Review Filem - The Super Mario Bros Movie

Review Filem - The Super Mario Bros Movie
Review Filem - The Super Mario Bros Movie

Review Filem - The Super Mario Bros Movie | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Siapa pernah main permainan video yang popular, Super Mario satu ketika dahulu? Kini permainan video itu diadaptasikan ke layar perak dengan judul The Super Mario Bros Movie. Filem animasi ini telah dihasilkan  oleh United International Pictures, Illumination, Nintendo dan diedarkan oleh United International Pictures. Kini, filem tersebut sedang ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 20 April 2023. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Avatar : The Way of Water*Perhatian : Spoiler!* 

Baca Juga : 

Trailer The Super Mario Bros Movie 2023

Sinopsis The Super Mario Bros Movie
Filem The Super Mario Bros Movie mengisahkan tentang Adik beradik Itali-Amerika, Mario dan Luigi baru-baru ini memulakan perniagaan paip di Brooklyn, dengan cemuhan terhadap bekas majikan mereka yang antagonis, Spike. Bapa mereka juga tidak bersetuju dengan perniagaan baru Mario. Selepas melihat kebocoran utama air yang ketara pada berita, Mario dan Luigi pergi ke bawah tanah untuk membaikinya tetapi disedut ke dalam Paip Warp dan dipisahkan.

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 30 Minit ini merupakan arahan Aaron Horvath dan Michael Jelenic. Filem The Super Mario Bros Movie dibintangi oleh Chris Pratt, Anya Taylor-Joy, Charlie Day, Jack Black, Keegan-Michael Key, Seth Rogen, Fred Armisen dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P12 dan ditayangkan dalam format 2D. Filem ini menelan kos belanja sebanyak USD 100 juta dan mendapat kutipan box office melebihi USD 900 juta. 

Filem Menarik 2023 - Senarai Filem Tahun 2023
Poster Filem 2023 - The Super Mario Bros. Movie


Ulasan Filem The Super Mario Bros Movie
MOMI pernah main game Super Mario ni, tapi tak pernah lepas atau menang haha. Selepas menonton trailer The Super Mario Bros Movie beberapa bulan lalu, rasa macam nak tengok juga dekat panggung wayang.  Ternanti-nanti bagaimana jalan cerita dan plot dalam filem ini, lagi-lagi dihasilkan oleh produksi Illumination yang juga menghasilkan filem Despicable Me, Minions, SING dan macam-macam lagi.

Jalan cerita filem The Super Mario Bros Movie ini agak menarik dan straight forward. Kalau nak tengok tak payah fikir banyak, sebab filem ini santai dan mudah. Filem ini juga penuh dengan pengembaraan Mario yang menarik, lagi-lagi semasa Mario di Mushroom Kingdom dan ke Jungle Kingdom bersama Princess Peach. Kalau tengok filem ni, memang teringatlah main game Super Mario. Selain itu, filem ini juga penuh dengan adengan dan dialog yang berunsurkan humor. Memang terhiburlah hehe.

Untuk animasinya pula, MOMI sangat teruja dan kagum dengan senimatografi dan watak-watak dalam filem The Super Mario Bros Movie ini. Penuh dengan keceriaan dan warna warni, lagi-lagi masa dekat Mushroom Kingdom. Semua makhluk dekat situ comel-comel belaka hehe. Lepas tu, MOMI suka ada adengan yang menampilkan peta kingdom-kingdom lain, rasa macam menarik kalau mereka ceritakan pasal kingdom-kingdom yang lain atau mungkin filem seterusnya ke? hehe. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem The Super Mario Bros Movie ini sangat menghiburkan dan sangat santai. Filem ini memang menarik untuk ditonton bersama keluarga dan rakan-rakan, lagi-lagi kanak-kanak. Harap sangat akan ada sekuel sebab banyak lagi jalan cerita yang boleh mereka explore dalam dunia Super Mario Bros hehe. Jangan lupa saksikan filem The Super Mario Bros Movie dipawagam berhampiran mulai 20 April 2023. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG


Post a Comment

0 Comments