnya ia menjadi kenyataan pada tahun ini. Paling teruja nak tengok adalah bagaimana ia dihasilkan dan bagaimana mereka menggambarkan karakter Barbie versi live-action? Sebelum menonton filem ini, MOMI dah dengar beberapa lagu runut bunyi dalam Barbie The Album dan serius teruja sangat. Antara lagu dalam OST Barbie The Album seperti "Dance The Night" nyanyian Dua Lipa, "Barbie World" (Nicki Minaj, Ice Spice with Aqua), "What Was I Made For?" (Billie Eilish) dan "Barbie Dream" (FIFTY FIFTY feat. Kaliii).

Untuk jalan cerita filem Barbie ini, MOMI rasa jalan cerita yang menarik, menghiburkan dan ada plot twist yang MOMI boleh agak. Filem ini penuh dengan unsur komedi dan diselitkan juga beberapa adengan yang sedih. Bagi MOMI, filem Barbie ini bukan filem untuk kanak-kanak sepenuhnya, malah ia lebih untuk orang dewasa. Bagi mereka yang menonton dan pernah memiliki Barbie, pasti boleh relate dengan filem ini.

MOMI teruja melihat props-props dan set filem Barbie terutamanya di Barbie Land, semuanya seperti yang digambarkan, memang perfect dan terbaik. Paling menarik, set Barbie Dreamhouse yang memang seperti rumah permainan dalam versi yang sebenar. Memang lovee lah! Pemilihan Margot Robbie sebagai Barbie memang tepat. Really feel like she is the real Barbie. Semua pelakon yang terlibat dalam filem ini memang sesuai dengan watak masing-masing.

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Barbie ini sangat menghiburkan dan memang menarik, lagi-lagi buat anda peminat Barbie. Serius, rasa macam nak tengok lagi filem ini sebab penuh warna warni dekat Barbie Land tu. Jangan lupa saksikan filem Barbie dipawagam berhampiran mulai 20 Julai 2023. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG


Post a Comment

0 Comments