recent posts

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.


Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah. | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Selepas dua bulan menanggung sakit di ICU PPUM, ayah telah pergi menghadap Illahi pada Selasa, 12 Disember 2017 pada jam 5.25 petang. Tak sangka tahun 2017 adalah tahun terakhir bersama arwah ayah. Hari ini sudah seminggu berlalu, namun banyak kenangan bersama ayah sentiasa berputar diingatan. 

Dua minggu sebelum pemergian ayah, doktor ada kata dekat emak nak jumpa semua ahli keluarga. Esoknya tiada sebarang perjumpaan. Sebenarnya sudah beberapa kali doktor nak jumpa, lama-lama kami tenang bila doktor kata nak jumpa. Bila emak kata "hari ni ayah buka mata, seronok borak dengan ayah", Momi turut gembira dan tak sabar nak balik kerja jumpa ayah.

Baca Juga : Get Well Soon Ayah | Ayah, Bukalah Mata | Rindu Suara Ayah | Stay Strong, Ayah

Sehari sebelum pemergian ayah, semuanya seperti biasa yang biasa kami lalui. Bila panggil "ayah, ayah" kebiasaanya ayah akan buka mata, tapi kali ni ayah tidak respon. Seperti biasa ayah hanya gerakkan tangan sahaja. Saat itu hanya mampu doakan yang terbaik.

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.

Tanggal 12 Disember 2017. Permulaan hari yang cukup tenang. Semuanya seperti sedia kala. Tepat jam 2.48 petang, Momi terima pesanan dari Abadik dalam group keluarga kami.

"Salam semua. Semoga tabah. Tadi doktor dah jumpa, bagitau. Ayah dah tenat sangat. Sekarang tinggal support saja. Ikut keadaan sekarang, hari ini atau esok. Ayah semakin nazak dan dah hari ni memang tercungap-cungap je."

"ICU dah benarkan sesiapa boleh jumpa walaupun bukan waktu melawat. 2 orang sekali."

"Apa yang doktor kata, sama je macam sebelum ni. Cuma hari ni, kondisi semakin teruk."

"Semuanya bergantung kepada ayah saja. Cepat atau lambat... Doktor tak boleh cakap, tapi anytime jantung boleh berhenti."

"Doktor minta kita bersedia."

Masa baca pesanan itu, air mata mengalir tanpa henti. Sambil buat kerja, sambil tu air mata keluar. Pernah bagitahu kawan-kawan "Momi dah bersedia apa apa terjadi" , walaupun hakikatnya Momi belum bersedia. Momi cuba untuk tidak bagi orang nampak, cuba tenangkan diri.

Tepat jam 5.00 petang terus gerak ke ICU tumpang kereta kak Fara. Sampai sana terus masuk bilik tanpa pas pelawat seperti sebelum itu. Hati sudah rasa sebak. Sampai dekat katil 15, ramai orang keliling katil ayah. Jantung berdegup laju, air mata terus mengalir. Ya Allah, masa itu ayah sedang nazak. Terus peluk ayah sambil mengucap beberapa kali. Tiba-tiba mesin berbunyi. Doktor terus datang, check ayah dan kata "Encik Rahim sudah meninggal dunia". Saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sebaknya dada, air mata mengalir deras. Tak sangka itu kali terakhir melihat wajah ayah.

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah.

Tanggal 13 Disember 2017, hari pengebumian ayah. Jenazah ayah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Pajam, Selangor. Hari yang penuh syahdu. Sekali lagi melihat wajah ayah, kali ini semasa mandikan ayah bersama adik beradik lelaki yang lain serta pak cik saudara. Bila tengok wajah ayah sangat tenang. Semasa mandikannya , hati mula sebak tapi cuba tahan air mata walaupun sikit demi sedikit ia mengalir keluar. Selesai mandi dan dikapankan, Momi tak boleh bernafas terus masuk bilik menangis.

Pengebumian arwah ayah sangat dipermudahkan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan datang melawat ayah untuk kali terakhir. Terima kasih juga kepada mereka yang beri kata semangat,  terutamanya keluarga, saudara mara dan juga kenalan yang banyak bagi semangat. In Shaa Allah , Momi akan okay nanti. 

Selepas dua bulan ayah tanggung sakit, ayah pergi menghadap Illahi. Semua pesan ayah masih orang ingat sampai bila-bila. Lepas ni kalau nak makan ABC kena pergi beli sendiri lah, selalu ayah yang bawa balik rumah hehe. Lain rasanya bila kita pernah ucap Salam Takziah dekat orang, dari orang ucap pada kita. Rasanya lebih sebak dan sayup. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah ayah ya.

Semoga ayah tenang disana. Al-fatihah.
A. Rahim Bin Ali
05031955 - 12122017 ❤

Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah. Tenanglah Disana Ayah. Al-fatihah. Reviewed by Rafzan Tomomi on 12/18/2017 12:03:00 am Rating: 5

5 comments:

  1. Momi, we all know that you and your beloved family are strong to go through this. Tak boleh bayangkan bagaimana rasanya. Mesti pedih, sebak, air mata tak berhenti mengalir.

    Alhamdulillah upacara pengebumian arwah ayah Momi berjalan dengan lancar. Syukur juga Momi and keluarga dapat tatap wajah arwah ayah sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir dan dikebumikan.

    Berat memang berat untuk terima tapi dari sudut positif, at least kita semua tahu yang arwah dah tak perlu mengharungi kesakitan yang beliau hadapi selama dua bulan atau lebih. Kita yakin yang dia kini di tempat yang tenang untuk berehat selama-lamanya.

    Apa pun, jangan berhenti berdoa untuk arwah ayah Momi. Moga-moga allayarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan sentiasa dilindungi Allah. Apa pun, marilah sama-sama kita doakan kesihatan kita. Semoga selalu dilindungi Allah. Amin.

    Salam takziah once again, Momi. Be strong ya.
    *hugs*

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat momi dan keluarga... semoga kuat ya...

    ReplyDelete
  3. Takziah momi.. sabar ya..

    ReplyDelete
  4. Salam takziah... kuatkan.. setiap yang hidup pasti akan menemui pencipta. Kita yang tinggal ini lah yang harus terus berjuang. Salam perjuangan Rafzan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.