Lirik Lagu Kelly Azman - Dustakan Cinta

Lirik Lagu Kelly Azman - Dustakan Cinta
Lirik Lagu Kelly Azman - Dustakan Cinta

Lirik Lagu Kelly Azman - Dustakan Cinta | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu dari Kelly Azman yang berjudul "Dustakan Cinta"Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Mohariz Hj Yaakup, Kelly Azman, NJ, KR dan dikeluarkan oleh MVM Production Sdn BhdLagu Kelly Azman ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 21 Oktober 2022. Muzik video "Dustakan Cinta" pula dikeluarkan pada 3 November 2022 di saluran YouTube MVM LIVE.

Jom dengarkan lagu baru dari Kelly Azman. Enjoys!

--

Kelly Azman kembali dengan single terbaharunya yang berjudul Dustakan Cinta. Menariknya mengenai single kali ini, ia bukan sahaja merupakan percubaan pertama Kelly dalam membawakan lagu berentak balada malah Dustakan Cinta mempunyai intipatinya tersendiri.

“Lagu ini ada kisahnya tersendiri. Lazimnya, kita sebagai manusia biasa sering ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengirai jantina. Cinta itu pula suka untuk saya tafsirkan sebagai simbolik kasih sayang di antara dua individu. Jadi lagu ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan” kata Kelly. Tambah Kelly, dia akui berasa teruja untuk berkongsi karya terbaharunya itu yang merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer terkenal, Mohariz Yaakup. Manakala, lirik juga ditulis oleh Kelly bersama NJ/KR.

Harapan Kelly, lagu ini akan terus membawa pengenalan dirinya sebagai seorang penghibur serba boleh. Bukan sahaja ingin dikenali sebagai pengacara dan pelakon, malah dia juga mahu juga ingin menggunakan peluang yang ada untuk dikenali sebagai seorang penyanyi sekaligus mewarnai industri seni tanah air. Dustakan Cinta merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh MVM Production Sdn Bhd.

--


Lirik Lagu Kelly Azman - Dustakan Cinta
Komposer : Mohariz Hj Yaakup & Kelly Azman
Penulis Lirik : NJ/ KR & Kelly Azman
(C) 2022 MVM Production Sdn Bhd

Kamu Bagaikan Jiwa Ku Kasih
Menemani Aku Selalu
Tapi Engkau Berpaling Dari Ku
Meninggalkan Ku Dalam Rindu

Sampainya Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku Dari Mu

Hilang Arah Ku Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan Takdir Ku

Kamu Bagai Pelita Ku Kasih
Menerangi Tiap Waktu Ku
Tapi Engkau Mendustakan Aku
Melenyapkan Kasih Ku Pada Mu

Sampainya Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku Dari Mu
Hilang Arah Ku Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan Takdir Ku

Suratan Takdir Ku
Mengapa Dustakan
Janji Mu Yang Pernah
Kau Lafazkan

Hu... Sampainya Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku Dari Mu

Hilang Arah Ku Tanpa Diri Mu

Adakah Ini Suratan Takdir Ku
Adakah Ini Suratan Takdir Ku

-

Lagu Baru Melayu 2022 | Single Kelly Azman - Dustakan Cinta 2022 | Lirik Lagu Kelly Azman - Dustakan Cinta Mp3 | Lirik Lagu Kelly Azman - Dustakan Cinta Download | Lirik Lagu Kelly Azman - Dustakan Cinta Mp3

Post a Comment

0 Comments