Senarai Filem Melayu 2019


Senarai Filem Melayu 2019 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Tahun 2019 bakal tiba, para peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem-filem Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2019. Buat masa ini hanya ada beberapa filem sudah diumumkan tarikh tayangannya. Jom tengok senarai filem Melayu tahun 2019.

Senarai Filem Melayu 2019

Felina 
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 2019
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah
Pengarah: Sandosh Kesavan
Format: 2D
Sinopsis Felina :
akan datang

Trailer Felina : Teaser

Senarai Filem Melayu 2019

XX-Ray III (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Januari 2019
Genre: Sains Fiksyen
Durasi: 1 Jam 49 Minit
Pelakon: Izzue Islam, Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Jalaluddin Hassan, Saiful Apek
Pengarah: Aziz M. Osman
Format: 2D
Sinopsis XX-Ray III :
Selepas lebih 20 tahun, Aziz M. Osman muncul dengan filem ketiga dari francais "XX-Ray". Kali ini, ia berkisarkan tentang sekumpulan remaja yang perlu menyelesaikan masalah kemusnahan dunia selepas diancam oleh seorang penjahat yang mahu menguasai dunia.

Trailer XX-Ray 3 : Teaser


Bella & Jamie (Mermaid Studios Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 31 Januari 2019
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Liyana Jasmay, Juliana Evans, Khir Rahman, Izzue Islam, Dynaz Mokhtar
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Format: 2D
Sinopsis Bella & Jamie :
Persahabatan antara dua gadis iaitu Bella dan Jamie menjadi lebih rapat selepas mereka mendapat tahu ibu Bella dan bapa Jamie merancang untuk berkahwin. Namun hubungan mereka goyah apabila Bella mendapat tahu yang Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.

Trailer Bella Jamie : Teaser

Senarai Filem Melayu 2019

Misteri Dilaila (Skop Production, Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Februari 2019
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Zul Ariffin, Rosyam Nor, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Nam Ron, Mas Khan, IZ Sulaini
Pengarah: Syafiq Yusof
Format: 2D
Sinopsis Misteri Dilaila :
Pasangan suami isteri Jefri dan Dilaila telah pergi bercuti di sebuah banglo mewah. Bagaimanapun, percutian mereka tidak seperti yang dijangka apabila Jefri mula diganggu kejadian aneh pada malam pertama. Pada keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya hilang. Apabila seorang lelaki bernama Iman Aziz memaklumkan yang Dilaila sudah ditemui, Jefri terkejut kerana dia mendapati wanita itu bukan isterinya, tetapi wanita itu mengakui dirinya sebagai Dilaila. 

Trailer Misteri Dilaila : Teaser | Official

Senarai Filem Melayu 2019

Bikers Kental 2
Bahasa: Melayu / Thailand
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 14 Mac 2019
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Zizan Razak, Afdlin Shauki, Awie, Amerul Affendi, Bront Palarae
Pengarah: Helmi Yusof
Format: 2D
Sinopsis Bikers Kental 2 :
Kesinambungan dari filem pertama yang mana kali ini berkisarkan tentang Bidin yang merancang untuk melawat kekasihnya Cherry dan keluarganya di Hat Yai untuk berkenalan dengan lebih dekat sebelum melamar kekasihnya itu. Bagaimanapun ketika dalam perjalanan ke sana, Bidin bertembung dengan Al Buqerk yang sedang menjejakinya selepas insiden terdahulu, di mana Bidin mengambil wang daripada kumpulan mereka.

Trailer Bikers Kental 2 : Official

Senarai Filem Melayu 2019

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (Les Copaque Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019
Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Durasi: --
Pelakon:
Pengarah:
Format: 2D
Sinopsis Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal: 
Upin, Ipin dan rakan-rakan mereka perlu mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh selepas keris mistik yang mereka jumpai dalam bilik stor Tok Dalang membuka portal dan membawa mereka terus ke tengah sebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membantu kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya. Mereka berdepan segala cabaran sepanjang pengembaraan mereka dengan bantuan Mat Jenin, Belalang dan watak-watak lain dari cerita dongeng Malaysia.

Trailer Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal : Teaser | Official

Senarai Filem Melayu 2019

Tiada Tajuk (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 4 April 2019
Genre: Komedi
Durasi: --
Pelakon: Mawi, Hazama Azmi, Along Cham, Joey Daud
Pengarah: Mawi
Format: 2D
Sinopsis Tiada Tajuk :
Filem arahan Mawi ini merupakan kesinambungan daripada telefilem "Rock Sangkut". Ia berkisarkan mengenai pengembaraan tiga pemuda kampung dalam mengejar impian mereka untuk menjadi penyanyi. Pelbagai cabaran dan halangan yang mereka perlu hadapi demi merealisasikan impian mereka.

Trailer Tiada Tajuk : Official 

Senarai Filem Melayu 2019

Bu (MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD)
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 April 2019
Genre: Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 31 Minit
Pelakon: Remy Ishak, Nadiya Nissa, Dian P. Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Rashidi Ishak, Mawar Rashid, Wan Hanafi Su
Pengarah: Jeany Amir
Format: 2D
Sinopsis Bu :
Walaupun mengecewakan ibu mertuanya, Diana ambil keputusan untuk menangguhkan niatnya untuk hamil supaya dia dapat fokus pada kerjayanya. Suaminya Zack bersetuju tetapi Diana tidak menyedari yang Zack menyembunyikan rahsia mengenai syarikat arkiteknya. Sementara itu, Aishah seorang suri rumah yang tertindas berasa asing dari suaminya, yang merupakan seorang doktor, dan anak perempuan mereka, berikutan kedua-dua mereka jarang ada di rumah. Norimah, seorang wanita berusia 40 tahun, akhirnya hamil selepas bertahun mencuba. Dia juga seorang yang menyokong impian suaminya untuk menjadi penulis novel selepas dibuang kerja sebagai cef. Satu hari, kehidupan ketiga-tiga wanita ini bertembung ketika Zack mengejar Diana dan secara tidak senjaga melanggar Aishah dengan keretanya. Bayi dalam kandungan Norimah juga berdepan risiko apabila kereta sedang laju hampir melanggarnya.

Trailer Bu : Official

Senarai Filem Melayu 2019

BoBoiBoy Movie 2 (Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2019
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 50 Minit
Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Yap Ee Jean
Pengarah: Nizam Abdul Razak
Format: 2D
Info / Sinopsis BoBoiBoy Movie 2: 
Kali ini BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Dia dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

Trailer BoBoiBoy Movie 2 : Teaser | Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Kron"

Kron (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -- 
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2019
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Zahiril Adzim, Dayana Roza, Aman Graseka, Opie Zami
Pengarah: Opie Zami
Format: 2D
Sinopsis Kron : 
Kerana bimbang akan bahaya, pihak atasan telah menghalang Profesor Daud, seorang pengkaji Sejarah di sebuah muzium di Kedah, dan pembantunya Sham untuk melakukan ekspedisi menjejaki laluan Raja Siam untuk mencari bunga emas dan perak. Namun Profesor Daud nekad untuk meneruskan misinya selepas seorang ahli perniagaan, Melur Seri, bersetuju untuk menanggung kos ekspedisi tersebut. Dia turut mendapat bantuan daripada seorang pengarah televisyen paranormal, Pian, yang menawarkan diri untuk merakam aktiviti mereka tanpa sebarang bayaran. Keadaan yang pada mulanya lancar menjadi buruk apabila perjalanan mereka terganggu, setelah pandangan mereka dikaburkan dan menyebabkan mereka tersalah masuk laluan. Mereka juga kini diburu oleh makhluk misteri bernama Kron.

Trailer Kron : Official

Senarai Filem Melayu 2019

Sangkar (Primeworks Studios, Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -- 
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2019
Genre: Aksi
Durasi: --
Pelakon: Remy Ishak, Zul Ariffin, Niezam Zaidi, Mira Filzah, Nik Adam Mika
Pengarah: Kabir Bhatia
Format: 2D
Sinopsis Sangkar :
Mengisahkan tentang Adam, seorang pejuang MMA yang angkuh, telah memenangi sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Apabila dicabar diluar sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan pihak lawannya, Johan. Adam dibelenggu rasa bersalah dan risau kerana Johan tahu bahawa dialah punca menyebabkan kecederaan itu. Tetapi, lama kelamaan, Adam secara tidak sengaja telah menjadi sebahagian daripada hidup Johan. Dia kemudian dapat tahu kecederaan yang telah menimpa Johan telah menyebabkan Lea dan Reza, ahli keluarga Johan hilang punca rezeki dan harapan., Mampukah Adam menebus kesalahannya demi masa depan Johan dan adik-adiknya?

Trailer Sangkar : Teaser | Official

Senarai Filem Melayu 2019

Wangi (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 5 September 2019
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 31 Minit
Pelakon: Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda, Syazwan Zulkifli
Pengarah: Mohd Latif Zami
Format: 2D
Sinopsis Wangi :
Nor dan Khuzairi mempunyai seorang anak lelaki istimewa berumur tujuh tahun. Semasa dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua, Nor menyedari pembantu rumah yang juga adik angkatnya, Bella, telah menghilang. Khuzairi memberitahunya bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam untuk berkahwin dengan kekasihnya. Misteri kehilangan Bella menyebabkan Nor berasa pelik kerana Bella tidak pernah bercerita mengenai soal perkahwinan dan sejak itu kejadian pelik mula berlaku kepada Nor dan keluarganya. 

Trailer Wangi : Official

Senarai Filem Melayu 2019
Senarai Filem Melayu 2019

Suatu Ketika (GSC Movies)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 12 September 2019
Genre: Drama / Sejarah / Sukan
Durasi: --
Pelakon: Namron, Pekin Ibrahim
Pengarah: Prakash Murugiah
Format: 2D
Sinopsis Suatu Ketika :
Biarpun mempunyai masalah kesihatan, perkara itu tidak menghalang impian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mencuba sedaya upaya untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bersama seorang tukang kebun. Mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan "JG Davidson Cup".

Trailer Suatu Ketika : Teaser | Official

Poster "Dendam Pontianak"

Dendam Pontianak (Primeworks Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 12 September 2019
Genre: Seram / Romantik
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pelakon: Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Namron, Tony Eusoff, Nadiah M. Din, Nadia Aqilah
Pengarah: Glen Goei, Gavin Yap
Format: 2D
Sinopsis Dendam Pontianak : 
Berlatarbelakangkan tahun 1965, Khalid dan Siti sedang membuat persiapan perkahwinan mereka sambil dibantu oleh penduduk kampung. Tidak lama selepas itu, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila kejadian aneh mula menguasai kampung tersebut, termasuk kematian ngeri serta perkara ghaib menakutkan mengganggu mereka. Situasi tersebut menyebabkan Khalid mengaku dia telah membunuh seorang gadis yang mengandungkan anaknya suatu masa dahulu. Gadis itu dipercayai kini kembali untuk membalas dendam sebagai Pontianak. Khalid kemudian mengumpulkan semua pemuda kampung itu untuk memburu Pontianak tersebut.

Trailer Dendam Pontianak : Teaser

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Motif"

Motif (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 26 September 2019
Genre: Jenayah / Drama / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 25 Minit
Pelakon: Sharifah Amani, Rosyam Nor, Iedil Putra, Taqim Zaki
Pengarah: Nadiah Hamzah
Format: 2D
Sinopsis Motif :
Seorang detektif dari bandar, Inspektor Dewi, telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna, di sebuah pekan terpencil di Tanah Merah. Namun, dirinya tidak disukai oleh penduduk pekan itu, termasuk Inspektor Rizal, detektif yang ditugaskan bersamanya. Bapa kepada Anna, Hussein, tidak percaya bahawa Inspektor Dewi mampu menjalankan tugas dan mencari anaknya. Dalam cuba merungkai dalang di sebalik kehilangan Anna, Inspektor Dewi turut dihantui konflik yang melanda dirinya.

Trailer Motif : Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Hero : Jangan Bikin Panas"

Hero: Jangan Bikin Panas (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 3 Oktober 2019
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pelakon: Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam,
Pengarah: Azizi Chunk
Format: 2D
Sinopsis Hero: Jangan Bikin Panas :
Seorang anggota bomba, Zafrul, nekad untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi mangsa-mangsa tragedi kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah Tahfiz beberapa tahun lalu. Dia bertemu dengan dua orang anggota baru, Ahmad Mustar dan Adam Fanifinali, yang cuba mencari kerja di Kuala Lumpur. Mereka yang disertai oleh dua orang anggota wanita, Amylia dan Suraya, cuba menyiasat aktiviti penjualan tanah secara haram yang dilakukan oleh kumpulan kongsi gelap antarabangsa. Mereka kemudiannya mendapat tahu kumpulan itu juga terlibat dengan tragedi kebakaran sekolah Tahfiz tersebut.

Trailer Hero: Jangan Bikin Panas : Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Geran"

Geran (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 10 Oktober 2019
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 41 Minit
Pelakon: Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah, Feiyna Tajudin
Pengarah: Areel Abu Bakar
Format: 2D
Sinopsis Geran :
Ali dan Fatimah tertekan dengan adik bongsu mereka, Mat Arip, apabila dia gagal pulang ke rumah bersama geran tanah pusaka mereka. Kini Ali perlu mencari Mat Arip, yang telah terjebak ke jalan yang salah dan terbabit dengan perjudian serta lumba kereta haram, dan membawanya pulang ke pangkuan bapa mereka, Pak Nayan.

Trailer Geran : Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Kolong"

Kolong (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2019
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 22 Minit
Pelakon: Wan Raja, Luthya Sury Widjaja, Annie Arifin
Pengarah: Zul Abu Kassim
Format: 2D
Sinopsis Kolong :
Hasrat Suri untuk menjadi seorang pelakon tidak kesampaian selepas wangnya dilarikan seorang ejen pelancongan. Dia kemudiannya berdepan masalah apabila menjadi buruan samseng yang ingin menuntut semula wang yang dipinjamnya. Hasratnya untuk mengambil geran tanah ibunya di kampung halaman dihalang oleh adiknya. Sebagai ganti, adik dan rakannya memberitahu bahawa terdapat sebuah banglo milik seorang lelaki buta yang memerlukan pembantu rumah. Namun, rumah itu dikatakan dihantui oleh roh isteri lelaki tersebut. Memikirkan bayaran yang tinggi dan berbekalkan pengalaman menjaga ibunya yang buta, Suri bersetuju untuk bekerja di rumah tersebut.

Trailer Kolong : Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Anak Perjanjian Syaitan"

Anak Perjanjian Syaitan (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2019
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pelakon: Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Shahrulnizam Noor
Pengarah: Helmi Yusof
Format: 2D
Sinopsis Anak Perjanjian Syaitan : 
Zaidi adalah seorang guru, yang mana ibunya seorang janda kaya yang inginkan cucu sendiri dan sering memberi tekanan kepadanya untuk berkahwin lagi kerana dia dan isterinya, Azlinda, tidak mempunyai zuriat walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Azlina sering dicemuh oleh ibu mertuanya kerana perkara itu. Penat dengan bebelan ibunya, Zaidi meminta untuk bertukar tempat kerja dan rupa-rupanya tempat itu adalah kampung kelahiran arwah bapanya. Pasangan itu tinggal di sebuah rumah milik nenek Zaidi yang terletak di sebuah kawasan terpencil. Rumah menakutkan itu tidak diduduki selama lima tahun dan hanya dijaga oleh seorang pekebun bernama Pak Man. Di sana, Azlina mula mendengar suara bayi dan kanak-kanak bermain. Dia kemudian mendapat tahu dia telah hamil. Walau bagaimanapun, dia masih sering diganggu oleh suara tersebut dan mimpi aneh.

Trailer Anak Perjanjian Syaitan : Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Pusaka"

Pusaka (Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2019
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Farhanna Qismina, Ogy Ahmad Daud, Faizal Hussein
Pengarah:
Format: 2D
Sinopsis Pusaka :
Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Trailer Pusaka : Teaser | Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "KL Vampires"

KL Vampires (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 November 2019
Genre: Aksi / Seram
Durasi: 1 Jam 54 Minit
Pelakon: Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Doni Alamsyah, Pablo Amirul
Pengarah: Daven R
Format: 2D
Sinopsis KL Vampires : 
Dua kumpulan pontianak, yang mana kedua-duanya berketurunan Raja Bersiong, tidak lagi menghisap darah manusia. Sebaliknya, mereka menggantikannya dengan darah sintetik. Ketika ini, kumpulan pontianak yang paling kuat diketuai oleh Ratu Pontianak bernama Ratu Citra Sari, dibantu oleh ketua komander Shah. Sebuah lagi kumpulan diketuai oleh Argus, anak kepada Panglima Adi Wijaya yang mengkhianati Raja Bersiong, bapa kepada Ratu Citra Sari. Argus cuba membangkitkan semula tentera bapanya, yang dibunuh bersama Panglima itu kira-kira 200 tahun lalu oleh Raja Bersiong menggunakan sihir yang menimbus mereka ke dalam tanah. Walau bagaimanapun, pembangkitan semula itu hanya boleh dilakukan dengan sebilah `pisau bersiong` bersama mantera istimewa.

Trailer KL Vampires : Official


Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Wira"

Wira (Astro Shaw, GSC Movies)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 November 2019
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 48 Minit
Pelakon: Hairul Azreen, Henley Hii, Fify Azmi, Dain Said, Ismi Melinda, Yayan Ruhian
Pengarah: Adrian Teh
Format: 2D
Sinopsis Wira : 
Hassan telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja. Dia kembali ke pangkuan keluarga setelah selesai berkhidmat untuk negara. Demi menyelesaikan hutang adiknya Zain atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja, dia dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee dan Rayyan.

Trailer Wira : Teaser | Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Ejen Ali : The Movie"

Ejen Ali: The Movie (Primeworks Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 28 November 2019
Genre: Animasi
Durasi: --
Pelakon:
Pengarah:
Format: 2D
Sinopsis Ejen Ali: The Movie :
Secara tidak sengaja direkrut sebagai seorang mata-mata, Ejen Ali, 12 tahun, memegang peranannya dalam agensi rahsia MATA sebagai barisan pertahanan baru Cyberaya. Tanpa pengetahuan Ali, MATA telah mengembangkan ciptaannya pada alat Atlas untuk meningkatkan IRIS ke IRIS Neo, mengujinya sebagai peralatan standar untuk semua agen MATA. Ciptaan baru ini membuatkan Ali tertanya dan mempersoalkan tempatnya dan kegunaannya terhadap MATA. 

Trailer Ejen Ali: The Movie : Official #1 | Official #2

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Garang"

Garang (Skop Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 5 Disember 2019
Genre: Aksi / Sukan
Durasi: 1 Jam 39 Minit
Pelakon: Pablo Amirul, Ahmad Maembong, Osman Omar, John Elijah, Chacha Maembong, Emma Maembong
Pengarah: T. Kanageswaran
Format: 2D
Sinopsis /Info Garang : 
Izam merupakan seorang atlet paralimpik dalam acara lumba kerusi roda. Konflik timbul antara dua rakannya, Jasmin dan Reza, yang juga merupakan golongan kurang upaya handal berkerusi roda, apabila Izam ditimpa kemalangan. Perkara itu menyebabkan Jasmin terpaksa meminta bantuan daripada tiga rakan lamanya untuk merungkai konflik tersebut.

Trailer Garang : Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Banglo No.99"

Banglo No. 99 (Xtreme 5 Productions Sdn Bhd)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Disember 2019
Genre: Suspens / Ngeri
Durasi: 1 Jam 36 Minit
Pelakon: Johan As'ari, Datuk Yusof Haslam, Hafeez Mikail, Bkay Nair, Camelia Natasya kmn, Harun Hashim
Pengarah: Khir Mohd Noor
Format: 2D
Sinopsis Banglo No. 99 : 
Berdasarkan kisah benar mengenai 99 Mansion iaitu kediaman Tengku Izzudin yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kesemua ahli keluarganya telah meninggal dunia secara misteri, menyebabkan banglo itu terbiar tidak berpenghuni. 30 tahun kemudian, seorang jurutera dan kontraktor bernama Hisyam ingin meneruskan kerja membaik pulih banglo itu selepas tawarannya dipersetujui oleh firma Putera Shah. Kerja mereka turut dibantu oleh dua rakan sekerja Putera Shah iaitu Rafael dan Camelia. Malangnya, mereka berdepan pelbagai kejadian aneh dan menakutkan ketika bermalam di tepi tasik berdekatan banglo tersebut.

Trailer Banglo No. 99 : Official

Senarai Filem Melayu 2019
Poster "Busut Bonang"

Busut Bonang (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 19 Disember 2019
Genre: Komedi / Seram
Durasi: 1 Jam 31 Minit
Pelakon: Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri
Pengarah: Khalid Nadzri
Format: 2D
Sinopsis Busut Bonang : 
Kematian mengerikan Cikgu Hassan menyebabkan timbul cerita oleh orang kampung bahawa kelibat arwah dilihat berkeliaran di Kampung Bonang untuk mencari pewaris baru. Pada masa yang sama, anaknya Julia turut mengalami gangguan makhlus halus. Pemilik rancangan televisyen "Merungkai Misteri" iaitu Joey dipanggil untuk menyiasat kebenaran di sebalik kejadian itu. Dia turut memperdaya Lutfy, penjual jeruk yang ingin mencari pekerjaan baru, untuk mengikutnya dan Julia. Malangnya, perjalanan mereka bertiga ke Busut telah diganggu oleh Penunggu Busut, menyebabkan mereka sesat.

Trailer Busut Bonang : Official


*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari www.cinema.com.my

Senarai Filem Tahun 2019 | Filem Gempak Melayu Tahun 2019 | Download Filem Melayu 2019 | Trailer Filem Melayu 2019 | Senarai Filem Melayu 2019 | Senarai Filem Aksi Melayu 2019 | Senarai Filem Cinta Melayu 2019 | Senarai Filem Seram Melayu 2019

Post a Comment

0 Comments