Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) - Senarai Lagu & Keputusan Anugerah Juara Lagu 37

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) - Senarai Lagu & Keputusan Anugerah Juara Lagu 37
Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) - Senarai Lagu & Keputusan Anugerah Juara Lagu 37

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) - Senarai Lagu & Keputusan Anugerah Juara Lagu 37 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Acara muzik tahunan, Anugerah Juara Lagu musim ke-37 kembali. Untuk pengetahuan anda, Separuh Akhir Muzik Muzik 37 baru sahaja melabuhkan tirainya pada 26 November lalu dan telah mengumumkan dua belas (12) buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37). Tahniah dan semoga berjaya kepada semua lagu yang bakal bertanding di pentas AJL 37 pada 12 Februari 2023 (Ahad) nanti. 

Nampaknya Anugerah Juara Lagu Ke-37 mengembalikan ramai artis yang pernah bertanding di AJL sebelum ini. Antaranya Marsha, Aina Abdul, Ernie Zakri, Dayang Nurfaizah, Amir Masdi, Liza Hanim, Shila Amzah, Khai Bahar, Noki, Shiha Zikir, Naim Daniel, Joe Flizzow dan SoneOne. Manakala, penyertaan pertama kali ke AJL ialah Iman Troye dan MK (Duet bersama Noki).

Keputusan AJL37
Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu Ke-37 : 

Juara AJL37
Hadiah : RM100,000 dan trofi
  • Terus Hidup - Aina Abdul
  • Lirik : Aina Abdul
  • Komposer : Aina Abdul

Tempat Ke-2 AJL37
Hadiah : RM50,000 dan trofi
  • Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow & SonaOne
  • Lirik : Joe Flizzow & SonaOne
  • Komposer : SonaOne

Tempat Ke-3 AJL37
Hadiah : RM30,000 dan trofi
  • Anugerah Terindah - Alif Satar & The Locos
  • Lirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
  • Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

Vokal Terbaik AJL37
Hadiah : RM12,000 dan trofi
- Aina Abdul - Terus Hidup

Persembahan Terbaik AJL37
Hadiah : RM12,000 dan trofi
- Irama - Shiha Zikir

Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa
Hadiah : RM12,000 dan trofi
Khai Bahar


12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)
Berikut adalah senarai 12 buah lagu yang telah diumumkan ke Anugerah Juara Lagu 36 (mengikut urutan persembahan) :

1. Nang - Iman Troye
Lirik : Ezra Kong & A.Ramle
Komposer : Ezra Kong & A.Ramle

2. Kembali Terang - Marsha Milan
Lirik : Senna
Komposer : Senna & Ajin

3. Mainan - Naim Daniel
Lirik : Arisz Ab Rahman
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga

4. Bahagiakan Dia - Liza Hanim & Shila Amzah
Lirik : Aliff Iskandar & Que Afiq
Komposer : Aliff Iskandar

5. Anugerah Terindah - Alif Satar & The Locos
Lirik : Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

6. Korban - Ernie Zakri
Lirik : Ernie Zakri
Komposer : Ernie Zakri

7. Irama - Shiha Zikir
Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

8. Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow & SonaOne
Lirik : Joe Flizzow & SonaOne
Komposer : SonaOne

9. Debu - Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim

10. Payung Pelangi - Noki & Mk
Lirik : Noki & Mk
Komposer : Noki & Mk

11. Terus Hidup - Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul

12. Sengsara - Khai Bahar
Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K

Info Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37)

Tema AJL37 : Dimensi Muzik
Pengacara AJL37 : Jihan Muse & Sherry Al Hadad
Pengacara Red Carpet AJL37 : Muaz Mohamed, Fiza Frizzy 
Pengacara Back Stage AJL37 : Nadia Hasnan, Imran Aqil
Penaja AJL37 : Alha Alfa Cosmetics, Samsung, MYTV
Juri Profesional AJL37 : 
  • Datuk Mokhzani (Ketua Juri)
  • Dato’ Acis
  • Altimet
  • Noryn Aziz (Vokal)
  • Jari
  • Ad Samad
  • Khir Rahman (Persembahan)
  • Azlan Abu Hassan
  • LY
  • Damian VE
Tahniah kepada kesemua yang terlibat dalam Anugerah nyanyian paling berprestij di Malaysia, Anugerah Juara Lagu Ke-37. Tahniah juga buat semua pemenang. Jumpa lagi di Anugerah Juara Lagu Ke-38. 


Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
Yeay Aina Abdul win!! Apapun sangat berpuas hati dengan AJL37 kali ini sebab semua 12 peserta best-best~!