• Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta - 7 Nasihat

    Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta - 7 Nasihat

    Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta - Tujuh Nasihat | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Entri kali ini Momi nak kongsi kepada anda, sebuah single baru dari penyanyi Nombor 1 di Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza yang berjudul "7 Nasihat"Lagu ini adalah hasil ciptaan dari Kmy Kmo, Luca Sickta dan dikeluarkan oleh Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd dan Universal Music Sdn BhdLagu 7 Nasihat dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada 20 Februari 2020. Lirik Video 7 Nasihat pratonton di Saluran Youtube Siti Official Video pada 20 Februari 2020 jam 4.00 Petang.

    Jom dengarkan lagu terbaru dari Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta . Enjoys!


    Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta - 7 Nasihat
    Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
    Lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta
    © 2020 Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd, Universal Music Sdn Bhd

    [Dato’ Siti Nurhaliza]
    Anak Pipit Jangan Tak Dihirau
    Gusar Esok Ke Sarang Si Rimau
    Anak Didik Harusnya Dirisau
    Gusar Esok Engkau Yang Dipisau

    [Dato’ Siti Nurhaliza, (Kmy Kmo, Luca Sickta)]
    Dulu Tunggu Diturut Balik (Dulu Tunggu Turut Balik)
    Dulu Diam Sekarang Celik (Dulu Diam Sekarang Celik)
    Dulu Tahu Waktu Balik (Dulu Tahu Waktu Balik)
    Dulu Diam Sekarang Cerdik (Dulu Diam Sekarang Cerdik)

    [Dato’ Siti Nurhaliza]
    Nak Dilenturnya Buluh Biar Dari Rebungnya
    Kelak Pasti Mereka Kan Terjaga Akhlaknya
    Nak Dibentukkan Tubuh Bukan Dari Bengkungnya
    Susun Atur Mereka Sebelum Kenal Dunia

    Habis Main Di Tanah
    Sebelum Senja Ke Rumah
    Takut Nanti Tersalah
    Bawa Pulang Masalah

    Tak Endah Yang Sekarang
    Cakap Jangan Sebarang
    Elok Awal Dilarang
    Untuk Kau Jadi Orang

    [Dato’ Siti Nurhaliza, (Kmy Kmo, Luca Sickta)]
    Dulu Tunggu Diturut Balik (Dulu Tunggu Turut Balik)
    Dulu Diam Sekarang Celik (Dulu Diam Sekarang Celik)
    Dulu Tahu Waktu Balik (Dulu Tahu Waktu Balik)
    Dulu Diam Sekarang Cerdik (Dulu Diam Sekarang Cerdik)

    RAP

    [Luca Sickta]
    Yah 
    Satu, Hendak Berjaya Mendada Jangan
    Pastikan, Jika Malu Bertanya Sesat Jalan
    Biar Lapar Sehari Asalkan Kenyang Bertahun
    Biar Berkerut Dahi Asahkan Minda Beralun

    [Kmy Kmo]
    Kedua, Semua Nasihat Cam Petua
    Ketua Perlu Jua,nak Sihat Sampai Tua
    Masuk Semua Benua
    Pelusuk Dalam Luar
    Hormat Tanpa Bersua
    Walau Darjah Sempoa

    [Luca Sickta]
    Yah
    Tiga, Lain Liga Lain Cara
    Elak Geliga Dalam Rasa Media Masa
    Dahulu Kerna Lidah Badankan Binasa
    Sekarang Kerna Mata, Jemari Berbicara

    [Kmy Kmo]
    Cara Bicara Yang Ke 4 Semua Telinga Harus Peka
    Nenek Moyang Yang Nasihat Majoriti Ramai Leka
    Terlena, Dibuai Mimpi Dek Dunia Cereka
    Hanyut Dihempas Ombak Tinggi Gah Lupa Mereka

    [Luca Sickta]
    Lima, Usah Dikira Kanan Kiri
    Cermin Untuk Diri Kerna Hidup Tiada Siri
    Kerna Hidup Tiada Sisi Bila Hati Mula Hitam
    Lupakan Kisah Silam, Nilam Usah Disiram

    [Kmy Kmo]
    Ku Siram Yang Ke-6 
    Biar Mekar Dalam Hati
    Ingati Putus Urat Dan Tenaga Urat Besi
    Korbannya Bukan Calang Tak Hilang Dimakan Hari
    Bajakan Jasa Mereka Dengan Budi

    [Dato’ Siti Nurhaliza]
    Anak Pipit Jangan Tak Dihirau
    Gusar Esok Ke Sarang Si Rimau
    Anak Didik Harusnya Dirisau
    Gusar Esok Engkau Yang Dipisau

    [Dato’ Siti Nurhaliza, (Kmy Kmo, Luca Sickta)]
    Dulu Tunggu Diturut Balik (Dulu Tunggu Turut Balik)
    Dulu Diam Sekarang Celik (Dulu Diam Sekarang Celik)
    Haaa.. (Dulu Tahu Waktu Balik)
    Dulu Diam Sekarang Cerdik (Dulu Diam Sekarang Cerdik)

    Hmmm.. (Dulu Tunggu Turut Balik)
    Haaa.. (Dulu Diam Sekarang Celik)
    Haaa.. (Dulu Tahu Waktu Balik)
    Haaa.. (Dulu Diam Sekarang Cerdik)

    Lagu Baru Melayu 2020 | Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza 2020 | Single Dato' Sri Siti Nurhaliza 2020 | Single Dato' Sri Siti Nurhaliza 2020 | Lagu Baru Dato' Sri Siti Nurhaliza | Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza | Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza Download | Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza 7 Nasihat Mp3 |  Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza 7 Nasihat Download | Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza 7 Nasihat Mp3 | Senarai Lagu Melayu Februari 2020 | Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta - 7 Nasihat Mp3 |  Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta - 7 Nasihat Download | Lirik Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta - 7 Nasihat Mp3 | Senarai Lagu Melayu Februari 2020 

  • You might also like

    3 comments: