Review Filem - Black Panther : Wakanda Forever

Review Filem - Black Panther : Wakanda Forever
Review Filem - Black Panther : Wakanda Forever

Review Filem - Black Panther : Wakanda Forever Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Wakanda kini kembali dalam filem ke-30 dalam siri Marvel yang berjudul "Black Panther : Wakanda Forever". Filem ini kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 11 November 2022 dan mendapat respon positif di kalangan penonton. Filem ini diterbitkan oleh Walt Disney Pictures. Best ke tidak filem ini? Mari MOMI kongsikan review filem Black Panther : Wakanda Forever*Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Black Panther : Wakanda Forever 2022

Sinopsis Black Panther : Wakanda Forever
Filem Black Panther : Wakanda Forever mengisahkan tentang Ratu Ramonda, Shuri, M`Baku, Okoye dan Dora Milaje berjuang untuk melindungi negara mereka daripada campur tangan kuasa dunia selepas kematian Raja T`Challa. Ketika Wakandan berusaha untuk merangkul bab seterusnya, para wira mesti bersatu dengan bantuan Anjing Perang Nakia dan Everett Ross dan menempa laluan baharu untuk kerajaan Wakanda. 

Filem yang berdurasi selama lebih 2 Jam 41 Minit ini merupakan arahan Ryan Coogler. Filem Black Panther : Wakanda Forever dibintangi oleh Lupita Nyong'o, Danai Gurira, Martin Freeman, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D D-BOX dan 2D ATMOS D-BOX.

Baca Juga : 

Review Filem - Black Panther : Wakanda Forever
Review Filem - Black Panther : Wakanda Forever

Ulasan Filem Black Panther : Wakanda Forever
Black Panther kembali ke panggung wayang dengan filem keduanya "Black Panther : Wakanda Forever". Ini adalah salah satu siri filem Marvel yang MOMI tunggu-tunggu, selepas filem pertamanya yang dikeluarkan pada tahun 2018. Semua sedia maklum yang pelakon utama filem pertamanya, Chadwick Boseman (T'Challa) telah meninggal dunia pada tahun 2020 dan filem ini memfokuskan situasi Wakanda selepas kemangkatan T'Challa.

Jalan cerita filem ini sedikit lambat dan membangkitkan suasana sedih selepas kematian King T'Challa.  Bukan itu sahaja, ia lebih memfokuskan kebangkitan Wakanda dan dalam masa yang sama mereka turut diancam oleh watak antagonis yang baru. Dalam kesedihan itu, filem ini tetap padat dengan aksi pada sejam terakhir dan ia juga turut selitkan humor. Menariknya filem ini juga memperkenalkan watak baharu dalam filem Marvel iaitu Iron Heart, yang menggunakan baju seperti Iron Man. Semua tentang sinematografi, tatarias dan CGI filem ini, tak nak komen banyak, tetap terbaik hehe.

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Black Panther : Wakanda Forever sangat menarik untuk ditonton walaupun sedikit perlahan terutamanya yang mengikut siri filem Marvel Extended Universe (MCU). Untuk pengetahuan anda, filem ini hanya ada satu mid credit scene dan tak perlu tunggu selepas end credit, Filem ini juga merupakan filem terakhir dalam fasa empat (4) MCU. Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 10 November 2022. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

 

Post a Comment

0 Comments