Review Filem - Evil Dead Rise

Review Filem - Evil Dead Rise
Review Filem - Evil Dead Rise

Review Filem - Evil Dead Rise | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Pernah tengok siri filem Evil Dead? Untuk tahun 2023, francais tersebut kembali untuk filem kelimanya yang berjudul "Evil Dead Rise". Filem bergenrekan seram dan ngeri ini telah dihasilkan dan diedarkan oleh Warner Bros. Pictures. Kini, filem tersebut sedang ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 20 April 2023. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Evil Dead Rise*Perhatian : Spoiler!* 

Baca Juga : 

Trailer Evil Dead Rise 2023

Sinopsis Evil Dead Rise
Filem Evil Dead Rise mengisahkan tentang Beth melawat kakaknya Ellie, yang membesarkan tiga anak sendirian di sebuah pangsapuri L.A. yang sempit. Perjumpaan semula adik-beradik itu dipendekkan oleh penemuan sebuah buku misteri yang berada dibawah tanah di dalam bangunan Ellie. Penemuan buku itu memanggil syaitan yang kejam dan mendorong Beth ke dalam pertempuran utama untuk terus hidup ketika dia berhadapan dengan Ellie versi yang paling mengerikan.

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 37 Minit ini merupakan arahan Lee Cronin. Filem Evil Dead Rise dibintangi oleh Alyssa Sutherland, Lily Sullivan, Gabrielle Echols, Morgan Davies dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai 18 dan ditayangkan dalam format 2D. Filem ini menelan kos belanja sebanyak USD 19 juta dan mendapat kutipan box office melebihi USD 88 juta. 

Review Filem - Evil Dead Rise
Review Filem - Evil Dead Rise

Ulasan Filem Evil Dead Rise
MOMI pernah tengok filem pertama hingga filem keempat siri Evil Dead. Filem pertama "The Evil Dead" dikeluarkan pada 1981, "Evil Dead II" (1987), "Army of Darkness" (1993) dan "Evil Dead" (2013). Kini untuk tahun 2023, Evil Dead kembali untuk filem kelimanya "Evil Dead Rise" di layar perak bermula April lalu. Mulanya tak rasa nak tengok tapi sebab baca review macam menarik, jadi MOMI gigihkan diri juga menonton filem ngeri ini (walaupun paksa kawan tengok sekali haha!)

Jalan cerita yang mudah dan seperti kita sedia maklum dalam siri filem Evil Dead memang filem yang banyak adengan mengerikan. Permulaan cerita yang sedikit lambat, sebab nak mengembangkan watak-watak utama dalam Evil Dead Rise. Vibe seram, mencemaskan dan mengerikan bermula dipertengahan cerita selepas buku pelik dijumpai. Untuk filem ini, MOMI sangat teruja nak tahu macam mana karakter-karakter utama ini dirasuk. Paling anda kena tengok bila adengan dalam lif, which is MOMI sangat kagum pada adengan tersebut.  

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Evil Dead Rise ini sangat mengerikan dan buat anda rasa meremang bulu roma. Bagi anda yang kurang gemar ngeri-ngeri tu, sila jangan tengok ya, MOMI pon tutup tutup mata semasa menonton haha. Jangan lupa saksikan filem Evil Dead Rise dipawagam berhampiran mulai 20 April 2023. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG


Post a Comment

0 Comments