recent posts

Apa Jadi Kalau Pakai Cantik-Cantik Masuk Pasar?

Apa Jadi Kalau Pakai Cantik-Cantik Masuk Pasar?

Apa Jadi Kalau Pakai Cantik-Cantik Masuk Pasar? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys. Kalau orang lain pergi pasar, mestilah pakai baju basahan atau baju biasa-biasa sahaja, tetapi lain pula ceritanya dengan seorang wanita ini. Sudahlah wajahnya cantik persis patung 'Barbie', penampilannya yang berbaju labuci dan skirt tutu pink bebola pelangi, membuatkan ramai pengunjung Pasar Besar Awam TTDI (Taman Tun Dr Ismail) terkesima melihatnya sampai ajak bergambar. Yang lucunya, ada juga memberikan pandangan aneh terhadapnya. Ye lah? Cantik-cantik nak kemana kan?

Apa yang menariknya skirt kembang yang digayakan wanita itu, dipercayai salah satu koleksi #poparteikl rekaan tukang jahit termahir Malaysia, Ezuwan Ismail, yang dipersembahkan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 pada Ogos lalu. Serius kelas ya sis pergi pasar pakai baju designer terkemuka di Malaysia.

Apa Jadi Kalau Pakai Cantik-Cantik Masuk Pasar?


Ada satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya iaitu @izubielazaffmarekan, beliau  disapa oleh beberapa peniaga di pasar berkenaan. Mereka seakan mengenali dengan wajah pemilik produk Putih Gebu DBella itu yang sebelum ini pernah tular menerusi artikel Susuk 1 Juta, diterbitkan akhbar Metro Ahad pada 14 Oktober lalu.

Video : 



Izubiela Rasi atau Bella berkata, dia singgah di pasar berkenaan kerana sudah lama tidak menjejakkan kaki ke lokasi seperti itu. Katanya lagi beliau sudah bertahun tak masuk pasar dan tak pernah sekalipun berkunjung ke Pasar Besar Awam TTDI, walaupun rumahnya tidaklah begitu jauh dari pasar tersebut. 

“Kenapa saya berpakaian sebegitu, sebenarnya ada urusan lain selepas itu, sekitar pusat membeli-belah berdekatan.  Selain ingin melihat reaksi orang ramai bila ke pasar dengan berpakaian glamor seperti itu. Ternyata ramai yang seakan pelik dan tak kurang juga minta untuk bergambar” katanya. 

Walau bagaimanapun, Bella mengakui dia gemar berfesyen dan tidak pernah keluar rumah tanpa mengenakan solekan atau dalam keadaan tidak bersiap.  Apa yang melucukan, segelintir netizen tidak menerima baik caranya berpakaian ke pasar sehingga dikecam ‘over’. Bagi Momi sendiri, tak salah kalau nak cantik-cantik pergi pasar, kelainan sikitlah kan? hehe.

Apa Jadi Kalau Pakai Cantik-Cantik Masuk Pasar? Apa Jadi Kalau Pakai Cantik-Cantik Masuk Pasar? Reviewed by Rafzan Tomomi on 12/12/2018 02:30:00 pm Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.