Review Filem - Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan

Review Filem - Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan
Review Filem - Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan

Review Filem - Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Filem ini sudah mendapat kutipan lebih RM 23 Juta dalam masa seminggu tayangannya di pawagam. Filem yang sedang tular di media sosial, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan telah memberi impak kepada industri filem dengan kutipan yang memberansangkan. Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan kini ditayangkan dekat pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Jun 2022. Best ke tak? Mari MOMI kongsikan review filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan. *Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Mat Kilau 2022

Sinopsis Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan
Filem Mat Kilau mengisahkan tentang seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British. Mat Kilau dibikin dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British. Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 58 Minit ini merupakan arahan Syamsul Yusof. Filem Mat Kilau dibintangi oleh Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari, Wan Hanafi, Yayan Ruhian, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D. Filem ini menelan belanja RM8 juta. 

Review Filem - Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan
Poster Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan


Ulasan Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan
Disebabkan banyak review positif di media sosial, maka MOMI nak juga menonton filem melayu yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini untuk tahun 2022. Ini merupakan filem melayu pertama berkaitan sejarah yang MOMI tonton dipawagam. Masa beli tiket filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan ini memang selalu penuh ya dan masa MOMI tengok pon dekat kerusi tiga terbawah. Ternyata filem ini memberi impak yang besar kepada penonton selepas mereka menonton. Untuk pengetahuan anda, filem ini diilhamkan dari kisah sebenar. 

Jalan cerita yang menarik, penuh dengan aksi dan jalan cerita yang 'straight forward serta tidak meleret. Semasa tengok filem ini, penonton akan faham dan tak terlalu banyak berfikir. Selain itu, ada juga adengan yang buat anda marah dan adengan yang bakal mengugurkan air mata anda. MOMI pon rasa sebak tengok adengan tersebut tapi tetap menahan air mata. Satu lagi, pastinya anda akan geram gila dengan watak Toga dan British dalam filem ini. Tak boleh cerita, nanti ter-spoil pulak hehe.

Cuma ada sedikit masalah semasa menonton, MOMI terganggu dengan adengan semasa aksi berlawan. Adengan berlawan dah cantik dah, cuma editing buat MOMI sedikit pening kepala. Mungkin sebab effect editing yang terlalu laju, terpaksa tutup mata seketika haha. Tentang lakonan pula, MOMI berpuas hati dengan semua watak yang dibawa dengan sangat baik. Harus dipuji Dato' Adi Putra, Fattah Amin dan Beto Kusyairi sangat menghidupkan dan menjiwai watak masing-masing dengan baik. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan sangat menarik untuk ditonton. Yang mana ada kesilapan kecil tu, boleh dimaafkan. Tahniah Studio Kembara dan Skop Production diatas pembikinan filem ini. MOMI sangat berpuas hati dengan kualiti filem yang baik. Mungkin akan datang, pengarah-pengarah boleh hasilkan filem berkaitan Sejarah Malaysia dan tokoh-tokoh pahlawan. Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 23 Jun 2022. Jom kita support filem buatan Malaysia. Kutipan filem Mat Kilau terkini ialah RM 97 Juta. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

 

Post a Comment

0 Comments