Datin Rita Sosilawati, Duta ESH Raya 2022

Datin Rita Sosilawati, Duta ESH Raya 2022
Datin Rita Sosilawati, Duta ESH Raya 2022 


Datin Rita Sosilawati, Duta ESH Raya 2022 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Dibulan yang mulia ini, kita diharuskan untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Begitu juga, E.S.H Electrical Sdn Bhd, pembekal utama produk elektrik, rumah dan peralatan dapur telah melantik Datin Rita Sosilawati sebagai Duta ESH Raya 2022 sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Datin Rita Sosilawati juga bekerjasama dengan EH Electrical untuk melancarkan Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya'. Program ini diwujudkan selaras dengan semangat Ramadan, untuk menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan. 


Datin Rita Sosilawati, Duta ESH Raya 2022
Datin Rita Sosilawati, Duta ESH Raya 2022 


Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda baru-baru ini. E.S.H Electrical Sdn Bd bersetuju untuk menderma barangan elektrik kepada kira-kira 200 keluarga yang terjejas. Datin Rita Sosilawati mengambil inisitif dengan menyediakan barangan keperluan seperti beras, gula, tepung, dan bekalan makanan lain untuk membantu keluarga keluarga terbabit menyediakan masakan yang dilakukan untuk bersahur dan berbuka puasa.

Datin Rita Sosilawati, Duta ESH Raya 2022
Datin Rita Sosilawati, Duta ESH Raya 2022 


Sebagai sebahagian daripada Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya', Datin Rita telah mewakili kedua-dua pihak dan melawat kedua-dua Kampung Kemat dan Kuala Menjing untuk bertemu sendiri dengan keluarga-keluarga yang terlibat dan mengagihkan barangan tersebut kepada mereka dengan bantuan PANDAN (Persatuan Anak Niaga dan Aktiviti Nirmala). Ini merupakan usaha murni Datin Rita membantu mereka yang memerlukan. Program ini dilancarkan secara rasmi di kedai E.S.H Electrical yang terletak di Tingkat 3, Bangsar Shopping Centre.

Datin Rita Sosilawati, Duta ESH Raya 2022
Datin Rita Sosilawati, Duta ESH Raya 2022 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini di kedai dan mereka yang ingin mengetahui tentang kampung masing-masing yang terlibat dan cara untuk terus membantu mereka boleh menghubungi kaunter khidmat pelanggan E.S.H. 


Post a Comment

0 Comments