Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Siapa pernah menjejakkan kaki ke Melawati Mall? Rata-rata ramai kenalan Momi pernah jejakkan kaki ke sana. Terletak di Taman Melawati dan berdekatan dengan lebuhraya MRR2, dari tepi highway memang dah nampak tersegam indah Melawati Mall ini. Jadi baru-baru ini, Momi bersama rakan Blogger telah ke Melawati Mall sempena "Melawati Mall Passport Tour" bersama Blogger untuk melihat 27 tempat yang boleh dikunjungi disana, Sudah bersedia untuk melihat 27 tempat yang best untuk dikunjungi?

01 San Francisco Coffee
Tingkat : GF
Nomber Kedai : GF-27

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Sesuai untuk mereka yang 'hangout' bersama rakan-rakan. Menariknya hanya cawangan San Francisco Coffee di Melawati Mall menggunakan konsep baru dan lebih nampak 'fresh' gitu. Menu dekat sini memang best tau. Momi sempat merasa Mango Madness dan Club Sandwich. Nyumms!

02 U.S. Polo Assn.
Tingkat : GF
Nomber Kedai : GF-24

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

U.S Polo Assn. merupakan produk berjenama rasmi dari United States Polo Association (USPA). Kedai ini dipenuhi dengan barangan dari U.S. Polo Assn. seperti pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, seluar dan barang hiasan. menswear, womenswear, childrenswear as well as pants and aksesori.

03 Wah Chan
Tingkat : GF
Nomber Kedai : GF-04

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Konsep kedai baru dari Wah Chan ini memang bersinar. Wah Chan menjual pelbagai barang kemas termasuk diamond, gem dan white gold. Wah Can merupakan penjual barang kemas ketig terbesar di Malaysia dan memiliki lebih 37 cawangan diseluruh Malaysia.


04 Max Fashion
Tingkat : GF
Nomber Kedai : GF-32-35

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Max merupakan salah satu jenama terkemuka di timur tengah dengan 425 cawangan di 1 negara. Di Max, mereka menawarkan lebih dari 3,000 jenis rekaan dibawah RM39 untuk pakaian wanita, lelaki, dan kanak-kanak. Selain itu, Max Fashion turut menjual kasut, beg tangan dan pakaian dalaman. Memang best shopping sini!

05 The Travel Store
Tingkat : L1
Nomber Kedai : L1-31

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Mula dibuka sejak tahun 2005, The Travel Store merupakan jenama yang tidak asing lagi bagi mereka yang mencari barang untuk travel. Kebanyakkan yang dijual adalah beg untuk travel. Rasanya mereka yang cari beg untuk travel tu, disinilah tempatnya.

06 Elianto
Tingkat : L1
Nomber Kedai : -

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Elianto merupakan jenama yang sangat terkenal , terutamanya yang memang suka menjaga kecantikan dan penampilan. Bukan alatan makeup, turut dijual produk penjagaan kulit.

07 Common Sense
Tingkat : L1
Nomber Kedai : L1-08

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Merupakan cawangan kesembilan (9), Common Sense kini tiba di Melawati Mall. Common Sense menawarkan T-shirt dengan ikon yang kenali di serata dunia seperti Coca-Cola, SpongeBob, Disney, Garfield, Sesame Street, Transformers dan banyak lagi. Menariknya design T-shirt di Comman Sense sangat comel dan Momi pilih baju SpongeBob untuk dibawa pulang. Harga sekitar RM19.00 - RM89.00.

08 A-Saloon+
Tingkat : L2
Nomber Kedai : L2-13

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Untuk penjagaan rambut pula, anda boleh ke A-Saloon+.Jom datang ke A-Saloon+ untuk merasai pengalaman ke saloon terbaik ini.


09 AsterSpring
Tingkat : L2
Nomber Kedai : L2-14

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Mulakan #skingoals dengan penjagaan kulit anda di AsterSpring. Momi berkesempatan singgah ke #AsterSpring dengan melihat pelbagai produk Dermalogica yang baru. Untuk mereka yang pertama kali ke sini, ada berita baik buat anda! Enjoy pakej RM1,256 dengan harga RM500 sahaja termasuk rawatan dan produk. Cepat ya sebab ia hanya untuk waktu yang terhad. Untuk maklumat lanjut, boleh ke Instagram AsterSpring.

10 Jubahsouq
Tingkat : L2
Nomber Kedai : L2-14

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak
Untuk mereka yang mencari jubah yang cantik dan moden, anda boleh ke Jubahsouq ya. Terdapat pelbagai koleksi yang menarik untuk anda pilih. Selain itu, terdapat baju lelaki dan juga kanak-kanak.

11 Young Hearts
Tingkat : L2
Nomber Kedai : L2-01

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Khas untuk para wanita yang mencari pakaian untuk tidur. Young Hearts menampilkan fesyen yang menarik, feminin dan berjiwa muda. Pastinya sisters kena shopping dekat sini hee.

12 Toys'R'Us
Tingkat : L2
Nomber Kedai : L2-36

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Toys"R"Us memang tidak asing lagi untuk kanak-kanak. Menjual pelbagai barang permainan yang menarik dan sangat berbaloi untuk anda dapatkan. Anak anda pasti akan duduk lama dalam Toys'R'Us ni hahaha.

13 MPH Bookstores
Tingkat : L2
Nomber Kedai : L2-37

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Berita baik buat ulat buku, MPH Bookstores kini dibuka di Melawati Mall. Momi dan keluarga selalu juga shopping dekat MPH ni sebab barang keperluan untuk alat tulis serta buku yang best ada dekat MPH. Menariknya ada diskaun 50% untuk buku keluaran USBORNE BIG PICTURE ATLAS dan diskaun juga untuk Sassy & Inky. Buku yang Momi pegang tu "The Cofesstion" juga dijual di MPH Bookstore. 


14 Baba Nyonya
Tingkat : L3
Nomber Kedai : L3-07

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

It's makan time! Menghidangkan seleksi makanan tempatan. Momi suka dengan dekorasi di Baba dan Nyonya ini sebab cantik sangat. Momi sempat merasa mihun goreng dan karipap masa singgah dekat sini.

15 NY Steak Shack
Tingkat : L3
Nomber Kedai : L3-08

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Nyum! Nyum! Makan dekat NY Steak Shack pula. Semasa Momi datang, mereka menghidangkan Sharing Platter untuk Poultry Platter. Poultry Platter mengandungi "Rosemary Chicken" diatas "Pumpkin Rice" bersama "French Fries" dan "Mixed Veggie" serta "Chicken Cevapis". Selain itu, ia turut didatangkan bersama "Sizzling Duck Chop". So yummy!


16 Sopoong
Tingkat : L3
Nomber Kedai : L3-20

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Bagi anda yang pertama kali mendengar nama "Sopoong", ia bermaksud "Picnic" dalam bahasa Korea. Pelbagai sajian dari Korea yang boleh anda cuba tau. Momi rasa macam-macam sampai repeat dua tiga kali juga. Lagi-lagi yang Rice Cake, memang favourite! Selain itu ada Bibimbap, Bulgogi, Topokki dan banyak lagi.

17 GOOD2U
Tingkat : L3
Nomber Kedai : L3-17B

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Di GOOD2U, anda boleh dapatkan pakaian yang berkualiti, bergaya, berjenama dan berpatutan. Mereka mengenengahkan nama besar, label pereka, jenama terkenal dan pelbagai lagi barangan yang pastinya sangat berbaloi untuk anda dapatkan untuk seisi keluarga. 

18 Me Clinic
Tingkat : L6
Nombor Kedai : L6-18

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Me Clinic menyediakan kemudahan moden dan perkhidmatan medispa untuk memenuhi keinginan estetik anda. Pelbagai rawatan yang boleh dilakukan disini. Make sure buat tempahan tau. hehe

19 Kid Zone
Tingkat : L6
Nombor Kedai : L6-21-22

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Memang wajib ada dekat setiap Shopping Mall. Momi berpeluang untuk masuk dan bermain didalam bersama kanak-kanak yang lain. Kid Zone ini sangat luas dan memang selesa tau.

20 Row Six
Tingkat : L6
Nombor Kedai : L6-07

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak
Menghidangkan masakan tempatan dari Asia Tenggara. Nanyang dikenali sebagai rujukan Asia Tenggara kepada penduduk etnik Cina etnik di negara-negara ini. Momi sempat merasa sate, kepak ayam dan spring rolls dekat Row Six, memang awesome!

21 Pizza Hut
Tingkat : L3
Nombor Kedai : L3-

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Tak tahu nak makan dekat mana? Makan dekat Pizza Hut-lah. Momi berkesempatan merasa Madu Padu Pizza sempena Promosi Ramadan dan Raya. Madu Padu Pizza memang padu dengan 'chicken bites', 'diced cheese' dan toppingnya "special honey drizzle and crispy tortilla". Sah sehingga 14 Julai 2018.

22 Kek Span Oree
Tingkat : L3
Nombor Kedai : L3-

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Sebelum ni pernah dengar tentang Kek Span Oree? Anda boleh dapatkan Kek Span Oree dengan 3 perisa iaitu Original, Coklat dan Cheese.Memang lembut ya kek di Kek Span Oree. Tak percaya? Boleh datang, beli dan rasa sendiri. Memang terbaik!

23 Hei Sushi
Tingkat : L3
Nombor Kedai : L3-23 & 24(B)

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Menghidangkan seleksi makanan jepun yang sangat sedap. Peminat makanan jepun pastinya akan teruja datang sini , lagi-lagi peminat sushi. Nyummm!

24 Pot Lover Center
Tingkat : LG
Nombor Kedai : LG-20

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Menjual pelbagai aksesori dan makanan untuk haiwan peliharaan terutamanya kucing, anjing, hamster dan banyak lagi.

25 Daily Fresh
Tingkat : LG
Nombor Kedai : L3-23 & 24(B)

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Daily Fresh menjual seleksi makanan ringan seperti Wafito, Ice Kimo yang sejuk, ais krim Gelato yang rendah lemak dan Sweet Cup yang terkenal. Daily Fresh dipasarkan melalui kafe atau konsep kios di pusat membeli-belah untuk mengutamakan keselesaan dan mudah untuk dicari oleh para pelanggannya. Memang sedap!

26 Pappa Roti & Kris Krust
Tingkat : LG
Nombor Kedai : LG-26

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Menggabungkan dua jenama yang terkenal dalam satu kedai. Pappa Roti menghidangkan roti coffee caramel mereka yang memang kegemaran ramai. Manakala, Kris Krust pula menghidangkan makanan signature mereka, Hand-folded Puff Pastry. Rasanya berbaloi untuk anda makan sambil berborak bersama rakan-rakan.

27 Fitness First
Tingkat : L6
Nombor Kedai : L6-0

Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak

Akhir sekali, dah selesai makan dan jalan-jalan tu marilah kita bersenam pula ya. Sudah lama rasanya tak bersenam hehe. Fitness First membantu anda untuk mencapai tahap kecerdasan anda. Gym yang lengkap dengan pelbagai alatan untuk excersice. Jika anda berminat, boleh daftarkan diri di FItness First. |  Melawati Mall Tour - Apa Yang Best Dekat Melawati Mall, Setapak?

Sebenarnya banyak lagi kedai dan restoran yang best untuk dikunjungi. Kalau sempat nanti Momi singgah lagi ya hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai Melawati Mall, sila layari laman web rasmi Melawati Mall. Selain itu, anda boleh ikuti perkembangan, event dan promosi yang terdapat di Melawati Mall, sila ikuti di Facebook dan Instagram


Post a Comment

1 Comments

Portal HRs said…
Memang sangat menarik... Team Propa Rangers pun dah lama tak ke sana..