Lirik Lagu Adira Suhaimi - Kesempatan Bagimu (OST Drama Tercipta Satu Ikatan)

 Lirik Lagu Adira Suhaimi  - Kesempatan Bagimu

Lirik Lagu Adira Suhaimi  - Kesempatan Bagimu (OST Drama Tercipta Satu Ikatan) | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah single dari Adira Suhaimi yang berjudul "Kesempatan Bagimu"Lagu ini adalah hasil ciptaan dari Ikhwan Fatanna, Arisz Ab Rahman & Wan Saleh dan dikeluarkan oleh Nova Music (M) SDN BHDLagu Kesempatan Bagimu dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 25 Disember 2020. Muzik video rasmi "Kesempatan Bagimu" pula dikeluarkan pada 25 Disember 2020 di saluran YouTube Nova Music Videos. 

Lagu Kesempatan Bagimu merupakan lagu tema / OST drama bersiri yang menghiasi slot MegaDrama, "Tercipta Satu Ikatan". Drama bersiri adaptasi dari novel arahan Fazli Yahya ini dibintangi oleh Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sophia Barakbah, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel, Nada Syuhada, Saharul Ridzwan, Fazira Shafinaz, Hasnol Rahmat, Elnisa Ryun, Qhaira Imani, Zazly Baginda, Liyana Yusof, Azhar Amir, Syed Irfan, Aqil Nahar, Damia Qaissarah dan Mia Deen. Tercipta Satu Ikatan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10:00 malam bermula 29 Disember 2020 di Astro Ria. (Sumber : myinfotaip)

Jom dengarkan lagu terbaru dari Adira Suhaimi. Enjoys!


Lirik Lagu Adira Suhaimi  - Kesempatan Bagimu
Komposer : Ikhwan Fatanna & Arisz Ab Rahman
Lirik : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
(C) 2020 Nova Music (M) SDN BHD

Apakah Cinta Bagimu
Hanyalah Satu Permainan
Airmata Mengalir Lesu
Hanya Dendam Yang Tertanam

Usah Cuba Ungkapkan Cinta
Walaupun Kini Telah Kau Sedar

Masihkah Ada Kesempatan
Untuk Kita Berdua
Kembali Bersama Menuju Bahagia

Masihkah Perlu Ada Ruang
Dihati Buat Dirimu
Yang Dulu Pernah Menyakiti Cinta Ini

Tersimpan Dilubuk Hati
Semua Kata Yang Kau Dustakan
Kecewa Dirundung Sepi
Tidak Tertanggung Bebanan

Usah Cuba Ungkapkan Cinta
Walaupun Kini Telah Kau Sedar

Masihkah Ada Kesempatan
Untuk Kita Berdua
Kembali Bersama Menuju Bahagia

Masihkah Perlu Ada Ruang
Dihati Buat Dirimu
Yang Dulu Pernah Menyakiti Cinta Ini

Jika Cinta Ini Telah Direstui
Ku Harap Ia Cinta Sejati Ohh~
Hanya Pada Tuhan Kuserah Kan Jiwa
Dia Lah Penentu Arahnya Cinta Kita Ohh~

Masihkah Ada Kesempatan
Untuk Kita Berdua
Kembali Bersama Menuju Bahagia

Hoooo
Huwooo
Hoooo
Hoooo

Apakah Cinta Bagimu
Hanyalah Satu Permainan
Airmata Mengalir Lesu
Hanya Dendam Yang Tertanam


Lagu Baru Melayu 2021 | Lagu Adira Suhaimi 2021 | Single Adira Suhaimi 2021 | Single Adira Suhaimi 2021 | Lirik Lagu Adira Suhaimi Mp3 |  Lirik Lagu Adira Suhaimi Download | Lirik Lagu Adira Suhaimi Mp3 


Post a Comment

0 Comments