Review Filem - Guardians of the Galaxy Vol 3

Review Filem - Guardians of the Galaxy Vol 3
Review Filem - Guardians of the Galaxy Vol. 3

Review Filem - Guardians of the Galaxy Vol. 3 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Peminat filem Avengers, Assemble! Penggemar siri filem Marvel Cinematic Universe (MCU), Geng Guardians of the Galaxy kembali untuk filem ketiga mereka yang berjudul  "Guardians of the Galaxy Vol. 3". Filem bergenrekan aksi, pengembaraan dan superhero ini telah dihasilkan dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Kini, filem tersebut sedang ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 4 Mei 2023. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Guardians of the Galaxy Vol. 3*Perhatian : Spoiler!* 

Baca Juga : 

Trailer Guardians of the Galaxy Vol. 3 2023

Sinopsis Guardians of the Galaxy Vol. 3
Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 mengisahkan tentang geng Guardians of the Galaxy di Knowhere dan bergerak tanpa hala tuju selepas kehilangan Gamora. Kemudian mereka diserang dan mengakibatkan Rocket tidak sedar dan perlukan bantuan untuk terus hidup. Peter Quill dan pasukannya melancarkan misi berbahaya untuk menyelamatkan Rocket dan bakal mengakibatkan Rocket kembali kepada masa lampaunya yang kurang baik. Dapatkah mereka menyelamatkan Rocket? Dapatkah mereka bersatu semula sebagai Guardians of the Galaxy?

Filem ke-32 Marvel Cinematic Universe yang berdurasi selama lebih 2 Jam 30 Minit ini merupakan arahan James Gunn. Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 dibintangi oleh Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Karen Gillan, Pom Klementieff, Vin Diesel, Bradley Cooper, Sean Gunn, Chukwudi Iwuji, Will Poulter, Maria Bakalova dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P12 dan ditayangkan dalam format 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D D-BOX, 2D ATMOS D-BOX dan2D ScreenX. Filem ini menelan kos belanja sebanyak USD 250 juta dan mendapat kutipan box office melebihi USD 282 juta. 

Review Filem - Guardians of the Galaxy Vol 3
Poster Rasmi Guardians Of The Galaxy 3

Ulasan Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3
Penantian kini berakhir. Antara filem yang paling MOMI tunggu nak menonton dekat panggung wayang, filem Guardians of the Galaxy Vol. 3. Biasanya kalau filem Marvel Cinematic Universe memang lambat sikit MOMI tonton dekat wayang sebab selalu penuh, tapi kali ini berjaya juga dapat menonton awal dengan rakan-rakan Blogger. Dengarnya filem ini sedih dan menarik, sampai orang suruh bawak tisu lah. 

Okay, jalan cerita filem ini bermula dengan suasana yang tenang, mungkin sebab 'vibe' sedih selepas Gamora hilang. Seterusnya filem ini jadi lebih menarik, lebih kelakar dan lebih menyayat hati. Kebanyakkan flashback pada watak Rocket pada masa lampau dan misi juga ingin menyelamatkan nyawa Rocket. Watak antagonis filem ini, High Evolutionary juga berkait rapat dengan Rocket. Filem ini juga penuh dengan aksi dan memang akan banyak ketawa dengan gelagat geng Guardians of the Galaxy ini. Sejujurnya memang ada babak yang menyayat hati, lagi-lagi masa lampau Rocket yang anda kena saksikan sendiri. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 ini sangat menghiburkan, buat anda rasa sebak dan terbaik. Kita pasti akan merindui gelagat geng Guardians of the Galaxy ni, lagi-lagi ini adalah filem terakhir bersama mereka. MOMI rasa ini adalah antara filem yang terbaik Marvel Cinematic Universe. Macam biasa, ada dua end-credit yang menanti ada pada penghujung filem ini. Jangan lupa saksikan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 dipawagam berhampiran mulai 4 Mei 2023. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
5 / 5 
BINTANG


Post a Comment

0 Comments