Langsuir - Movie Review


Langsuir 2018 - Movie Review

Langsuir - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem melayu yang bergenrekan seram romantik iaitu filem "Langsuir". Filem "Langsuir" ini dikeluarkan oleh Guam Teamwork Sdn Bhd dan Nuansa Sdn Bhd.  Filem ini mula ditayangkan pada 20 September 2018 dan telah mendapat respon yang bercampur (positif dan negetif) dikalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Langsuir
Filem Langsuir ini mengisahkan tentang Azlan dan rakan-rakannya bercuti di kepulauan Pulau Langsuir. Di sana, Azlan bertemu Suri, seorang gadis jelita, dan jatuh cinta padanya. Tanpa dia ketahui, Suri sebenarnya adalah hantu langsuir. Cemburu dengan hubungan romantik mereka, rakan Azlan merancang untuk menikam kepala Suri dengan paku untuk mendedahkan rupa hantunya. Tindakan ini telah menyebabkan kakak Suri, Dewi, marah dan dia muncul untuk menimbulkan kekecohan dalam kumpulan itu. (Trailer Langsuir)

Filem yang berdurasi selama 1 Jam 38 Minit ini merupakan arahan Osman Ali. Filem Langsuir membariskan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Firdaus Nadzaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri, Daaim Jailani dan Naza Manas. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan bersama bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun  (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Langsuir 2018 - Movie Review
Poster "Langsuir"

Review Langsuir
Memandangkan filem Melayu tengah meletops buat masa ini, Momi ambil peluang ini menyaksikan filem seram "Langsuir" (walaupun sedih terlepas nak tengok One Two Jaga huhu). Momi mengharapkan sesuatu yang terbaik dari filem ini sebab ia merupakan arahan Osman Ali. Jalan ceritanya ternyata kurang menarik dan sedikit lambat. Mungkin Momi mengharapkan lebih seram berbanding kisah cinta antara manusia dan langsuir. Filem ini diselamatkan dengan komedi yang unexpected , buat Momi gelak tak ingat dunia haha.

Satu yang best mengenai filem Osman Ali, senimatografinya sememangnya memukau dan sangat indah. Pemilihan para pelakon juga sangatlah tepat , lebih-lebih lagu dua watak utama yang dibawakan oleh Hanna Delisha dan Syafiq Kyle. Adengan cinta mereka boleh dikatakan okay juga. Dua watak antagonis dalam filem ini , Zaman dan Kamal sememangnya menjadi sebab Momi tak suka mereka hahaa. Dah tu susah pulak nak mati.

Keseluruhannya, Langsuir adalah sebuah filem yang anda boleh saksikan untuk sekadar hiburan. Rasanya jika Langsuir lebih agresif dan jahat mungkin lebih menarik untuk ditonton. Jika ada peluang, marilah saksikan Langsuir dipawagam sekarang!

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG
Poster Filem Langsuir 2018 Download  | FilemLangsuir 2018 Subtitle | Filem Langsuir 2018  Synopsis | Filem Langsuir 2018 Malay Subtitle | Filem Langsuir 2018  Torrent | Review Filem Langsuir 2018  | Barisan pelakon Filem Langsuir 2018  |  Review Filem Langsuir 2018  Bahasa Melayu | Review Filem Langsuir Malay | Filem Langsuir 2018 Online Streaming 

Post a Comment

1 Comments

Cik Nor said…
wow..best ni..:)