Hell Fest - Movie Review

Hell Fest - Movie Review

Hell Fest - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem melayu yang bergenrekan seram ngeri iaitu filem "Hell Fest". Filem "Hell Fest" ini dikeluarkan oleh Lionsgate dan CBS Film.  Filem ini mula ditayangkan pada 27 September 2018 dan telah mendapat respon yang baik dikalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Hell Fest
Filem Hell Fest ini mengisahkan tentang sekumpulan rakan mengunjungi taman tema yang dipanggil Hell Fest. Di sana, mereka menjadi mangsa kepada seorang pembunuh bersiri bertopeng yang menjadikan taman tema hiburan itu sebagai tempatnya mengganas. Dia telah menyerang rakan-rakan itu tetapi pengunjung lain menganggap ia hanya sebahagian daripada persembahan di sana. Dapatkah mereka menyelamatkan diri dari dibunuh? (Trailer Hell Fest)

Filem yang berdurasi selama 2 Jam ini merupakan arahan Gregory Plotkin. Filem Hell Fest membariskan pelakon hebat seperti  Bex Taylor-Klaus, Amy Forsyth, Reign Edwards, Christian James dan penampilan istimewa, Tony Todd. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun keatas  (18) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Poster Hell Fest


Review Hell Fest
October is coming! Maksudnya mereka yang menyambut Halloween pasti tidak sabar untuk trick or treat kan? (well, dekat Malaysia rasanya takde kot haha). Okay, baru-baru ini Momi telah mendapat pass menonton filem Hell Fest oleh Hangat.com (terima kasih Hangat!) di Sunway Velocity. Serius sangat teruja nak tengok sebab ia filem seram dan ngeri yang berkaitan dengan taman tema.

Bagi Momi jalan ceritanya menarik dan ia berlaku pada satu malam sahaja. Terdapat banyak babak yang mencemaskan dan ngeri, jadi kalau tak kuat please tutup mata macam Momi eh? haha. Jalan ceritanya seperti boleh diagak dan tiada plot twist. Pada bahagian akhir meninggalkan banyak tanda tanya kepada penonton, Momi fikir "kenapa dan mengapa?".

Sebenarnya semasa menonton , Momi agak teruja dengan taman tema seram dalam filem ini sebab banyak attraction yang best dan menyeronokkan. Lagi-lagi masa dekat 'Dead Land' dimana hantu boleh menyentuh pengunjung, which is bestnya! Kadang-kadang Momi rasa macam taman tema ini seakan taman tema dalam 'Final Destination 3' (2006).

Keseluruhannya, Hell Fest merupakan sebuah filem yang menarik untuk anda tonton. Bagi anda yang suka pergi rumah hantu tu, eloklah pergi menonton filem ini. :)

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG
Poster Filem Hell Fest 2018 Download  | Filem Hell Fest 2018 Subtitle | Filem Hell Fest 2018  Synopsis | Filem Hell Fest 2018 Malay Subtitle | Filem Hell Fest 2018  Torrent | Review Filem Hell Fest 2018  | Barisan pelakon Filem Hell Fest 2018  |  Review FilemHell Fest 2018  Bahasa Melayu | Review Filem Hell Fest Malay | Filem Hell Fest 2018 Online Streaming 

Post a Comment

0 Comments