Lirik Lagu Aisha Retno - Nukilanku (OST Drama Masih Ada Rindu)

Lirik Lagu Aisha Retno - Nukilanku (OST Drama Masih Ada Rindu)

Lirik Lagu Aisha Retno - Nukilanku (OST Drama Masih Ada Rindu) | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah lagu baru dari Aisha Retno yang berjudul "Nukilanku"Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Farouk Roman (Komposer), Aisha Retno (Penulis Lirik) dan dikeluarkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia Sdn BhdLagu Aisha Retno ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 28 Mei 2021.  Lirik video "Nukilanku" juga dikeluarkan pada 28 Mei 2021 di saluran YouTube Aisha Retno.

'Nukilanku' merupakan salah satu lagu tema OST untuk drama bersiri TV3 iaitu Drama 'Masih Ada Rindu'. Drama 16 episod ini merupakan arahan Osman Ali dan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Fenn Azia, Mia dan Miny Ghazy. Drama adaptasi novel 'Masih Ada Rindu' karya Mimie Afinie kini ditayangkan di Akasia TV3 bermula 2 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di TV3.

Jom dengarkan lagu baru dari Aisha Retno. Enjoys!


Lirik Lagu Aisha Retno - Nukilanku
Komposer : Farouk Roman
Lirik : Aina Abdul, Aisha Retno
(C) 2021 Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd

Detik Demi Detik Ku Hitung
Menunggu Kau Menerima Nukilanku
Sehingga Kini Aku Ikrarkan Janjiku
Untuk Iringi Indahmu

Engkau Seperti
Fajar Yang Ku Harap Untuk Terbit
Menemaniku

Namun Belahan 
Jiwamu Takkan
Pernah Lupakan Dia Yang Kau Cinta,
Diriku Hanya Mampu Mendoakan Kelak
Kau Sulamkan Rasa Dan Memilih 
Ragaku

Hoooo...

Sehingga Kini Aku Ikhlaskan Batinku
Untuk Teduhkan Laramu
Engkau Seperti
Fajar Yang Ku Harap Untuk Terbit
Menemaniku

Namun Belahan Jiwamu Takkan
Pernah Lupakan Dia Yang Kau Cinta
Diriku Hanya Mampu Mendoakan Kelak

Kau Sulamkan Rasa Dan Memilih Ragaku

Lagu Baru Melayu 2021 | Single Aisha Retno 2021 | Lirik Lagu Aisha Retno Mp3 |  Lirik Lagu Aisha Retno Download | Lirik Lagu Aisha Retno Mp3 


Post a Comment

0 Comments