Rindu Suara Ayah

by - 10/29/2017 12:15:00 am

Rindu Suara Ayah

Rindu Suara Ayah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Hari ni dah masuk hari ke 15 ayah dekat ICU. Ayah mula sedarkan diri sabtu lalu. Alhamdulillah. Gembira sangat masa tu. Mata ayah masih belum boleh buka. Memandangkan ada tiub dalam mulut, ayah memang tak boleh cakap. Ayah seperti cakap sesuatu tapi tak keluar suara. Masa tu Momi dengan Adik boleh komunikasi dengan ayah walaupun ayah angguk atau geleng kepala. 

"Ayah kenal kami tak?"
ayah angguk
"Ayah ada rasa sakit ke?"
ayah angguk

Sambil sambil tu, ayah cuba nak bangun dan lepaskan tangannya. Kadang-kadang nampak raut wajahnya menahan sakit. Disebabkan ayah selalu bergerak, nurse terpaksa ikat tangan ayah sebelum terjadi apa apa perkara yang tak diingini. Keputusan scans dah keluar, doktor kata nanah ayah makin banyak, banyakknya lebih besar dari hati. Kira memang dah tutup seluruh hati tu. Kami redha.


Tiga hari berlalu, tiba-tiba rasa rindu nak dengar suara ayah, gelak ketawa ayah. Seperti biasa lepas balik kerja terus ke PPUM nak pergi melawat ayah, kali ni rasa macam rasa lain sikit dari biasa. Masa hari Ahad dan Isnin ayah ditidurkan. Momi mungkin nampak tenang dan boleh gelak-gelak, sebenarnya hati tak boleh tipu rasa risau dan rindu dekat ayah.hmm

Rindu Suara Ayah

Bila tengok ayah hari ni matanya terbuka tapi kali ni rasa sebak sangat tengok. Matanya kuning dan berkelip beberapa kali. Wajahnya menahan kesakitan yang ditanggung. Bila pegang jari jemari ayah, ayah genggam jari ini seperti nak bagitahu yang beliau menanggung kesakitan tu. Masa tu Momi dengan Abang Iju, kami cuba tenangkan ayah 

"Ayah, ayah kena kuat, jangan banyak gerak, nanti luka"

Momi seperti merasai apa yang ayah sedang lalui. Menitis air mata tengok ayah dalam keadaan macamni tapi bukan depan ayah, terpaksa keluar dari bilik tengok disebalik cermin. I have to be strong hadapi dugaan ini. Ayah tak boleh tengok kami sedih, kami yang kena bagi ayah semangat untuk melawan kesakitan itu.

Hari Jumaat, ayah dah tunjukkan sedikit progress. Tepat dua minggu ayah dekat ICU. Rindu yang tak terhingga, lagi-lagi nak dengar suara ayah. Sehingga hari ini, ayah masih belum tebuk dekat leher (walaupun hari tu salah tengok, ingatkan dah tebuk rupanya belum). Seeloknya tak nak lah tebuk leher. Sekarang doktor masih cuba nak bagi peluang dekat ayah, nak tengok sama ada perlu tebuk atau tidak. Semoga kami masih berpeluang mendengar suara ayah. Rindu sangat.

Rindu Suara Ayah

Terima kasih kepada yang datang melawat ayah dan mendoakan kesihatan ayah. Kami gembira menerima kunjungan dari anda. Ayah dah pindah ke ICU Tingkat 2. Tempatnya lebih selesa dan bilik pon besar. Kalau nak datang melawat ayah sila roger-roger Momi ya hehe.

Ayah kuat! Ayah boleh ! Kami semua rindu nak dengar suara ayah. 
Sayang ayah.

You May Also Like

19 comments

  1. Momi banyakkan berdoa ya. Akak doakan ayah momi kembali sihat. Momi kena sentiasa ada untuk beri sokongan. InsyaAllah!

    ReplyDelete
  2. sedihnyaaa...semoga ayan momi cepat sembuh ye...banyak2 berdoa padaNYA

    ReplyDelete
  3. Luqman doakan semoga ayah momi cepat sihat. Amin. InsyaAllah semuanya akan ok yer momi. be strong!

    ReplyDelete
  4. Allah.. semoga ayah momi diberi kesembuhan seperti dulu. Momi pun kena kuat tau. Banyakkan berdoa ye

    ReplyDelete
  5. Allahu... Kuatlah, abang ya. Semoga dipermudahkan urusan dan jangan sesekali mengalah. Semoga pakcik juga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Sebak akak dengar, teringat akak koma sebulan dulu ntah macam mana perasaan mak ayah dan adik beradik akak.. especially anak tunggal akak Dania..akak rasa apa yg momi rasa..teruskan bagi semangat kat ayah ye.. insyaallah ayah pulih..semangat dia kuat untuk sembuh...ya allah ya tuhanku, kau permudahkan buat ayah momi, berikan kesembuhan buatnya,berikan peluang anak2 terus merasai kasih sayangnya ya allah..amin ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
  7. Sedihnya Momi..sebak akak baca, faham mcm mana perasaan momi...kuat kan semangat ya. Akk doakn ayah momi kembali pulih seperti sedia kala..aminn

    ReplyDelete
  8. Semoga ayah momi sembuh seperti sediakala.. teringat juga ayah kat kampunng.ya Allah. Rindunya

    ReplyDelete
  9. In Sha Allah moga ayah Momi cepat sembuh dah dapat berniaga seperti sedia kala semula kita rindu nak datang kedai pakcik lagi makan kat sana hehehe apa pun moga Momi tabah dan byk berdoa kepadaNya..

    ReplyDelete
  10. Semoga ayahnya sihat dan sembuh cepat. Sedihnya baca. Semoga Momi terus sabar dan tabah juga. Aminn

    ReplyDelete
  11. Semoga ayah moni cepat-cepat sembuh seperti sediakala . Semoga moni sekeluarga juga diberi kekuatan dan juga kesabaran . Jangan tunjuk sedih & lemah disisi ayah moni . Moni sekeluarga kekuatan ayah untuk kembali sihat

    ReplyDelete
  12. semoga ayah momi lekas diberi kesembuhan dan keluarga kuat atas semua cobaan dari Allah

    ReplyDelete
  13. Harap momi sekeluarga tabah. Mana-mana yang berkesempatan, datang la melawat. Maafkan segala dosa ayah momi sekiranya ada. Begitu juga, halalkan makan minum dia selama ini....

    ReplyDelete
  14. Sebak di hatimembaca perjuangan ayah Momi dan keluarga. InsyaAllah akan dipermudahkan semuanya. Momi kena kuat juga ok.

    ReplyDelete
  15. InsyaAllah..moga Allah memberikan kesembuhan pada ayah Momi dengan kadar yang segera, serta meringankan sakit yang ditanggungnya.
    Jangan sedih-sedih depan ayah tau. Masa ni, keluarga lah penguat semangat dia.

    ReplyDelete
  16. Momi, i hope that your dad will recover soon, pray for his speedy recover. Keep the faith and don't give up.

    ReplyDelete
  17. pray for your daddy,
    hope he speedy recovery soon!
    you are strong to support him!

    ReplyDelete
  18. May God bless your dad. And may he get well soon.

    ReplyDelete