Hantu Kak Limah - Movie Review



Hantu Kak Limah - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem melayu yang bergenrekan komedi seram iaitu filem "Hantu Kak Limah". Hantu Kak Limah merupakan filem yang ketiga dalam siri filem Hantu Kak Limah dan dikeluarkan oleh Astro Shaw. Filem ini mula ditayangkan pada 9 Ogos 2018 (Malaysia) dan telah mendapat respon yang bercampur (positif dan negetif) dikalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Hantu Kak Limah
Filem Hantu Kak Limah ini mengisahkan Kak Limah telah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Bagaimanapun, tragedi di sebalik kematian Kak Limah masih belum diketahui. (Trailer Hantu Kak Limah)


Filem yang berdurasi selama 1 Jam 55 Minit ini merupakan arahan Mamat Khalid. Filem ini membariskan pelakon hebat seperti Awie, Delimawati, Rab Khalid, TJ Isa, Sharwani, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan bersama bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun  (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

Review Hantu Kak Limah
Tak sabarnyaaa nak menonton Hantu Kak Limah! Walaupun terpaksa delay hampir seminggu untuk menonton tapi akhirnya dapat juga tengok. Mungkin kerana penangan filem pertamanya, "Hantu Kak Limah Balik Rumah" (2010) pastinya ramai yang tak sabar nak menonton filem arahan Mamat Khalid ini sebab baru sahaja sehari ditayangkan dah kutip RM1.8 Juta dan empat hari tayangan berjaya mengutip RM9 juta! Memang awesome-lah.

Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan humor. Seperti kita sedia maklum, filem Mamat Khalid kebiasaanya luar dari kotak pemikiran kita. Jadi boleh dikatakan gelak ketawa dari mula sampai habis dan adakalanya gelak lewat sikit sebab mungkin Momi lambat pick-up haha. Yang paling menarik, filem ini buat Momi rasa unsur seramnya berbanding filem pertamanya.

Rasa teruja apabila dapat tengok Kak Limah jadi Hantu ni. Rasa seram tu lebih sebab karakter Kak Limah jadi hantu ni memang nampak lebih seram dan 'real' berbanding filem pertamanya. Momi  rasa barisan pelakon semua memang best dan sebenarnya lebih tertarik dengan karakter "Wani" (lakonan Sharwani NS) dan "Nayan" (lakonan Ropie Cecupak) sebab watak mereka 'memorable' dalam filem ini. Yang bestnya, ada beberapa cameo seperti Erra Fazira, Dato' Seri Vida dan Jue Aziz. Hmm Tiba-tiba rindu beberapa watak dalam filem pertama kan?

Keseluruhannya, Hantu Kak Limah sebuah filem yang menghiburkan dan mengisi masa anda dengan lawak santai dari Mamat Khalid ni. Walaupun agak kurang sedikit dari filem pertamanya, tetapi filem Hantu Kak Limah pastinya menjadi salah satu filem yang anda wajib tonton di panggung wayang. Banyak nak cerita sebenarnya tapi rasanya lagi best anda pergi sendiri menonton hehe.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG
Poster Filem Hantu Kak Limah 2018 Download  | Filem Hantu Kak Limah 2018 Subtitle | Filem Hantu Kak Limah 2018  Synopsis | Filem Hantu Kak Limah 2018 Malay Subtitle | Filem Hantu Kak Limah 2018  Torrent | Review Filem Hantu Kak Limah 2018  | Barisan pelakon Filem Hantu Kak Limah 2018  |  Review Filem Hantu Kak Limah 2018  Bahasa Melayu | Review Filem Hantu Kak Limah Malay | Filem Hantu Kak Limah 2018 Online Streaming

Post a Comment

1 Comments

Suria Amanda said…
Dengar citer ni gempak giler..akak nak pi tgok Sabtu ni..kutipan pun dah lebih 9 Juta kutipan kan...