• Lirik Lagu Razzi Rahman - Bila

    Lirik Lagu Razzi Rahman - Bila

    Lirik Lagu Razzi Rahman - Bila | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah single baru dari Razzi Rahman yang berjudul "Bila"Lagu ini adalah hasil ciptaan dari Alipp Aripin,Yush (Komposer), Dalin LienDa (Lirik) dan Longan Garage Studio (Susunan Muzik). Ia diterbitkan oleh Fusion Records MYLagu Bila dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 20 Februari 2020 termasuk Joox, Spotify, iTunes, Apple Music dan AkazooLirik Video Bila telah dikeluarkan di Saluran Youtube Razzi Rahman pada 20 Februari 2020.

    Untuk pengetahuan anda, Razzi Rahman adalah seorang penyanyi yang masyhur pada 1990-an, sudah berkecimpung lama dalam Industri muzik. Antara lagu popular beliau adalah ‘Ke Dasar Cintamu’ lagu tema Filem Putera, ‘Syakila’ memasuki Pertandingan Akhir Anugerah Juara Lagu ke-7 dan ‘Rembulan Kesiangan’ pernah menduduki carta nombor satu di hampir semua stesen radio termasuk Singapura dan Brunei dan masih lagi menjadi siulan ramai sehingga kini.

    Selepas menyepi seketika Razzi Rahman kembali semula pada tahun 2010 merakamkan album bersama Jutawan Internet Irfan Khairi. Lagu berjudul ‘Kerana’ ciptaan Irfan Khairi juga berjaya mendapat tempat di hati peminat Razzi Rahman, nombor 2 hit di carta THR Gegar.

    Menurut Razzi Rahman, beliau percaya dan bangga dengan bakat anak muda zaman sekarang dan juga ingin memberi peluang kepada anak muda untuk berkarya dengan lebih bersemangat. Di samping ingin meneruskan minat beliau dalam bidang nyanyian yang tak pernah padam. Razzi Rahman menaruh harapan tinggi dengan single terbaru 'Bila' ini juga akan berjaya menawan hati peminatnya dan juga peminat baru. Ikuti perkembangan terkini Razzi Rahman di Instagram dan Facebook.

    Jom dengarkan lagu terbaru dari Razzi Rahman . Enjoys!

    DENGARKAN LAGU "BILA" - RAZZI RAHMAN DI [JOOX], [SPOTIFY]
    SAKSIKAN LIRIK VIDEO "BILA" - RAZZI RAHMAN DI YOUTUBE
    Lirik Lagu Razzi Rahman - Bila
    Komposer: Alipp Aripin, Yush
    Lirik: Dalin LienDa
    Susunan : Logan Garage
    © 2020 Fusion Records Malaysia

    Engkau Bunga Yang Ku Puja
    Tulus Ku Baja Dan Ku Siram
    Menggunung Harapan Agar Mekar
    Di Tangkai Hatiku Ini

    Hilang Kasihmu Menambah Derita
    Tak Pernah Kau Anggap Ku Ada
    Entah Bila Ku Bisa Mendapatkan
    Tulus Cintamu

    Aku Yang Selalu Di Sampingmu
    Tak Pernah Kau Anggap Ada
    Biarlah Ku Bawa Cintaku
    Pergi Meninggalkanmu

    Bila Kau Tersedar Nanti
    Tak Mampu Lagi Kau Putar Waktu
    Dan Takkan Bisa Dirimu
    Kembalikan Cinta

    Bila Kau Tersedar Nanti
    Tak Mampu Lagi Kau Putar Waktu

    Dan Takkan Bisa Dirimu
    Kembalikan Cinta

    Bila Kau Tersedar Nanti
    Tak Mampu Lagi Kau Putar Waktu
    Dan Takkan Bisa Dirimu
    Kembalikan Cinta

    Yang Telah Pergi

    Lagu Baru Melayu 2020 | Lagu Razzi Rahman 2020 | Single Razzi Rahman 2020 | Single Razzi Rahman 2020 | Lagu Baru Razzi Rahman | Lirik Lagu Razzi Rahman | Lagu Razzi Rahman Download | Lirik Lagu Razzi Rahman Bila Mp3 |  Lirik Lagu Razzi Rahman Bila Download | Lirik Lagu Razzi Rahman Bila Mp3 | Senarai Lagu Melayu Februari 2020
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment