Cara Deactivate Akaun Instagram

by - 2/26/2018 04:17:00 pm

Cara Deactivate Akaun Instagram

Cara Deactivated Akaun Instagram | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Entri kali ini Momi nak kongsi dengan anda cara untuk menyahaktifkan (deactivated)akaun Instagram anda. Momi menerima banyak soalan dari rakan-rakan tentang deactivated akaun Instagram mereka. Momi bertanya juga pada mereka yang mahir tentang Instagram, jadi Momi sudah jumpa jawapan kepada persoalan anda.

Deactivated Akaun Instagram
Jika anda rasa ingin menyahaktifkan akaun anda buat sementara waktu, anda perlulah buka Browser di Desktop dan log masuk akaun Instagram anda disitu. Ini kerana jika anda tidak boleh deactivated akaun Instagram melalui Smartphone. Hanya boleh dilakukan di Web Browser sahaja. Berikut adalah langkah-langkah untuk deactivated akaun Instagram : 

1. Log Masuk akaun Instagram anda di www.instagram.com.
2. Sila klik pada  untuk ke Profile anda.
3. Kemudian, klik pada "Edit Profile".
4. Klik pada "Temporarily delete my account" untuk menyahaktifkan akaun anda (seperti gambar dibawah) : 

Cara Deactivated Akaun Instagram
Cara Deactivated Akaun Instagram 

5. Selepas itu, sila pilih sebab mengapa anda ingin menyahaktifkan akaun anda (rujuk nombor 1 dalam gambar dibawah). Kemudian, anda mestilah isi password akaun instagram (rujuk nombor 2). Akhir sekali, klik pada "Temporarily Disable Account" (rujuk nombor 3). 

Cara Deactivated Akaun Instagram
Cara Deactivated Akaun Instagram 

6. Selesai.

Peringatan : Untuk deactived akaun ini hanya buat sementara waktu. Jika anda ingin log masuk, hanya log masuk seperti biasa. 

Semoga entri ini dapat membantu anda untuk mencari penyelesaian cara nak deactived akaun Instagram. Untuk mereka yang nak delete akaun serta merta, Momi masih belum lagi jumpa bagaimana. Kalau ada, jangan lupa kongsi diruangan komen ya. Untuk maklumat lanjut sila layari Help Instagram untuk rujukan. Selamat mencuba ya gais!


You May Also Like

1 comments