recent posts

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Ini merupakan entri sambungan dari Bahagian 1 - trip bersama Gaya Travel dan KINGZ MG untuk merentasi Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu pada 14 September 2018 - 16 September 2018. Jadi mari sambung baca ya!

Selepas kekeyangan makan dirumah salah seorang anggota Harley Owners Group (HOG) Terengganu, kami meneruskan perjalan dalam masa lima minit ke Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu untuk program CSR. Kehadiran kami disambut mesra oleh penghuni Taman Sinar Harapan. Program CSR ini merupakan salah satu inisiatif dari Kingz MG untuk membantu sedikit sebanyak golongan yang memerlukan.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Disambut mesra oleh adik-adik dari Taman Sinar Harapan.
Untuk pengetahuan anda, Taman Sinar Harapan ini menempatkan lebih kurang 65 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim, miskin dan juga yang mempunyai masalah pembelajaran. Selain itu, mereka juga diajar pelbagai jenis kemahiran yang lain seperti menjahit, mengait, memasak dan sebagainya. Momi sempat melihat beberapa penghuni yang menjahit dan ada yang menjahit alas kaki semasa sesi lawatan ke kelas di Taman Sinar Harapan.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Peserta melihat bagaimana penghuni disini menjahit.

Selepas itu, kami diberi dihiburkan dengan persembahan dari penghuni Taman Sinar Harapan. Mereka menyanyikan lagu 'Anak Kampung' dan 'Warisan' yang membuatkan ramai rasa sebak. Seterusnya, wakil dari Kingz MG menyampaikan sumbangan RM5,300 ke pihak Taman Sinar Harapan. Paling best, anak-anak dari Taman Sinar Harapan diberi peluang untuk menaiki motor bersama peserta selama 5-10 minit. Seronok melihat keletah mereka yang gembira dapat naik motosikal berkuasa tinggi. Sambil itu, kami dijamu dengan minum petang pula. Dalam jam 5.00 petang, kami terus ke Hotel Seri Malaysia untuk berehat.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Peserta berehat sambil menunggu persembahan.

Pada malamnya pula, kami dah bersedia untuk Kingz Annual Dinner di Hotel Seri Malaysia. Bertemakan 'hawaiian', kami dihidangkan dengan makanan steamboat dan BBQ. Majlis malam tersebut memang meriah dengan pelbagai gimik dan persembahan. Paling penting, pada malam Kingz Annual Dinner ini, Kingz MG telah melancarkan sebuah logo baharu untuk memperluaskan lagi kumpulan mereka diseluruh dunia. Kami turut dihiburkan dengan seorang penyanyi 'rock' yang terkenal masakini, Aweera. 

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Kingz Annual Dinner yang diacarakan oleh DJ Nini.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Pelancaran logo baharu Kingz MG.

Hari Ketiga - 16 September 2018
Selamat Hari Malaysia! Seawal 7.30 pagi kami bersarapan pagi dan bertolak pada jam 8.30 pagi untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan itu, kami sempat singgah ke Kemaman, Terengganu untuk menikmati sata dan otak-otak. Kalau dekat Terengganu, rasanya tak sah kalau tak singgah Kemaman. Makanlah kami sampai kenyang hehe.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Peserta beratur untuk menikmati makan pagi.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Sata dan otak-otak.

Selepas itu, perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit juga untuk ke Temerloh, Pahang. Kalau dah singgah Temerloh, mestilah nak makan Ikan Patin kan? Ya, kami singgah di Restoran Terapung D’Mukmin di Batu Satu, Temerloh, Pahang. Ikan patin ini segar-segar tau sebab ia dipelihara sendiri oleh penduduk kampung tersebut. No wonder rasa ikan segar sekali. Alhamdulillah kenyang ! Seterusnya perjalanan diteruskan ke Kuala Lumpur.

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Ikan patin. Sedap !

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Sekitar Restoran D'Mukmin 

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2)
Sekitar Restoran D'Mukmin 

Tepat jam 7.30 malam, kesemua para peserta dan media tiba di Carven Cafe Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Disini kami berkumpul untuk kali terakhir. Seterusnya, kami (media) dihantar ke MaTIC Kuala Lumpur dan pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah, akhirnya selesai trip 3 hari 2 malam yang merentasi pantai timur bersama Kingz MG. Pelbagai cabaran dan rintangan yang kami lalui, akhirnya selesai seperti yang dijadualkan.

Terima kasih diucapkan kepada Kingz MG dan Gaya Travel untuk Eat Travel Ride 2.0. Sepanjang perjalanan sangat menyeronokkan dan penuh cabaran. Semoga aktiviti seperti ini diteruskan pada masa akan datang ya. Untuk maklumat lanjut mengenai Gaya Travel di laman web rasmi Gaya Travel. Jangan lupa ikuti perkembangan mereka di Facebook dan Instagram. Oh ya, jangan lupa ikuti Kingz MG di Instagram ya. 

Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2) Eat Travel Ride 2.0 - Merentasi Pantai Timur Bersama Kingz MG (Bahagian 2) Reviewed by Rafzan Tomomi on 10/04/2018 02:05:00 pm Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.