recent posts

2018 Review & Happy New Year 2019!

2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

2018 Review & Happy New Year 2019! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Masih belum terlewatkan untuk Momi ucap, Selamat Tahun Baharu 2019 ! Tahun 2018 meninggalkan banyak kenangan manis mahupun pahit. Alhamdulillah, Tahun 2018 tahun Momi bangkit semula dari kesedihan selepas pemergian ayah pada Disember 2018. Jadi, Momi nak kongsi dengan anda kisah tahun 2018 dan harapan untuk tahun 2019.

Imbasan 2018
Alhamdulillah, tahun 2018 dimurahkan rezeki dengan pelbagai jenama yang baru untuk kolaborasi review dan advertorial seperti Milo, Samsung, Watsons, Yoodo, Jakel, Calpis, Eclipse, BOH, Melawati Mall, Ambassador Putrajaya dan banyak lagi. Tambahan pula, banyak aplikasi untuk Social Media Influencer yang mula menempah nama seperti KOMACI Network, Narratrs, Ittify, Churp Churp dan banyak lagi, dari situ Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantu Momi bantu keluarga dari segi kewangan. Jumlahnya tidaklah besar tetapi cukup buat kami sekeluarga.

2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

Untuk travel pula, Momi tidak menetapkan untuk kemana-mana atas faktor kewangan. Tetapi Alhamdulillah, Momi menerima jemputan FAM Trip dari Gaya Travel ke Labuan (April 2018) dan Terengganu (September 2018). Selain itu, Momi dapat jemputan ke MAPS Perak yang sememangnya Momi nak sangat pergi hehe. Terima kasih Projek Travel. Hujung tahun 2018, baru sempat nak jalan-jalan ke Universal Studios Singapore, terima kasih Kak Mas dan Abang Nizam bawa Momi walaupun kita sesat dalam tu ya haha.

Paling Momi tak sangka ialah dapat menyertai Watsons Malaysia's Top Influencer yang dianjurkan oleh Watsons dan Oh Bulan! pada Oktober hingga November 2018. Ada lebih 6 cabaran yang Momi dapat tempuh dan Alhamdulillah, berjaya sampai ke TOP 6. Momi juga dianugerahkan sebagai "MOST CREATIVE AWARDS" semasa Final WATSONMTI. Anda boleh baca pengalaman Momi menyertai WATSONMTI disini.


2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

Ada banyak lagi kenangan yang best tapi Momi nak simpan dalam memori sahaja hehe. Terima kasih 2018 kerana mengajar Momi erti sabar dan bangkit semula. Ia tak semudah yang di sangka. Syukur sangat-sangat dikelilingi keluarga dan kawan-kawan yang memahami. Sayang semua!

2018 Review & Happy New Year 2019!
2018 Review & Happy New Year 2019!

Harapan 2019
Setiap tahun mesti kita setkan azam tahun baharu kan? Untuk tahun 2019, Momi tak setkan apa-apa azam tetapi lebih kepada ingin berusaha keras untuk mencapai apa yang Momi inginkan. Tahun 2019 mungkin Momi takkan travel ke mana-mana atas faktor kewangan tetapi kalau ada jemputan FAM Trip bolehlah pergi kot hehe. Selain itu, mungkin Momi akan fokus pada YouTube pula selepaskan Blog dan Instagram. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan Momi ya ! :)

Semoga tahun 2019 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi dan lagi. In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2019 dengan penuh semangat dan senyuman :)

2018 Review & Happy New Year 2019! 2018 Review & Happy New Year 2019! Reviewed by Rafzan Tomomi on 1/09/2019 04:28:00 pm Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.