Bufet Ramadan 2022 - The Venue Shah Alam

Bufet Ramadan 2022 - The Venue Shah Alam
Bufet Ramadan 2022 - The Venue Shah Alam

Bufet Ramadan 2022 - The Venue Shah Alam | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! 2 Minggu lagu kita akan menyambut bulan Ramadan, pastinya anda sedang mencari tempat makan yang menarik dan sedap untuk berbuka puasa. Apa kata anda berbuka puasa di The Venue Shah Alam. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh The Venue Shah Alam ini? Untuk Bufet Ramadan tahun ini, The Venue Shah Alam akan beroperasi di Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam. Mari Momi kongsikan.

The Venue Shah Alam menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang bertemakan "Riang Ria Ramadan". Kesemua menu makanan yang dihidangkan, digemari oleh rakyat Malaysia dan sesuai untuk pelbagai bangsa. Selain itu, The Venue juga berkolaborasi bersama Abg Dee yang akan memeriahkan suasana. The Venue juga membawa Live Band OJKustik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet Ramadhan berlangsung. Pelanggan yang berkunjung ke Buffet Ramadhan The Venue berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware.

Bufet Ramadan 2022 - The Venue Shah Alam
Bufet Ramadan 2022 - The Venue Shah Alam

Untuk tahun ini, The Venue Shah Alam menghidangkan pelbagai jenis hidangan dan menu-menu ini akan berubah-berubah setiap minggu. Jadi pelanggan yang datang akan dapat merasakan masakan yang berbeza-beza setiap kali hadir ke The Venue Shah Alam. Antara menu yang bakal dihidangkan di meja bufet ialah 'Ayam Masak Sweet Sour, 'Ayam Percik', 'Asam Pedas Ayam', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Lemak Cili Padi',  'Sambal Sotong', 'Sambal Tumis Udang Petai', dan banyak lagi.

Selain menu utama, The Venue juga menyediakan 8 stall yang terdiri daripada 'Nasi Arab Ayam Mandy', 'Kambing Golek', 'Aneka Mee Kak Mas', 'Shell Out Seafood', 'Apam Balik Abang Zam', 'Pencuci Mulut & Buah-buahan', 'Aneka Jeruk – Jeruk', 'Aneka Keropok' dan 'Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal'.

Harga Bufet Ramadan 2022 - The Venue Shah Alam
Bufet Ramadan 2022 di The Venue Shah Alam bermula dari 4 April 2022 hingga 2 Mei 2022 dari 6:00 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan The Venue Shah Alam adalah seperti berikut :
  • Dewasa (Seorang) - RM88 / Nett
  • Kanak-Kanak (Seorang - 5-12 Tahun) - RM49 / Nett
  • Kumpulan (10 Orang Dewasa) - RM800

Bufet Ramadan 2022 - The Venue Shah Alam
Bufet Ramadan 2022 - The Venue Shah Alam

Early Bird Offer! 
Tempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di The Venue Shah Alam sehingga 31 Mac 2022 pada harga :

  • Dewasa (Seorang) - RM66 / Nett
  • Kanak-Kanak (Seorang - 5-12 Tahun) - RM46 / Nett
  • Kumpulan (10 Orang Dewasa) - RM600

Pakej Majlis Berbuka Tertutup
Tahun ini The Venue ingin membuka ruang kepada pelanggan korporat kami yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Dengan ini, pihak pelanggan lebih selesa untuk membuat aktiviti bersama sama tetamu yang hadir di samping ruang yang luas dan tidak bercampur bersama tetamu majlis berbuka puasa secara terbuka. Pakej ini bermula daripada RM98/orang (Min. 150 orang).

Program Infaq
Selain itu, kami juga akan membuat program infaq kepada rumah rumah kebajikan di sekitar Shah Alam. Pelanggan boleh menginfaqkan anak - anak ini untuk menjamu selera di Buffet Ramadhan The Venue. Selain itu, kita juga akan mengumpul dana untuk barang barang keperluan mereka pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jadi, pelanggan boleh menderma serendah RM 60/orang untuk majlis berbuka puasa, dan RM 50/orang untuk barang – barang keperluan Hari Raya.

Pakej Perkahwinan
Pakej Perkahwinan yang ditawarkan di The Venue adalah hanya serendah RM12, 999 untuk 200 orang dan RM 27, 999 orang untuk 1000 orang. Pakej lain-lain serendah RM63/orang (Min 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tuning, nikah, seminar dan sebagainya. Kesemua dewan kami dilengkapi dengan PA system In-House. 

Bersempena dengan Ulangtahun Ke-7 The Venue Shah Alam, menawarkan promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang. Untuk tempahan 2022 dan 2023 juga sudah dibuka.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di The Venue Shah Alam, sila layari www.thevenye.com.my/buffet-ramadhan atau menghubungi di talian :
  • 018 – 205 1492 (Faridah)
  • 019 – 8585 825 (Lisz)
  • 014 – 250 8160 (Bard)
  • 013 – 247 3767 (Safwan)
Untuk perkembangan terkini, ikuti mereka di media sosial : Facebook dan Instagram.

Post a Comment

0 Comments