Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Prasad

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Prasad

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Prasad | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Anugerah Guru Inspirasi McDonald's adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh McDonald's Malaysia sebagai penghargaan kepada guru yang telah memberi komitmen sepenuh hati dalam mengasuh pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk jadi yang lebih baik. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Prasad

Sempena Hari Guru baru-baru ini, Momi nak kongsikan kisah guru dari Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan Tawau, Sabah iaitu Encik Prasad bin Ridwan. Lebih mesra dengan panggilan Cikgu Prasad, beliau seorang yang sangat berdedikasi serta bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu kepada anak muridnya. Beliau juga sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada kami serta sering mendedahkan pelajar dengan dunia luar. Cikgu Prasad juga merupakan seorang yang pemurah dan sentiasa membantu murid yang dalam kesusahan. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Prasad

Cikgu Prasad merupakan seorang guru yang sentiasa bekerja keras dan tidak pernah jemu dalam mendidik para pelajar agar menjadikan murid di sekolah terus meningkat dan cemerlang. Beliau juga merupakan Ikon GPM Daerah,Tenggara dan Negeri Sabah bagi tahun 2018. Cikgu Prasad sentiasa memberikan motivasi kepada para pelajar agar menjadi pelajar yang cemerlang dan berketerampilan serta berani tampil kehadapan dalam memberikan hujah atau pendapat.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Prasad

Cikgu Prasad Ridwan juga menjadi sumber inspirasi dan guru rujukan bagi semua GPM di Sabah amnya. Beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Negara dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dengan Pingat Ahli mangku Negara (A.M.N). Selain itu, beliau juga melahirkan satu inovasi di mana berjaya menubuhkan Kelab PSS Komuniti PIBG yang pertama di Malaysia khasnya dan Sabah.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Prasad

Untuk kisah penuh mengenai Cikgu Prasad yang dicalonkan oleh Nurul Daeinnisyah, anda boleh layari link ini :  https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominees/1045.

---------

Rakyat Malaysia telah menunjukkan penghargaan mereka dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka dari 2 - 18 April 2021. Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, 25 guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari Guru nanti.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 - Kisah Inspirasi Cikgu Prasad

Warganegara Malaysia yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan juga akan diberi sijil penghargaan dari McDonald's yang bernilai RM200. Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan akademik prestasi pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan luar kotak, melampaui tuntutan tugas untuk menolong pelajar, dan mewujudkan kesan positif kepada diri pelajar.

Nantikan keputusan dan pemenang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 pada penghujung Mei ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, sila layari https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi.

Post a Comment

0 Comments