Review Filem - M3GAN

Review Filem - Megan
Review Filem - Megan

Review Filem - M3GAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Nampak baik dan comel. tapi kadang-kadang ia membahayakan juga. Haa... Awal Januari lalu, MOMI berkesempatan untuk menontong filem ini dipawagam. Filem tersebut ialah "M3GAN" atau sebutannya "Megan" ini bertemakan seram, sains fiksyen dan thriller. Filem ini ini diterbitkan dan diedarkan oleh United International Pictures. M3GAN kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 5 Januari 2023. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem M3GAN*Perhatian : Spoiler!* 

Baca Juga : 

Trailer M3GAN 2023

Sinopsis Megan
Filem M3GAN mengisahkan tentang Gemma ialah ahli robotik yang cemerlang di sebuah syarikat mainan yang menggunakan kecerdasan buatan untuk membangunkan M3GAN, anak patung seperti hidup yang diprogramkan untuk menjadi teman terhebat kanak-kanak dan sekutu terhebat ibu bapa. Selepas mendapat hak penjagaan anak yatimnya secara tidak dijangka, Gemma meminta bantuan prototaip M3GAN untuk membantu anak saudaranya, Cady untuk meneruskan hidupan. Pelbagai kejadian aneh berlaku disekeliling Gemma dan Cady selepas M3GAN diaktifkan. 

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 42 Minit ini merupakan arahan Gerard Johnstone. Filem M3GAN dibintangi oleh Allison Williams, Violet McGraw, Ronny Chieng dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D. Filem ini menelan kos belanja sebanyak USD 12 juta. 


Review Filem - Megan
Review Filem - Megan

Ulasan Filem M3GAN
Filem pertama untuk tahun 2023 yang MOMI saksikan dipawagam. Masa tengok teaser trailer nampak macam menarik, kebetulan rakan Blogger menang tiket ke tayangan perdana filem "M3GAN" ini, jadi dapatlah menonton sebelum keluar pawagam hehe. Tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk filem ini, harap filem ini menghiburkan MOMI hehe. 

Jalan cerita filem ini sedikit perlahan dan sangat mendebarkan. Suasana filem ini sedikit gelap dan memang dah rasa seram gitu. Permulaan cerita sedikit perlahan dan dipertengahan cerita, semakin menarik dan semakin ganas. MOMI rasa penonton boleh jangkakan apa yang akan terjadi seterusnya tetapi nak juga tahu bagaimana dan apa yang akan jadi. Walaupun MOMI kata ganas tapi ia masih lagi bertapis jadi jangan risau ya haha. Bahagian akhir juga sangat mengujakan tau, lagi-lagi masa bahagian M3GAN mengganas. Memang terbaiklah! hehe. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem M3GAN ini memang seram dan sangat mendebarkan. Kadang-kadang MOMI teringat suasana filem ini sama dengan filem "Chucky" (2019). Setakat ini, filem ini telah berjaya mengutip sebanyak USD 165.9 juta. Sedikit info untuk anda, sekuel filem ini telah diumumkan dan akan berada di pawagam sekitar Januari 2025. Seronok ke tidak? hehe. Jangan lupa saksikan filem M3GAN dipawagam berhampiran mulai 5 Januari 2023. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG


Post a Comment

0 Comments