Review Filem - Black Adam

Review Filem - Black Adam
Review Filem - Black Adam

Review Filem - Black Adam Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Peminat filem DC Extended Universe, jom berkumpul dekat sini. Filem terbaru dalam siri filem DC Extended Universe, Black Adam kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Oktober 2022. Filem ini diterbitkan oleh Warner Bros. Pictures. Best ke tidak filem ini? Mari MOMI kongsikan review filem Black Adam*Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Black Adam 2022

Sinopsis Black Adam
Filem Black Adam mengisahkan tentang Di Kahndaq purba, Teth Adam dianugerahkan kuasa maha kuasa para dewa. Selepas menggunakan kuasa ini untuk membalas dendam, dia dipenjarakan, menjadi Black Adam. Hampir 5,000 tahun telah berlalu dan Black Adam telah pergi dari manusia, kepada mitos, kepada legenda. Kini dikeluarkan, bentuk keadilannya yang unik, yang lahir daripada kemarahan, dicabar oleh wira moden yang membentuk Persatuan Keadilan: Hawkman, Dr. Fate, Atom Smasher dan Cyclone.

Filem yang berdurasi selama lebih 2 Jam 5 Minit ini merupakan arahan Jaume Collet-Serra. Filem Black Adam dibintangi oleh Dwayne Johnson, Aldis Hodge, Sarah Shahi, Marwan Kenzari, Pierce Brosnan dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D D-BOX dan 2D ATMOS D-BOX.

Review Filem - Black Adam
Poster Filem - Black Adam

Ulasan Filem Black Adam
It's superhero movie! MOMI selalu teruja kalau nak menonton filem superhero. Biasanya MOMI layan filem superhero dari Marvel Universe, tapi kali ini filem dari DC Extended Universe yang terkenal dengan filem dari geng Justice League macam Superman, Wonder Woman, Aquaman dan banyak lagi. MOMI tak letak apa-apa expectation untuk filem ini memandangkan dah lama tak tengok filem dari geng DC Extended Universe ni.

Jalan cerita filem "Black Adam" ini menarik juga walaupun kadang-kadang macam mengantuk sikit dan ada beberapa plot twist yang menarik. Yang menariknya filem ini padat dengan aksi dan pastinya penuh dengan adengan meletop. Selain itu, ia juga turut selitkan humor walaupun filem ini 'dark' dan serius. Menariknya banyak watak baru yang muncul dalam filem ini seperti "Hawkman", "Atom Smasher", "Cyclone" dan "Doctor Fate" selain Black Adam. Dari segi CGI dan senimatografinya memang gempaklah, tak nak komen lebih hehe. 

Untuk barisan pelakon pula, sememangnya watak Black Adam memang sesuai dibawa oleh The Rock (Dwayne Johnson) yang membawa imej kuat dan gagah. Watak lain juga membawa watak mereka dengan baik, macam watak Cyclone (dilakonkan oleh Quintessa Swindell), Adrianna (Sarah Shahi) dan Atom Smasher (Noah Centineio).

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Black Adam menarik dan menghiburkan untuk ditonton. MOMI sebenarnya layan juga filem-filem dari DC Extended Universe dan tak sabar nak tengok filem akan datang macam sambungan filem Shazam dan The Flash. Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 20 Oktober 2022. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

 

Post a Comment

0 Comments