Lirik Lagu Marsha Milan - Cinta (OST Drama Masih Ada Rindu)

Lirik Lagu Marsha Milan - Cinta

Lirik Lagu Marsha Milan - Cinta (OST Drama Masih Ada Rindu) | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Marsha Milan yang berjudul "Cinta"Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Bunga Cantik, Hang Nadim dan dikeluarkan oleh Rhythm and Ryhme & Monkey BoneLagu Marsha Milan ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 4 Jun 2021.  Lirik video "Cinta" juga dikeluarkan pada 2 Jun 2021 di saluran YouTube Monkey Bone.

'Cinta' merupakan salah satu lagu tema OST untuk drama bersiri TV3 iaitu Drama 'Masih Ada Rindu'. Drama 16 episod ini merupakan arahan Osman Ali dan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Fenn Azia, Mia dan Miny Ghazy. Drama adaptasi novel 'Masih Ada Rindu' karya Mimie Afinie kini ditayangkan di Akasia TV3 bermula 2 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di TV3.

Jom dengarkan lagu baru dari Marsha Milan. Enjoys!


Lirik Lagu Marsha Milan - Cinta
Komposer : Bunga Cantik, Hang Nadim
Lirik : Hang Nadim
(C) 2021 Rhythm and Ryhme & Monkey Bone

Detik Berganti
Tak Akan Kembali Sudah
Walau Darah Air Mata

Tiap Memori
Seakan Menghenti Masa
Renungkan Suka Dan Duka

Fahami Semuanya
Fahamkan Segala-Gala

Kisah Yang Sudah
Beningkan Raga
Jernihkan Jiwa

Inginnya Aku Berlari
Dan Mendekatimu
Rupa-Rupanya Kau
Di Depan Mata

Ingin Aku Terbang Tinggi
Teruskan Mencari
Ku Terlupa Untuk
Menutup Mata

Haa...
Ahh...
Haa...
Haa... Oh

Detik Berganti
Tak Akan Melaju Masa
Untuk Melihat Ke Sana

Apa Pun Datang
Mudahkan Sabar Dan Tenang
Minta Senang Kesulitan

Fahami Semuanya
Fahamkan Segala-Gala

Kisah Yang Sudah
Beningkan Raga
Jernihkan Jiwa 

Hoo Ohhh

Inginnya Aku Berlari
Dan Mendekatimu
Rupa-Rupanya Kau
Di Depan Mata

Ingin Aku Terbang Tinggi
Teruskan Mencari
Ku Terlupa Untuk Menutup Mata

Hooo Hooo
Hooo Hooo Hoo
Hooo Hooo Hoo

Lagu Baru Melayu 2021 | Single Marsha Milan 2021 | Lirik Lagu Marsha Milan Mp3 |  Lirik Lagu Marsha Milan Download | Lirik Lagu Marsha Milan Mp3 


Post a Comment

Previous Post Next Post