Review Filem - Mechamato Movie

Review Filem - Mechamato Movie
Review Filem - Mechamato Movie

Review Filem - Mechamato Movie Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Lamanya tak tengok filem animasi Malaysia di pawagam, akhirnya sempat juga menonton filem "Mechamato Movie" bertemakan animasi dan superhero ini diterbitkan oleh Animonsta Studios dan edaran Astro Shaw. Mechamato Movie kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 8 Disember 2022. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Mechamato Movie*Perhatian : Spoiler!* 

Baca Juga : 

Trailer Mechamato Movie 2022

Sinopsis Mechamato Movie
Filem Mechamato Movie mengisahkan seorang budak lelaki bernama Amato menemui robot berkuasa MechaBot selepas sebuah kapal angkasa misteri terhempas di Bumi. Amato kini boleh menggunakan keupayaan istimewa MechaBot untuk Mechanize objek biasa menjadi peranti berteknologi tinggi kerana kejayaannya mengakali robot tersebut dan menjadi tuannya. Tanpa diketahuinya, makhluk asing sibernetik Grakakus sedang mengejar MechaBot dan tidak akan berhenti untuk mendapatkannya untuk tujuan jahatnya sendiri.

Filem yang berdurasi selama 1 Jam 15 Minit ini merupakan arahan Nizam Razak. Filem Mechamato Movie dibintangi oleh Armand Ezra, Adzlan Nazir, Fadhli Mohd Rawi, Ielham Iskandar, Marissa Balqis, Fazreen Mohd, Hazzley Abu Bakar, Feroz Faiza dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D. Filem ini menelan kos belanja sebanyak RM10 juta. 

Lagu OST Filem Mechamato Movie
  • Temaniku nyanyian Yonnyboii
Review Filem - Mechamato Movie
Review Filem - Mechamato Movie

Ulasan Filem Mechamato Movie
MOMI bukanlah peminat siri animasinya, tapi kalau animasi dari Malaysia kita wajib support! hehe. Walaupun telah menonton filem Boboiboy ini, MOMI meletakkan harapan yang tinggi. Sebab MOMI percaya pada kualiti animasi filem tempatan yang semakin hebat dan terbaik. Filem ini telah ditunda beberapa kali sebab COVID-19 dan alhamdulillah telah berjaya ditayangkan pada Disember 2022. Walaupun sudah menonton pada Disember lalu, kali ini MOMI baru berkesempatan untuk review filem animasi ini. 

Jalan cerita filem ini sangat menghiburkan dan penuh dengan aksi. Bagi MOMI jalan ceritanya jadi lebih menarik apabila Amato bertemu dengan MechaBot buat penonton rasa teruja. Filem ini juga penuh dengan unsur humor dan pasti anda tidak kering gusi melihat Amato, MechaBot dan rakan-rakan. Filem ini juga boleh dikatakan agak matang dan paling menarik terdapat 'plot twist' pada pertengahan cerita.

Kalau nak cakap pasal animasi, MOMI memang berpuas hati dengan kualiti filem Mechamato Movie ini. Memang cantik, memang terbaik. Oh ya, menariknya filem ini juga menerapkan budaya-budaya Melayu seperti silat, wau, pakaian, budaya dan banyak lagi. Selain itu, filem ini nampak lebih menarik apabila mempromosi lokasi pelancongan di Malaysia. Memang terbaiklah!

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Mechamato Movie ini menarik dan menghiburkan untuk ditonton. Kalau anda nak menonton filem ini, tak perlu untuk menonton siri animasinya, boleh terus sebab ia berkisarkan kisah permulaan Amato dan Mechabot. Tahniah buat filem Mechamato Movie kerana telah berjaya mengutip sebanyak RM35 Juta. Jangan lupa saksikan filem Mechamato Movie dipawagam berhampiran mulai 8 Disember 2022. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG



Post a Comment

1 Comments

ray said…
ramai cakap best tp ray x tgk lagi. i'll give it a try