Lirik Lagu Hazama, Tuju - FASA

Lirik Lagu Hazama, Tuju - FASA

Lirik Lagu Hazama, Tuju - FASA (OST Drama Suamiku Lelaki Pendosa) | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu dari Hazama bersama Tuju yang berjudul "FASA"Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat, Tuju dan dikeluarkan oleh Alternate Records and TalentLagu Hazama bersama Tuju ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada Februari 2022. Muzik video "FASA" pula ditayangkan pada 14 Mac 2022 di saluran YouTube Alternate Records & Talent.

Lirik Lagu Hazama, Tuju - FASA

'FASA' merupakan lagu tema OST untuk drama bersiri TV3 iaitu Drama 'Suamiku Lelaki Pendosa'. Drama 28 episod ini merupakan arahan Eyra Rahman dan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Anne Abdullah, Michael Lean, Ungku Hariz, Kael, Annie Mosha, Faez Malek, Fiza Thomas, Ieda Moin, Betty Banafee dan Auni Zahra. Drama adaptasi dari novel 'Imamku Lelaki Pendosa' karya Umie Nadzimah kini ditayangkan di Slot Samarinda TV3 bermula 9 Februari 2022, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam di TV3.

Lirik Lagu Hazama, Tuju - FASA
Komposer :  Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat, Tuju
Penulis Lirik : Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat, Tuju
Produser : Omar K, Firdaus Rahmat
Susunan Muzik : Firdaus Rahmat
(C) 2022 Alternate Records and Talent, Svltan Management,global Station Sdn Bhd

[Hazama]
Kau Menanti Tiba Saat Berdua
Tapi Sendiri Ku Merasa Kau Berat Sebelah Terhadap Ku
Kau Sengaja Palsu Kan Sementara
Untuk Belajar Tentang Cinta Kau Sempurnakannya Bersama Mu

Hitam Putih Datang Lawa Kan Seri
Hitam Putih Liku Berlalu Pergi

Fasa Masa Bersuka Indahnya
Dengar Ayat Manis Yang Kau Puja
Fasa Masa Berduka Derita
Kau Tinggalkan Ku Fasa Seterusnya

Bila Aku Ada Peluang Masa
Untuk Bicara Tentang Kita Dan Mula Lah Kau Senyap Membisu
Jadi Aku Bertukar-Tukar Warna
Cari Sebenar-Benar Warna Kau Buka Hati Mu Terima Ku

[Tuju]
Kejora Cinta Itu Nyata Persis
Warna Dunia Yang Takkan Habis
Berapa Batu Beribu Destinasi
Hala Tuju Yang Saling Berganti
Berarak Memori, Buku Jiwa Hati
Kita Mewarna, Dunia Mewarni
Jadi Ku Terima Segala Takdir
Dengan Warna Warna Hidup Ku
Bangkit Di Awal Kejora
Jalan Ku Jauh
Suara Ku Merana
Rasa Ku Jatuh
Noktah, Titik, Ini Rasa, Empati
Ubah Masa Tak Mampu
Fasa Lalu Berlalu Waktu Demi Waktu

[Hazama]
Hitam Putih Datang Lawa Kan Seri
Hitam Putih Liku Berlalu Pergi

Fasa Masa Bersuka Indahnya
Dengar Ayat Manis Yang Kau Puja
Fasa Masa Berduka Derita
Kau Tinggalkan Ku Fasa Seterusnya


Lagu Baru Melayu 2022 | Single Hazama, Tuju - FASA 2022 | Lirik Lagu Hazama, Tuju - FASA Mp3 | Lirik Lagu Hazama, Tuju - FASA Download | Lirik Lagu Hazama, Tuju - FASA Mp3

 

Post a Comment

0 Comments