Review Filem - Coast Guard Malaysia: Ops Helang

Review Filem - Coast Guard Malaysia: Ops Helang
Review Filem - Coast Guard Malaysia: Ops Helang

Review Filem - Coast Guard Malaysia: Ops Helang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! MOMI baru sahaja menonton filem Melayu pertama untuk tahun 2023 ini. Filem "Coast Guard Malaysia: Ops Helang" bertemakan aksi dan drama ini diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG). Coast Guard Malaysia: Ops Helang kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Februari 2023. Best ke tidak? Mari MOMI kongsikan review filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang*Perhatian : Spoiler!* 

Baca Juga : 

Trailer Coast Guard Malaysia: Ops Helang 2023

Sinopsis Coast Guard Malaysia: Ops Helang
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang mengisahkan Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar- besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 30 Minit ini merupakan arahan Allahyarham Pitt Hanif. Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Fizz Fairuz, Wanna Ali, Jaja Ilyas, Hazama, Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Iman Zulkarnaian, Azlan Komeng, Yuzz Nor, Kodi Rasheed, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D. Filem ini menelan kos belanja sebanyak RM6 juta. 

Lagu OST Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang
  • YES SIR nyanyian Zamani dan Ariff Peter
Senarai Filem Melayu 2023
Poster Filem "Coast Guard Malaysia : Ops Helang"


Ulasan Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang
Filem ini mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) dan memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. MOMI tidak memberi 'expectation' yang tinggi terhadap filem ini, tetapi masih teruja nak tonton sebab barisan pelakon yang best!

Jalan cerita filem ini sangat 'straight-forward' dan mendebarkan. Pada awal filem sahaja dah ada adengan tembak menembak dan aksi letupan. Dipertengahan cerita, MOMI dapat saksikan banyak 'plot twist' dalam filem ini, penonton pasti akan terkejut lah. Bagi MOMI 'plot twist' dalam filem ini sangat menarik dan semakin lama rasa filem ini menarik. Walaupun filem ini bertemakan aksi dan drama, ada juga diselitkan sedikit humor. 

Untuk barisan pelakon filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang, masing-masing bawa watak mereka dengan baik. Paling favourite, watak terutamanya watak antagonis "Samat" (yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramlie). Watak lain juga memberi impak yang baik dalam perjalanan cerita ini termasuk watak sambilan dan watak tambahan seperti Jaja Ilyas, Hazama, Sabri Yunus dan beberapa watak lain. Cuma MOMI ada rasa kurang pada bahagian akhir filem ini seperti tergantung dan mungkin akan ada sambungan kot? hehe. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini menarik untuk ditonton. MOMI berpuas hati dengan filem ini dan paling penting, banyak plot twist! Serius terhibur. Filem ini harus diberi pujian dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara kita. Tahniah buat semua yang terlibat dalam filem ini. Jangan lupa saksikan filem   Coast Guard Malaysia: Ops Helang dipawagam berhampiran mulai 2 Februari 2023. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG


Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
suka
bebar?!???