Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Tahukah anda, KFC sedang mempromosikan hidangan terbaru mereka, KFC Chizza. Rasanya iklan KFC Chizza ni ada dimana-mana. Jadi baru-baru ini Momi menghadiri KFC Chizza Fans Party di GSC Nu Sentral pada 28 Disember 2017 yang lalu. Selain dari KFC Chizza, KFC juga belanja kami menonton wayang filem "Pitch Perfect 3". 

Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

KFC Chizza Fans Party
Pendaftaran dibuka seawal jam 6.30 petang. Momi bersama Abadik, Amy dan rakan Blogger yang lain sempat juga bergambar dekat Photobooth yang disediakan. Selain itu, kami juga dihidangkan KFC Chizza, pop corn dan air mineral semasa majlis berlangsung. Beberapa aktiviti menarik yang dijalankan sementara menunggu tayangan filem "Pitch Perfect 3" pada jam 8.00 malam antaranya teka lagu dan persembahan Koir "Mashup Medley" dari SMK Raja Jumaat. Serius aca-awesome!


Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

KFC Chizza
KFC Chizza merupakan sebuah hidangan kombinasi sempurna filet ayam Hot & Spicy bersama isi Pizza. Menaikkan lagi rasa Chizzanya, ramuan yang dicampur bersama adalah ketulan nanas, bawang, herba serta keju mozarela dan sos pizza tomato. Sesuatu kelainan yang menggantikan kerak pizza dengan menggunakan filet ayam Hot & Spicy. Awesome kan?

Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

KFC Chizza boleh didapati secara ala carte bermula hanya RM7.90. Ia juga boleh didapati di dalam kombo yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat. Selain itu, anda juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat. Ia kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara sementara stok masih ada. Rasanya anda patut cuba at least sekali sebelum terlepas promosi ini! | Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party

Aca-awesome Di KFC Chizza Fans Party !

Terima kasih KFC Malaysia atas jemputan ke KFC Chizza Fans Party. Kami sangat have fun dan sangat terhibur dengan aktiviti yang dijalankan. Siap dapat makan KFC Chizza lagi. Filem "Pitch Perfect 3" pon awesome juga, memang kena mashup KFC Chizza dan Pitch Perfecr 3 ni hehe.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KFC Malaysia di www.kfc.com.my.


Post a Comment

1 Comments

sitirohaida said…
uih...nampak menyelerakan la chizza ni...