Ferdinand - Movie Review


Ferdinand - Movie Review

Ferdinand - Movie Review | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Movie Review kali ini nak mengulas mengenai filem animasi yang bergenrekan komedi dan kekeluargaan iaitu filem "Ferdinand"Ferdinand merupakan filem animasi keluaran 20th Century Fox. Filem ini mula ditayangkan pada 14 Disember 2017 dan telah mendapat review yang amat memberansangkan di kalangan penonton. Best ke tak? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Ferdinand
Ferdinand adalah seekor lembu jantan yang lebih selesa duduk di bawah pokok menghidu bunga-bunga daripada bertarung dengan lembu jantan lain. Dia masih lagi bersikap lembut walaupun dia membesar menjadi seekor lembu jantan kuat, tetapi satu hari dia disalah pilih untuk pertarungan lembu jantan di Madrid. (Trailer Ferdinand)
Filem yang berdurasi selama 1 Jam 47 Minit ini merupakan arahan Carlos Saldanha. Ia membariskan pelakon suara seperti John Cena, Kate McKinnon, Gina Rodriguez, Daveed Diggs, Gabriel Iglesias dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas (P13) dan ditayangkan dalam format 2D

Ferdinand - Movie Review
Ferdinand- Movie Poster
sumber : comingsoon.net

Review Ferdinand
It's a sweet and lovely movies. Sebenarnya Ferdinand tiada dalam senarai untuk ditonton tetapi Momi rasa nak tonton filem ini sebab ada beberapa rakan yang recommend tengok. Jalan ceritanya boleh dikatakan menarik juga. Kisah bagaimana seekor lembu menolak keganasan dan lebih kepada kebebasan. Momi rasa seronok menonton sebab filem ni penuh dengan humor dan ia juga menerapkan nilai kekeluargaan.

Sebenarnya Momi tidak tahu pelakon suara Ferdinand ialah John Cena. Watak Ferdinand memang terbaik dan penuh dengan sifat kelembutan dalam diri. Lagi-lagi bersama rakan manusianya, Nina yang Momi rasa sangat comel dan sweet bila mereka bersama. Watak-watak sampingan juga memberi impak yang best dan membangkitkan lagi suasana ceria dalam filem ini. Ferdinand - Movie Review

Keseluruhannya, sebuah filem yang menarik untuk ditonton seisi keluarga. Rasa seronok dapat tengok Ferdinand dekat wayang sebab 'feel' dia lain macam. Rasa gembira, sedih, kecewa, seronok dan macam-macam lagi dalam sebuah filem animasi. Paling penting mesej yang disampaikan. Sangat berbaloi untuk anda tonton.

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
4.5 / 5 
BINTANG
Poster Ferdinand Movie 2017 Download | Ferdinand Movie 2017 Subtitle | Ferdinand Movie Synopsis |  Ferdinand Movie 2017 Malay Subtitle | Ferdinand Movie 2017 Torrent | Review filem Ferdinand Movie 2017 | Barisan pelakon Ferdinand Movie 2017 |  Review filem Ferdinand Movie 2017 Bahasa Melayu | Review Ferdinand Movie 2017 Malay |  Ferdinand Movie 2017 Online Streaming

Post a Comment

2 Comments

Mawardi Yunus said…
mesti comey giler kan. macam nak p tengok lah
Rafzan Tomomi said…
ye wak. sangat comel :D