Senarai Filem Melayu 2018

Senarai Filem Melayu 2018

Senarai Filem Melayu 2018 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Tahun 2018 bakal tiba, para peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem-filem Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2018. Buat masa ini hanya ada beberapa filem sudah diumumkan tarikh tayangannya. Jom tengok senarai filem Melayu tahun 2018.

Senarai Filem Melayu 2018

Busker
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Januari 2018
Genre: Romantik / Remaja
Durasi: 1 Jam 54 Minit
Pelakon: Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan
Pengarah: Kye Fariz
Format: 2D
Sinopsis Busker : 
Ia berkisarkan tentang kisah cinta di antara Adil dan Vera yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama dalam satu projek kolej dan mula semakin rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel, jadi Vera mencadangkan dia menyertai pertandingan busker untuk memenangi hati Mel semula. Tetapi sebagaimana mereka meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil.

Trailer Busker : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Bukan Cinta Malaikat
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 25 Januari 2018
Genre: Drama / Romantik
Durasi: --
Pelakon: Nora Danish, Fachry Albar, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Dewi Amanda, Dynas Mokhtar, Siti Salmiah Simbok dan Radzi Mansor
Pengarah: Aziz M. Osman
Format: 2D
Sinopsis Bukan Cinta Malaikat : 
Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Reyhan yang menjadi sukarelawan dari Indonesia bertugas di wilayah konflik di Timur Tengah. Ketika berada di Madinah, dia telah membantu seorang wanita berasal dari Malaysia bernama Dewi. Dewi kemudian menyelamatkannya daripada ditembak oleh puak pemberontak. Dia telah jatuh hati pada Dewi tetapi sayangnya Dewi memiliki teman lelaki bernama Adam.

Trailer Bukan Cinta Malaikat : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Makrifat Cinta
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -- 
Tarikh Tayangan: 1 Februari 2018
Genre: Drama / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Puteri Balqis, Nora Danish, Ady Putra
Pengarah: Kamal G
Format: 2D
Sinopsis Makrifat Cinta : 
Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Mahathir. Dia seorang lelaki biasa luar bandar yang mempunyai seorang isteri dan anak. Bagaimanapun kehidupan susahnya menjadi parah kerana isterinya seorang pemboros. Satu hari dia bertemu dengan rakan sekolah lama bernama Sofea dan cinta di antara mereka mula berputik. Si isteri yang dapat menghidu hubungan suaminya telah bertindak berpisah dan meminta adik lelakinya membalas dendam. Dalam pada itu, Sofea seorang yang memahami dan sering memberi dorongan kepada Mahathir untuk terus menyiapkan rekaan aplikasi yang mana sekiranya dijual, dia bakal menjadi seorang jutawan serta merta.

Trailer Makrifat Cinta : Official

AKAN DATANG

Poster Badang The Movie
sumber : Facebook Rasmi Badang The Movie

Badang (FiTA Studio)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 15 Februari 2018
Genre: Komedi / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Datuk Aliff Syukri, Fasha Sandha, Azhari Mohd Zain, Aminah Rhapor, Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi
Pengarah: Prof Madya A. Razak Mohaideen
Format: 2D
Sinopsis Badang : 
Badang merupakan lagenda terkenal masyarakat Malaysia yang dikatakan mempunyai kekuatan yang luar biasa. Filem ini memberi fokus kepada wataknya sebagai seorang adiwira.

Trailer Badang : Official


Senarai Filem Melayu 2018


Surf This Love : Gelora Juara
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 43 Minit
Pelakon: Shukri Yahya, Cristina Suzaane, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Shuhaida Abraz, Mustaqim Bahadon
Pengarah: Waan Hafiz
Format: 2D
Sinopsis Surf This Love : Gelora Juara : 
Mengisahkan tentang Billie yang bekerja dengan kakaknya sebagai seorang pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Kehadiran seorang blogger wanita dari Kuala Lumpur iaitu Mia, yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. 

Surf This Love : Gelora Juara : Official #1 | Official #2

Senarai Filem Melayu 2018

KL Special Force (Skop Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 Mac 2018
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pelakon: Syamsul Yusof, Rosyam Nor, Fattah Amin
Pengarah: Syafiq Yusof
Format: 2D
Sinopsis KL Special Force : 
Filem arahan Syafiq Yusof ini berkisarkan tentang dunia kepolisan. Sepasukan polis berusaha menumpaskan sekumpulan perompak bersenjata yang banyak melakukan rompakan bank, yang turut dianggotai oleh salah seorang pegawai polis dalam penyamaran.

Sinopsis KL Special Force : Official #1

Senarai Filem Malaysia 2018

Lee Chong Wei - Rise Of The Legend
Bahasa: Mandarin
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018
Genre: Sukan
Durasi: --
Pelakon: Tosh Chan, Jake Eng, Ashley Hua, Rosyam Nor, Yeo Yann Yann, Mark Lee, Freddie Wong, Bernard Hiew
Pengarah: Teng Bee
Sinopsis Lee Chong Wei - Rise Of The Legend : 
Ia sebuah filem biopik yang berkisarkan tentang kehidupan pemain badminton nombor satu negara Dato` Lee Chong Wei sejak dari kecil yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita menjadi pemain badminton nombor satu dunia dengan bantuan jurulatih Datuk Misbun Sidek.

Trailer Lee Chong Wei - Rise Of The Legend : Teaser | Trailer

Senarai Filem Melayu 2018

Hantu Wangan (Aifa Motion Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 Mac 2018
Genre: Komedi / Seram
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Achey Bocey, Nur Risteena, Ruminah Sidek
Pengarah: Ahmad Idham
Format: 2D
Sinopsis Hantu Wangan : 
Pelumba jalanan haram Kintang Kintung sentiasa menang dalam perlumbaan di jalanan. Satu malam ketika dia sedang berlumba, dia secara tidak sengaja telah melanggar seorang gadis, menyebabkan kematian gadis itu. Ini menyebabkan dia berehat seketika daripada berlumba akibat trauma. Traumanya semakin teruk apabila dia mula mengalami gangguan paranormal.

Trailer Hantu Wangan : Official


Senarai Filem Melayu 2018

Enjin No. 9
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 29 Mac 2018
Genre: Komedi
Durasi: -
Pelakon: Kazar, Tajul Arif, Sharifah Shahira, Ayuni Asyiqin
Pengarah: Raja Azmi
Format: 2D
Sinopsis Enjin No. 9 : 
Pak Leman telah berkahwin sebanyak lapan kali. Dia mahu kahwin buat kali kesembilan dengan janda Wan Limah. Dia meminta cucu lelakinya untuk membantu melamar wanita itu. Ia telah ditentang oleh Kak Leha, seorang wanita yang memperjuangkan hak wanita di kampung. Dia dan pengikutnya cuba merosakkan perkahwinan itu kerana mendakwa ia membawa malu kepada kampungnya.

Trailer Enjin No. 9 : Official


Qhaliq (Aifa Motion Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 14 Jun 2018
Genre: Drama
Durasi: -
Pelakon: Hairul Azreen, Aliff Yasraff, Nur Risteena
Pengarah: Rosli Mohd Taib
Format: 2D
Sinopsis Qhaliq : 
Filem aksi arahan Ahmad Idham ini mengisahkan tentang kehidupan seharian seorang anggota bomba. Ia dibintangi oleh Hairul Azreen sebagai peneraju.

Trailer Qhaliq : Official

Senarai Filem Melayu 2018

This Is Pilah The Movie (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Jun 2018
Genre: Komedi / Drama
Durasi: --
Pelakon: Juzzthin, Zaidatul Iesna Mohd Raus, Kazar, Eliza Mustafa
Pengarah: Rosdi Md. Dali
Format: 2D
Sinopsis This Is Pilah The Movie : 
Seorang pemuda bernama Jasni telah jatuh cinta dengan gadis pilihannya, Ara. Namun keinginan untuk berkahwin dengan Ara mendapat tentangan daripada ibu gadis tersebut, Mak Siti, yang melihat Jasni sebagai seorang pemuda yang tidak mempunyai masa depan biarpun bapanya, Pak Dollah, seorang usahawan berjaya. Sementara itu, dalam senyap Pak Dollah sebenarnya sudah jatuh hati dengan Mak Siti. Selepas mendapat tahu seorang pemuda dari Seremban mahu mengahwini Ara, Jasni perlu bertindak segera sebelum Ara menerima lamaran pemuda itu.

Trailer This Is Pilah The Movie : Official
Senarai Filem Melayu 2018


Blok 404 (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 28 Jun 2018
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Aedy Ashraf, Nadia Brian, Fasha Sandha, Adrea Abdullah
Pengarah: Isma Aizal Yusoof
Format: 2D
Sinopsis Blok 404 : 
Seorang lelaki yang putus cinta sehingga menjadi psikotik, berpaling kepada keluarganya setelah dibebaskan dari rumah sakit jiwa. mereka berempat menguruskan satu rumah penginapan yang jauh di kawasan pedalaman. Mereka kemudiannya menyeksa dan membunuh penginap 'Guesthouse' mereka dengan mempelawa atau sengaja memerangkap mereka untuk menginap di sana.

Trailer Blok 404 : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Pulang (Primeworks Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 26 Julai 2018
Genre: Biografi / Drama / Sejarah
Durasi: 2 Jam
Pelakon: Remy Ishak, Puteri Aishah Sulaiman, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans
Pengarah: Kabir Bhatia
Format: 2D
Sinopsis Pulang :
Diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di Malaysia pada tahun 40an. Ia menceritakan mengenai pasangan suami isteri Othman dan Thom. Othman telah membuat keputusan untuk berlayar ke seluruh dunia dengan harapan dapat menjadi kaya, dan berjanji kepada isterinya yang dia akan pulang. 61 tahun kemudian, Thom masih menunggu kepulangannya.

Trailer Pulang : Teaser #1 | Teaser #2 | Teaser #3

AKAN DATANG

Senarai Filem Melayu 2018

Hantu Kak Limah (Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: PG13
Tarikh Tayangan: 9 Ogos 2018
Genre: Komedi / Seram
Durasi: 1 Jam 55 Minit
Pelakon: Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D
Sinopsis Hantu Kak Limah : 
Kak Limah telah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Bagaimanapun, tragedi di sebalik kematian Kak Limah masih belum diketahui.

Trailer Hantu Kak Limah : Teaser | Official | Grand


Wheely (Primeworks Studios, KRU)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 16 Ogos 2018
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Zizan Razak, Johan, Lisa Surihani, Norman Abdul Halim
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Format: 2D
Sinopsis Wheely : 
Dalam dunia di mana kenderaan adalah penduduk, sebuah teksi mempunyai impian untuk menjadi raja jalanan di kampung halamannya iaitu di Gasket City. Apabila gadis impiannya diculik, dia terpaksa berdepan dengan musuh iaitu kereta elit, lori gangster dan sebuah treler 18 tayar yang merupakan ketua sindiket penyeludupan kereta mewah.
Review : Wheely - Movie Review
Trailer Wheely : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Munafik 2 (Skop Production)
Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 30 Ogos 2018
Genre: Seram
Durasi: 2 Jam 1 Minit
Pelakon: Syamsul Yusof, Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali
Pengarah: Syamsul Yusof
Format: 2D
Sinopsis Munafik 2 : 
Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.

Trailer Munafik 2 : Official

Senarai Filem Melayu 2018

One Two Jaga
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 6 September 2018
Genre: Aksi / Drama
Durasi: --
Pelakon: Zahiril Adzim, Ario Bayu, Asmara Abigail, Timothy Castillo, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Namron, Vanida Imran, Sabri Yunus
Pengarah: Namron
Format: 2D
Sinopsis One Two Jaga :
Filem arahan Nam Ron ini berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Trailer One Two Jaga : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Rise: Ini Kalilah 
Bahasa: Inggeris / Melayu / Tamil / Cina
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 13 September 2018
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan, Jenn Chia, Sharifah Sakinah
Pengarah: Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, M.S. Prem Nath
Format: 2D
Sinopsis Rise: Ini Kalilah : 
Filem ini mengandungi enam cerita yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ia menceritakan mengenai hari-hari cemas sebelum pilihan raya umum paling penting dalam sejarah Malaysia. Ia memaparkan perjalanan rakyat yang bersatu untuk satu cinta: negara mereka. Setiap cerita akan memperlihatkan makna sebenar menjadi rakyat Malaysia.

Trailer Rise: Ini Kalilah : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Langsuir (Nuansa Sdn Bhd)
Bahasa: Bahasa Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 20 September 2018
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Hannah Delisha, Syafiq Kyle, Julia Farhana
Pengarah: Osman Ali
Sinopsis Langsuir : 
Azlan dan rakan-rakannya bercuti di kepulauan Pulau Langsuir. Di sana, Azlan bertemu Suri, seorang gadis jelita, dan jatuh cinta padanya. Tanpa dia ketahui, Suri sebenarnya adalah hantu langsuir. Cemburu dengan hubungan romantik mereka, rakan Azlan merancang untuk menikam kepala Suri dengan paku untuk mendedahkan rupa hantunya. Tindakan ini telah menyebabkan kakak Suri, Dewi, marah dan dia muncul untuk menimbulkan kekecohan dalam kumpulan itu.

Trailer Langsuir : Teaser


Senarai Filem Melayu 2018

Paskal (Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 September 2018
Genre: Aksi / Ngeri
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pelakon: Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufik Hanafi
Pengarah: Adrian Teh
Format: 2D
Sinopsis Paskal : 
Filem aksi arahan Adrian Teh ini mengisahkan tentang sepasukan anggota unit elit Pasukan Khas Laut atau PASKAL, yang dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.

Trailer Paskal : Teaser | Exclusive Featuratte


Tangisan Akinabalu (New Line Productions INC)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 September 2018
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 32 Minit
Pelakon: Yuri Mejal, Phanthegerow, Syaiful
Pengarah: Jurey Latiff Rosli
Format: 2D
Sinopsis Tangisan Akinabalu : 
Filem ini diangkat daripada kisah sebenar insiden gempa bumi berskala 6.0 di Gunung Kinabalu, Sabah, pada tahun 2015 yang telah mengorbankan 18 orang termasuk pendaki dan malim gunung. Ia memaparkan bagaimana pihak penyelamat bersama malim gunung melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terkandas di puncak gunung.

Trailer Tangisan Akinabalu : Official Trailer

Senarai Filem Melayu 2018

Kalla: Hidup Atau Mati (Empire Film Solution)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2018
Genre: Aksi / Drama
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pelakon: Faizal Hussein, Farali Khan, Vanida Imran, Azhan Rani, Faizal Hussein, Farali Khan, Azhan Rani, Haeryanto Hassan
Pengarah: Wan Hasliza
Format: 2D
Sinopsis Kalla: Hidup Atau Mati : 
Ia berkisarkan tentang seorang pensyarah Sejarah, Ezahar, yang sudah berkahwin dengan Serina dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagian mereka tidak bertahan lama apabila bangunan tempat isterinya bekerja dibom kumpulan pengganas bergelar Kalla dan Serina terkorban. Ezahar yang sedih dengan tragedi itu nekad mahu menuntut keadilan dengan bertindak mencari pengganas itu. Dia kemudian menerima berita yang isterinya masih hidup dan dia mendapatkan bantuan Uyun, seorang bekas anggota Kalla, untuk membantunya mencari Serina.

Trailer Kalla: Hidup Atau Mati : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Gol & Gincu Vol. 2 (Red Films)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2018
Genre: Drama
Durasi: --
Pelakon: Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sazzy Falak,  Sharifah Amani, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf,
Pengarah: Umi Salwana Omar, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhah, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.
Format: 2D
Sinopsis Gol & Gincu Vol. 2 : 
Filem terbitan Redfilms ini mengisahkan tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza.

Trailer Gol & Gincu Vol. 2 : Official Trailer

Senarai Filem Melayu 2018

Operasi X (Dream Pictures Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 1 November 2018
Genre: Aksi / Jenayah
Durasi: 1 Jam 47 Minit
Pelakon: Aaron Aziz, Awie, Dato’ Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen
Pengarah: Sandosh Kesavan
Format: 2D
Sinopsis Operasi X :
ASP Redzuan sudah tidak percaya lagi dengan pegawai polis lain apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato` Mokhtar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut.

Trailer Operasi X : Official


7ujuh (Primeworks Studios)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 November 2018
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Johan As'ari, Cristina Suzanne, Siti Saleha, Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Dee Dee Nash, Riz Amin, Marsha Milan, Faizal Hussein
Pengarah: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Format: 2D
Sinopsis 7ujuh :
Pada tahun 70an, tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri. Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka. Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu.

Trailer 7ujuh : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Polis Evo 2 (Astro Shaw)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 November 2018
Genre: Aksi
Durasi: -
Pelakon: Shahiezy Sam, Zizan Razak, Tanta Ginting, Erra Fazira, Hairul Azreen, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Riz Amin, Syafie Naswip
Pengarah: Joel Soh
Format: 2D
Sinopsis Polis Evo 2 :
Perkara-perkara yang menjadi lebih serius & lebih gelap bagi Inspektor Khai & Sani apabila apa yang mereka fikir akan menjadi operasi biasa membawa kepada kekacauan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Trailer Polis Evo 2 : Teaser

TIDAK DIKETAHUI

Senarai Filem Melayu 2018

XX-Ray 3
Bahasa: Melayu
Klasifikasi:-
Tarikh Tayangan: 2018
Genre: Sains Fiksyen
Durasi: -
Pelakon: Izzue Islam, Puteri Aisyah
Pengarah: Aziz M. Osman
Format: 2D
Sinopsis XX-Ray 3 :
akan datang

Trailer XX-Ray 3 : Teaser


Senarai Penuh Filem Malaysia 2018

Motif 
Safari Mall 
Sekolahaha
Suatu Ketika 
Aqerat
Ke Mana Tumpahnya Kuah
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
KL Vampires
Kron
Manap Karaoke
Olympic Dream
Tujuh: Sumpahan Suri
Zombitopia

*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari www.cinema.com.my

Senarai Filem Tahun 2018 | Filem Gempak Melayu Tahun 2018 | Download Filem Melayu 2018 | Trailer Filem Melayu 2018 | Senarai Filem Melayu 2018 | Senarai Filem Aksi Melayu 2018 | Senarai Filem Cinta Melayu 2018 | Senarai Filem Seram Melayu 2018

Post a Comment

6 Comments

iam.umifuzy said…
Kena letak bucketlist ni Makrifat Cinta, Bukan Cinta Malaikat...
Jana Hazana said…
Menariknya. Makrifat Cinta tu pasti akak tunggu. Suka movie2 arahan Syamsul
Mimie said…
Makrifat Cinta tu mesti best..Nak nak Ady Putra ada. Nabila Huda bwrlakon pun best
REEF OMAR said…
xx ray 3 macam menarik!
Lokman Hakim said…
Kl special force 2018...
Anonymous said…
klau Boboiboy the movie 2?