Review Filem - Tiga Janda Melawan Dunia

Review Filem - Tiga Janda Melawan Dunia
Review Filem - Tiga Janda Melawan Dunia

Review Filem - Tiga Janda Melawan Dunia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Rasanya sudah lama tidak menonton filem Bahasa Malaysia di panggung wayang, rasanya kali terakhir menonton filem Bahasa Malaysia pada tahun 2019. Baru-baru ini, tular trailer filem 'Tiga Janda Melawan Dunia' yang kelakar dan menarik. Filem ini ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia bermula 19 Mei 2022. Best ke tak? Mari MOMI kongsikan review filem Tiga Janda Melawan Dunia. *Perhatian : Spoiler!* 

Trailer Tiga Janda Melawan Dunia 2022

Sinopsis Tiga Janda Melawan Dunia
Filem Tiga Janda Melawan Dunia mengisahkan tentang Midah, Rohayu dan Ani merupakan tiga janda yang kebetulan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini. Apabila konsert terakhir penyanyi itu diumumkan, ketiga-tiga wanita itu cuba dan melakukan segala yang mereka mampu untuk mengumpul wang bagi tiket. Mereka mencipta perniagaan jus vape tanpa bahan tambahan, semulajadi dan bukan tembakau! Formula vape mereka terbukti berjaya dan mereka cukup untuk tiket konsert! Walau bagaimanapun, tanpa mereka sedar - jus vape semulajadi mereka telah menyebabkan ramai penagih dadah tidak sedarkan diri dan ini menyebabkan isu permintaan untuk ketua kartel dadah. Ini seterusnya memulakan rangkaian peristiwa lucu dan lucu yang akan mengubah kehidupan wanita selama-lamanya.ncaman yang terlalu besar untuk dia dan pasukannya tangani.

Filem yang berdurasi selama lebih 1 Jam 50 Minit ini merupakan arahan Hyrul Anuar. Filem Tiga Janda Melawan Dunia dibintangi oleh Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi, Abbas Mahmood dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan sebagai P13 dan ditayangkan dalam format 2D.

Review Filem - Tiga Janda Melawan Dunia
Review Filem - Tiga Janda Melawan Dunia

Ulasan Filem Tiga Janda Melawan Dunia
Tak sangka akan menonton filem ini di panggung wayang tahun ini. Tajuk "Tiga Janda Melawan Dunia" mungkin kurang menyenangkan tapi orang kata 'Don't judge a book by it's cover' kan? Memandangkan tular di media sosial filem ini sangat kelakar dan sangat menghiburkan, jadi MOMI sendiri pergi menonton di panggung wayang. Betul ke filem ini sangat kelakar? Bagi MOMI, yaa! Ia sangat kelakar dan sangat menghiburkan.

Jalan cerita yang ringkas dan sangat 'random' (mengumpul duit untuk membeli tiket konsert terakhir penyanyi kegemaran mereka, Aiman Zalini) tetapi unsur humor dalam filem ini sangat tinggi. Orang kata sumpah kelakar! Gandingan tiga pelakon utama yang sangat menarik dan serasi. Ketiga-tiga watak Midah, Rohayu dan Ani memang sangat menghiburkan. Selain itu, pelakon tambahan juga memainkan peranan penting juga, dan sangat menghidupkan filem ini.

Untuk sejam pertama kelakar yang biasa tetapi tetap menghiburkan, kemudian dipertengahan cerita memang sangat menghiburkan dan sangat kelakar. Dari segi senimatografinya, memang sangat menarik dan cantik. Anda akan rasa seperti menonton iklan raya sebab penggunaan warna sangat menarik. Paling penting, kebanyakkan skrip dalam filem ini sangat 'random' dan memang cakap lepas lah. Banyak juga adengan random dalam filem ini. 

Secara keseluruhan dan ringkasnya, filem Tiga Janda Melawan Dunia sangat menarik, memang serius lawak, santai dan rasa sangat 'fresh' untuk ditonton bersama keluarga dan rakan-rakan. Memang gelak non-stop masa sejam terakhir filem ini. Jangan lupa saksikan filem ini dipawagam berhampiran mulai 19 Mei 2022. 


Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG

 

Post a Comment

Previous Post Next Post