Senarai Filem Melayu 2018

by - 12/26/2017 12:59:00 pm

Senarai Filem Melayu 2018

Senarai Filem Melayu 2018 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Tahun 2018 bakal tiba, para peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem-filem Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2018. Buat masa ini hanya ada beberapa filem sudah diumumkan tarikh tayangannya. Jom tengok senarai filem Melayu tahun 2018.

Senarai Filem Melayu 2018

Busker
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Januari 2018
Genre: Romantik / Remaja
Durasi: 1 Jam 54 Minit
Pelakon: Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan
Pengarah: Kye Fariz
Format: 2D
Sinopsis Busker : 
Ia berkisarkan tentang kisah cinta di antara Adil dan Vera yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama dalam satu projek kolej dan mula semakin rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel, jadi Vera mencadangkan dia menyertai pertandingan busker untuk memenangi hati Mel semula. Tetapi sebagaimana mereka meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil.

Trailer Busker : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Bukan Cinta Malaikat
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 25 Januari 2018
Genre: Drama / Romantik
Durasi: --
Pelakon: Nora Danish, Fachry Albar, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Dewi Amanda, Dynas Mokhtar, Siti Salmiah Simbok dan Radzi Mansor
Pengarah: Aziz M. Osman
Format: 2D
Sinopsis Bukan Cinta Malaikat : 
Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Reyhan yang menjadi sukarelawan dari Indonesia bertugas di wilayah konflik di Timur Tengah. Ketika berada di Madinah, dia telah membantu seorang wanita berasal dari Malaysia bernama Dewi. Dewi kemudian menyelamatkannya daripada ditembak oleh puak pemberontak. Dia telah jatuh hati pada Dewi tetapi sayangnya Dewi memiliki teman lelaki bernama Adam.

Trailer Bukan Cinta Malaikat : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Makrifat Cinta
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -- 
Tarikh Tayangan: 1 Februari 2018
Genre: Drama / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Puteri Balqis, Nora Danish, Ady Putra
Pengarah: Kamal G
Format: 2D
Sinopsis Makrifat Cinta : 
Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Mahathir. Dia seorang lelaki biasa luar bandar yang mempunyai seorang isteri dan anak. Bagaimanapun kehidupan susahnya menjadi parah kerana isterinya seorang pemboros. Satu hari dia bertemu dengan rakan sekolah lama bernama Sofea dan cinta di antara mereka mula berputik. Si isteri yang dapat menghidu hubungan suaminya telah bertindak berpisah dan meminta adik lelakinya membalas dendam. Dalam pada itu, Sofea seorang yang memahami dan sering memberi dorongan kepada Mahathir untuk terus menyiapkan rekaan aplikasi yang mana sekiranya dijual, dia bakal menjadi seorang jutawan serta merta.

Trailer Makrifat Cinta : Official

AKAN DATANG

Poster Badang The Movie
sumber : Facebook Rasmi Badang The Movie

Badang (FiTA Studio)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 15 Februari 2018
Genre: Komedi / Fantasi
Durasi: --
Pelakon: Datuk Aliff Syukri, Fasha Sandha, Azhari Mohd Zain, Aminah Rhapor, Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi
Pengarah: Prof Madya A. Razak Mohaideen
Format: 2D
Sinopsis Badang : 
Badang merupakan lagenda terkenal masyarakat Malaysia yang dikatakan mempunyai kekuatan yang luar biasa. Filem ini memberi fokus kepada wataknya sebagai seorang adiwira.

Trailer Badang : Official


Senarai Filem Melayu 2018


Surf This Love : Gelora Juara
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 43 Minit
Pelakon: Shukri Yahya, Cristina Suzaane, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Shuhaida Abraz, Mustaqim Bahadon
Pengarah: Waan Hafiz
Format: 2D
Sinopsis Surf This Love : Gelora Juara : 
Mengisahkan tentang Billie yang bekerja dengan kakaknya sebagai seorang pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Kehadiran seorang blogger wanita dari Kuala Lumpur iaitu Mia, yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. 

Surf This Love : Gelora Juara : Official #1 | Official #2

Senarai Filem Melayu 2018

KL Special Force (Skop Production)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 Mac 2018
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pelakon: Syamsul Yusof, Rosyam Nor, Fattah Amin
Pengarah: Syafiq Yusof
Format: 2D
Sinopsis KL Special Force : 
Filem arahan Syafiq Yusof ini berkisarkan tentang dunia kepolisan. Sepasukan polis berusaha menumpaskan sekumpulan perompak bersenjata yang banyak melakukan rompakan bank, yang turut dianggotai oleh salah seorang pegawai polis dalam penyamaran.

Sinopsis KL Special Force : Official #1

Senarai Filem Malaysia 2018

Lee Chong Wei - Rise Of The Legend
Bahasa: Mandarin
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018
Genre: Sukan
Durasi: --
Pelakon: Tosh Chan, Jake Eng, Ashley Hua, Rosyam Nor, Yeo Yann Yann, Mark Lee, Freddie Wong, Bernard Hiew
Pengarah: Teng Bee
Sinopsis Lee Chong Wei - Rise Of The Legend : 
Ia sebuah filem biopik yang berkisarkan tentang kehidupan pemain badminton nombor satu negara Dato` Lee Chong Wei sejak dari kecil yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita menjadi pemain badminton nombor satu dunia dengan bantuan jurulatih Datuk Misbun Sidek.

Trailer Lee Chong Wei - Rise Of The Legend : Teaser | Trailer

Senarai Filem Melayu 2018

Hantu Wangan (Aifa Motion Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 Mac 2018
Genre: Komedi / Seram
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pelakon: Achey Bocey, Nur Risteena, Ruminah Sidek
Pengarah: Ahmad Idham
Format: 2D
Sinopsis Hantu Wangan : 
Pelumba jalanan haram Kintang Kintung sentiasa menang dalam perlumbaan di jalanan. Satu malam ketika dia sedang berlumba, dia secara tidak sengaja telah melanggar seorang gadis, menyebabkan kematian gadis itu. Ini menyebabkan dia berehat seketika daripada berlumba akibat trauma. Traumanya semakin teruk apabila dia mula mengalami gangguan paranormal.

Trailer Hantu Wangan : Official


Senarai Filem Melayu 2018

Enjin No. 9
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 29 Mac 2018
Genre: Komedi
Durasi: -
Pelakon: Kazar, Tajul Arif, Sharifah Shahira, Ayuni Asyiqin
Pengarah: Raja Azmi
Format: 2D
Sinopsis Enjin No. 9 : 
Pak Leman telah berkahwin sebanyak lapan kali. Dia mahu kahwin buat kali kesembilan dengan janda Wan Limah. Dia meminta cucu lelakinya untuk membantu melamar wanita itu. Ia telah ditentang oleh Kak Leha, seorang wanita yang memperjuangkan hak wanita di kampung. Dia dan pengikutnya cuba merosakkan perkahwinan itu kerana mendakwa ia membawa malu kepada kampungnya.

Trailer Enjin No. 9 : Official


Qhaliq (Aifa Motion Pictures)
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 5 April 2018
Genre: Drama
Durasi: -
Pelakon: Hairul Azreen, Aliff Yasraff, Nur Risteena
Pengarah: Rosli Mohd Taib
Format: 2D
Sinopsis Qhaliq : 
Filem aksi arahan Ahmad Idham ini mengisahkan tentang kehidupan seharian seorang anggota bomba. Ia dibintangi oleh Hairul Azreen sebagai peneraju.

Trailer Qhaliq : Official

Senarai Filem Melayu 2018

Langsuir (Nuansa Sdn Bhd)
Bahasa: Bahasa Melayu
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Jun 2018
Genre: Seram
Durasi: --
Pelakon: Hannah Delisha, Syafiq Kyle, Julia Farhana
Pengarah: Osman Ali
Sinopsis Langsuir : 
Azlan dan rakan-rakannya bercuti di kepulauan Pulau Langsuir. Di sana, Azlan bertemu Suri, seorang gadis jelita, dan jatuh cinta padanya. Tanpa dia ketahui, Suri sebenarnya adalah hantu langsuir. Cemburu dengan hubungan romantik mereka, rakan Azlan merancang untuk menikam kepala Suri dengan paku untuk mendedahkan rupa hantunya. Tindakan ini telah menyebabkan kakak Suri, Dewi, marah dan dia muncul untuk menimbulkan kekecohan dalam kumpulan itu.

Trailer Langsuir : Teaser


TIDAK DIKETAHUI

Senarai Filem Melayu 2018

XX-Ray 3
Bahasa: Melayu
Klasifikasi:-
Tarikh Tayangan: 2017
Genre: Sains Fiksyen
Durasi: -
Pelakon: Izzue Islam, Puteri Aisyah
Pengarah: Aziz M. Osman
Format: 2D
Sinopsis XX-Ray 3 :
akan datang

Trailer XX-Ray 3 : Teaser


Senarai Penuh Filem Malaysia 2018

Blok 404 
Mencari Rahmat 
Motif 
Safari Mall 
Sekolahaha
Suatu Ketika 
Aqerat
Ke Mana Tumpahnya Kuah
One Two Jaga
Pulang
#ThinkBigBig (15 Feb)
Hantu Kak Limah 3
Munafik 2
Polis Evo 2
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
KL Vampires
Kron
Manap Karaoke
Olympic Dream
Tujuh: Sumpahan Suri
Wheely
Zombitopia

*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.
***Beberapa info dalam entri ini diambil dari www.cinema.com.my

Senarai Filem Tahun 2018 | Filem Gempak Melayu Tahun 2018 | Download Filem Melayu 2018 | Trailer Filem Melayu 2018 | Senarai Filem Melayu 2018 | Senarai Filem Aksi Melayu 2018 | Senarai Filem Cinta Melayu 2018 | Senarai Filem Seram Melayu 2018

You May Also Like

6 comments

  1. Kena letak bucketlist ni Makrifat Cinta, Bukan Cinta Malaikat...

    ReplyDelete
  2. Menariknya. Makrifat Cinta tu pasti akak tunggu. Suka movie2 arahan Syamsul

    ReplyDelete
  3. Makrifat Cinta tu mesti best..Nak nak Ady Putra ada. Nabila Huda bwrlakon pun best

    ReplyDelete
  4. klau Boboiboy the movie 2?

    ReplyDelete