KoffeeKabin - Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Baru-baru ini Momi ke Senawang, Seremban untuk ke rumah kawan disana. Kebetulan masa tu tengah lapar, jadi kami cari mana-mana kedai makan Senawang yang menarik yang boleh disinggah. Tengah jalan-jalan tu ternampak sign 'Koffee Kabin'. Jadi kami pon singgah makan dekat KoffeeKabin, mana tahu ada makanan yang best-best untuk Momi makan hehe. Jom kita lihat apa makanan yang menarik dekat sini.
 |
Signboard "KoffeeKabin" |
Sebelum nak cerita pasal makanan, Momi nak cerita lah serba sedikit mengenai
tempat makan best Senawang ni. Lokasi
KoffeeKabin yang strategik dan senang untuk dijumpai tau, sebab ia berada betul-betul belakang Bank Islam. Momi rasa
kafe ini sangat sesuai buat mereka yang suka lepak bersama kawan-kawan. Satu lagi, kafe ini berkonsepkan kopitiam dengan meja bulat dan kerusi serta diselitkan dengan konsep
hipster. Memang cantik dan kemas. Selain itu, KoffeeKabin ada Wi-fi percuma tau, seronoklah bagi mereka yang suka lepak tu.
 |
Ruang Makan Selesa & Kemas |
 |
Pengunjung Menikmati Makanan Di KoffeeKabin |
Okay sekarang masuk pula bab makanan. Dekat KoffeeKabin ini, mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan dari sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam. Hidangan yang sering diorder pengunjung adalah masakan melayu dan
western. Terbaru, KoffeeKabin memperkenalkan menu baru yang dipanggil "Nismilan" yang bermaksud "Negeri Sembilan" yang menghidangkan makanan dengan nama yang unik.
 |
Antara Makanan Yang Momi Order |
Dari segi minuman pula, tidak sah kalau tidak menghidangkan kopi. Pelbagai jenis minuman kopi dan teh tak kira panas, sejuk mahupun
blended turut dijual di KoffeeKabin. Selain itu, mereka turut menyediakan menu air
"Special Drink" yang menggunakan nama tempat di Negeri Sembilan seperti "The Royal Menanti", "Deep Purple Jolobu" dan banyak lagi. Unik betul nama-nama air ini. |
KoffeeKabin - Tempat Makan Best Dekat Senawang, Negeri Sembilan
 |
Makan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah |
Menarik kan? Memandangkan Momi lapar sangat masa tu, terus rasa nak makan Nasi Lemak + Ayam Berempah + Telur Goreng, yang merupakan
personal favourite Momi. Memang pilihan Nasi Lemak kena dengan selera Momi, rasa nak tambah rasanya wak hehe. Okaylah, anda pasti nak tahu kan Momi makan apa dekat
Kafe Senawang, KoffeeKabin . Jom kita tengok sikit :
Menarik kan? Sebenarnya banyak lagi pilihan untuk anda cuba. Nak makan semua menu dekat sini rasanya memang sehari tak cukup ni hehe. Kami tidak perlu menunggu lama untuk dapatkan makanan. Layan dari Koffee Kabin juga memang terbaik. Jika anda jalan-jalan area Senawang,
why not datang makan bersama keluarga. Harganya juga sangat berpatutan.
Menu selanjutnya anda boleh lihat disini.
Waktu Operasi KoffeeKabin
Dibuka Setiap Hari (Kecuali Jumaat)
10.30 Pagi - 10.30 Malam
Alamat KoffeeKabin
435, Jalan Pusat Bandar Senawang 18
70450 Senawang
Negeri Sembilan
Untuk maklumat lanjut mengenai
KoffeeKabin, sila layari
Laman Rasmi KoffeeKabin. Untuk media sosial, anda boleh ikuti mereka di
Facebook dan
Instagram.
22 Comments
heee bila singgah senawang, boleh la mat try!
ReplyDeletebetul mat. nanti singgah ya :D
DeleteHari tu gi senawang tapi tak tau pula tempat makan ni.. Nak kena pergi semula nanti nak try rasa menu2 kt sini hehe
ReplyDeletemakanan-makanan kt sini nampak sedap semuanya... boleh pi try time cuti nanti
ReplyDeletePergh lihat makanan nya nampak bergitu menyelerekan, keep on the good job. Tapi pastikan displin pekerja sentiasa dalam keadaan tip top sentiasa . Ini bagi menjamin kesetian pelangan untuk selalu datang.
ReplyDeleteLaksa tu yummy sangat oi!
ReplyDeletewah, cantik yer deko kedai ni, pilihan makanan dan minuman pun sedap2 belaka
ReplyDeleteterus perut berbunyi bila tgk makanan yg terhidang..
ReplyDeleteNampak menarik lah koffeekabin nie. Ambience dia pon nice. InsyaAllah nak terjah ke sana nanti
ReplyDeleteboleh tahan tengok makanan dia..kalau pergi negeri sembilan boleh cuba
ReplyDeleteSelalu juga pergi area Senawang dulu tapi tak pula pasal kweujudan cafe ni. 1 day nak kena singgah lah koffeekabin ni.
ReplyDeleteAlahai sedapnya laksa. Teringin pulak nak makan
ReplyDeleteKadang2 pi senawang. Ke kilang belakang tu. InsyaAllah nanti bleh cuba restoran ni. Hehehe. I loikkkeee western food Ala Malaysian. Hehe
ReplyDeleteWowww sampai ke Senawang dia makan ek... Hari tue, nak ke senawan sewaktu Zuan kahwin, malangnya harinya sama pula dengan kahwin adik ipar.
ReplyDeleteSedap weh nampak makanan dia.
ReplyDeleteMomi pakai filter apa dekat gambar ni? Nampak cantik gila
Hometown I.. nak balik dan try koffee kabin ni.. macam sedap je..
ReplyDeleteNanti Rawlins pindah Seremban senang la nak pergi ke sana. TQ Momi sebab share info pasal KoffeeKabin nie.
ReplyDeleteAlaa jauhnya senawang..tpi kalau ke area sana nnt boleh la try..tq momi
ReplyDeleteRafzan! Menariknya menu dekat KoffeeKabin ni ! Air dia tu buat auni punya air liur ni nak meleleh je ni! Konsep kedai dia Kopitiam dan mesti makanan pun setaraf Kopitiam lain kan. Nanti la kalau kesana auni nak singgah. Thank you Rafzan for sharing!
ReplyDeleteSekarangkan Bonde memang kerap lalu area Senawang ni... sebab hantar anak balik hostel dekat rembau, minggu lepas dah pekena cendol weekend ni bolehlah singgah sini pula... tq info
ReplyDeletenanti kita makan kat koffeekabin lagi ek momi
ReplyDeletenice review.. menu nmpk yummylicious, blh try nnti
ReplyDelete