IVE lancar single kedua, LOVE DIVE

IVE lancar single kedua, LOVE DIVE
IVE lancar single kedua, LOVE DIVE (sumber : Twiiter IVE)

 

IVE lancar single kedua, LOVE DIVE | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kumpulan K-pop wanita yang hangat masakini, IVE telah melancarkan album single kedua mereka, "LOVE DIVE" pada 5 April 2022. Kumpulan yang bernaung dibawah Starship Entertainment ini telah membuat 'comeback' buat kali pertama setelah melancarkan single debut "ELEVEN" pada penghujung tahun lalu.


IVE lancar single kedua, LOVE DIVE
IVE lancar single kedua, LOVE DIVE (sumber : Twiiter IVE)



Lagu "LOVE DIVE" digambarkan sebagai lagu pop "moden gelap" dengan bahagian korus yang 'addictive'. Lagu kedua pula, "Royal" digambarkan sebagai lagu pop tarian dengan sentuhan "groovy dan funky" serta "bunyi synth yang halus dan lembut" yang sesuai digunakan untuk 'catwalk' dalam pertunjukan fesyen". Lirik rap lagu ini disumbangkan oleh ahli IVE sendiri, Gaeul dan Rei.

IVE lancar single kedua, LOVE DIVE
IVE lancar single kedua, LOVE DIVE (sumber : Twiiter IVE)

Muzik video "LOVE DIVE" ditayangkan pada hari yang sama pada pukul 6:00 petang (waktu Korea) di saluran YouTube IVE. Sehingga 9:00 pagi, LOVE DIVE telah mendapat tontonan lebih 11 juta.



Jom dengarkan lagu terbaru dari IVE, "LOVE DIVE". Enjoys!

Trivia Mengenai IVE
- IVE dianggotai oleh 6 orang iaitu Yujin, Wonyoung, Rei, Gaeul, Liz & Leeseo.
- Nama kumpulan ini bermaksud "I HAVE". Tujuan utama nama kumpulan ini adalah untuk menampilkan keyakinan yang "saya ada" (I HAVE).
- 2 anggota IVE; Yujin dan Wonyoung menyertai Produce 48 pada tahun 2018, di mana mereka masing-masing mendapat tempat ke-5 dan tempat pertama. Sebagai dua daripada dua belas peserta yang berjaya, mereka kemudiannya menjadi sebahagian daripada kumpulan "IZ*ONE". IZ*ONE telah menamatkan kontrak mereka pada 29 April 2021.
- Muzik video "ELEVEN" telah ditonton sebanyak lebih 100 juta tontonan di YouTube.
- IVE memperoleh kemenangan pertunjukan muzik pertama mereka di MBC Show Champion, menjadikan mereka kumpulan gadis terpantas memenangi tempat pertama sejak debut. Lagu itu terus memenangi rancangan muzik sebanyak 13 kali.

Post a Comment

0 Comments