A Wrinkle in Time - Movie Review

by - 3/12/2018 10:07:00 pm

A Wrinkle in Time - Movie Review

A Wrinkle in Time - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem yang bergenrekan pengembaraan, kekeluargaan dan fantasi sains iaitu filem "A Wrinkle in Time". A Wrinkle in Time merupakan filem yang diadaptasi dari novel hasil nurkilan Madeleine L'Engle dengan tajuk yang sama dan dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini mula ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan telah mendapat review yang memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis A Wrinkle in Time
Filem A Wrinke in Time ini mengisahkan Meg Murry menghadapi masalah selepas ayahnya, Dr. Alex Murry, yang merupakan seorang saintis hilang 4 tahun. Meg Murry bekerjasama dengan adiknya Charles Wallace yang sangat bijak, rakan kelasnya Calvin O`Keefe dan tiga pengembara angkasa lepas iaitu Mrs Which, Mrs. Who dan Mrs. Whatsit untuk menyelamatkan bapanya yang ditawan di sebuah planet yang jauh dari bumi.  (Trailer A Wrinkle in Time)
Filem yang berdurasi selama  1 Jam 50 Minit ini merupakan arahan Ava DuVernay. Ia membariskan pelakon yang hebat seperti prah Winfrey, Reese Witherspoon, Mindy Kaling, Storm Reid, Zach Galifianakis, Chris Pine, Deric McCabe dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D sahaja.

A Wrinkle in Time - Movie Review
A Wrinkle In Time Poster
credits photo to comingsoon.net



Review A Wrinkle in Time
Tiada dalam senarai untuk ditonton sebenar, tapi selepas didesak oleh Adik, Momi pon ikut lah sama-sama menonton filem A Wrinkle in Time. Sebelum menonton, memang tertarik juga dengan trailer filem ini sebab ada feel Tomorrowland (2015) gitu. Dari segi jalan cerita, Momi rasa menarik juga walaupun permulaannya agak perlahan.  Jangkaan Momi seperti meneroka sebuah planet yang cantik dan misteri yang ada disitu tetapi jangkaan Momi kurang tepat dan lebih kepada misi menyelamatkan ayah Meg Murry.

Apa yang Momi suka dalam filem ini ialah karakter Mrs. Whatsit lakonan Reese Witherspoon dan adik kepada Meg Murry, Charles Wallace lakonan Deric McCabe. Karakter utama, Meg Murry kurang sikit mungkin sebab karakternya tidak bersemangat dan terlalu emosi hehe. Karakter lain pula melakonkan watak masing-masing dengan baik. Tak sangka Chris Pine dah jadi ayah orang dah haha. | A Wrinkle in Time - Movie Review

Cerita bab senimatografinya pula memang terbaik. Anda akan melihat warna warna dekat planet tersebut. Well, CGI juga tidak mengecewakan. Rasanya Disney invest more dekat CGI untuk filem ini hehe. Yang paling Momi suka ialah design costume yang ditonjolkan dalam filem ini semuanya cantik-cantik, lagi-lagi yang tiga pengembara angkasa lepas punya baju : Mrs Which, Mrs. Who dan Mrs. Whatsit. Lagu runut bunyi dan skor muzik juga memang menarik. Kiranya lagu-lagu dalam filem ini kedengaran segar dan up-to-date. Menampilkan lagu "Flower of the Universe" dinyanyikan oleh Sade, "Worrior" (Chloe x Halle), "I Believe" (DJ Khaled featuring Demi Lovato) dan "Magic" (Sia).

Keseluruhannya, sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Dapat juga cuci mata melihat keindahan CGI dalam filem ini. Ada masa terluang singgahlah menonton di panggung wayang berdekatan. :)

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG
Poster A Wrinkle in Time 2018 Download  | A Wrinkle in Time  2018 Subtitle | A Wrinkle in Time  2018  Synopsis | A Wrinkle in Time  2018  Malay Subtitle | A Wrinkle in Time  2018  Torrent | Review filem A Wrinkle in Time  2018  | Barisan pelakon A Wrinkle in Time  2018  |  Review filem A Wrinkle in Time  2018  Bahasa Melayu | Review A Wrinkle in Time  2018  Malay | A Wrinkle in Time  2018  Online Streaming

You May Also Like

0 comments